Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
malas mandi

Solusi Terbaik Atasi Anak Malas Mandi

Posted on 09/14/201609/14/2016 by 123mamanet
malas mandi
kredit foto: aliexpress

Bukan semua kanak-kanak suka mandi. Ada yang bukan sahaja malas mandi, tetapi takut air! Aktiviti mandi seolah-olah membuatkannya berasa tidak selesa. Pelbagai alasan muncul dari mulut si kecil ketika diajak mandi.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara mengatasi anak malas mandi:

 

 

Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah anak malas mandi ini? Biasanya ketika berusia sebulan hingga empat bulan, bayi kita masih ok. Masih seronok menikmati suasana mandi.

 

malas mandi
kredit foto: howtoentertainyourtoddler

Namun, setelah usianya makin bertambah, perangai mula berubah. Ada yang seronok mandi, ada jugak yang menangis bagai diserang histeria disebabkan takut air dan sikap malas mandi dirinya sendiri.

 

Sebagai mama atau papa, kita perlu mengetahui kesukaan dan ketidaksukaan anak kita pada aktiviti mandi ini.

 

Sebaiknya ketika berusia 4-5 tahun, mama dan papa perlu mengajar anak untuk mandi sendiri. Secara berperingkat, baik mama mahupun papa sudah boleh mengajarkannya bagaimana cara menggunakan sabun atau syampu yang betul terutama di kawasan-kawasan yang boleh menjadi sarang bakteria.

 

 

Berikut beberapa cara mengatasi anak malas mandi:

 

  1. malas-mandi
    kredit foto: 4-bp-blogspot

    Biar Rasa Seronok

Jadikan waktu mandi sebagai waktu yang paling menyenangkan buat anak kita. Gunakan mainan air atau gelembung sabun untuk menarik perhatiannya supaya masuk ke bilik air.

 

Sebagai alternatif, kita boleh juga menyediakan peralatan mandian termasuk sabun dan berus gigi yang menarik dan disukainya. Biasanya anak-anak kecil ini tidak suka dengan air yang sejuk.

 

Jadi, apa salahnya jika kita gunakan air suam untuk memandikannya. Pastikan suhu air panas tersebut tidak melebihi 50 darjah Celsius. Sebaiknya kita rasa dengan tangan terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut benar-benar selamat untuknya.

 

Di samping itu, jangan lupa buatlah suasana mandi menjadi sesuatu yang betul menyeronokkan baginya. Misalnya biarkan si anak membantu membilas sabun atau syampu dari badannya.

 

 

  1. Takut Pedih Mata!

Adakalanya anak malas mandi atau takut air disebabkan matanya sering pedih terkena sabun atau syampu.

 

Untuk mengatasinya, kita mungkin boleh memakaikannya kaca mata berenang untuk melindung matanya dari terkena percikan sabun atau syampu.

 

Selain itu, kita juga boleh mengajaknya berenang di kolam renang atau membiarkannya bermain dengan air bagi membantu menghilangkan ketakutannya terhadap air.

 

Jika menggunakan bath tub, pastikan kita tidak meninggalkannya berendam sendirian. Pastikan juga kita sudah menutup shower untuk mengelakkan paras air meningkat dalam bath tup.

 

 

  1. Usah Dipaksa

Jika anak kesayangan kita itu betul-betul tak nak mandi sampai menangis tak keruan, tak makan dipujuk, sebaiknya kita tidak berterusan memaksanya.

 

Boleh sahaja kita gunakan alternatif lain iaitu, gunakan air suam dan span ataupun tuala kecil untuk mengelap tubuhnya sehinggalah dia bersedia untuk mandi.

 

Selain itu, kita boleh cuba cara  mengatasi anak malas mandi dengan meminta kakak/abang atau teman-teman sebayanya untuk mandi bersama.

 

Tak pun, kita sahajalah yang mandi bersamanya. Ia bukan sahaja boleh meninggalkan momen manis antara di antara anak dengan mama atau papa, tetapi boleh juga dimanfaatkan untuk mengajar si comel ini tentang betapa penting dan seronoknya apabila mandi ataupun membersihkan diri.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme