Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sonno

Sonno Eucalyptus Sheet

Posted on 04/22/202103/10/2023 by 123mamanet
Sonno

“Sleep well, live better” sentiasa menjadi misi untuk Sonno. Sempena Adilfitri, Sonno telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Sonno bed sheets (cadar).

Isi Kandungan hide
1 Sonno Bed Sheets

Sonno Bed Sheets

Ia direka untuk memberikan tidur yang lebih selesa, terasa nyaman dan dingin.Sudah tentu ia begitu sempurna untuk mana-mana bilik tidur. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas di Malaysia, tidak kira siang atau malam.

Sonno
Kelembutan cadar seperti sutera

Fabrik yang digunakan diperbuat daripada serat (TENCEL™) Eucalyptus yang menyerap lembapan 70% lebih banyak berbanding kapas.Kesan Hidrofilik yang ada pada Sonno Eucalyptus Sheet ini membuatkan penyerapan lebih efisien dan sekaligus memberikan anda berasa dingin sewaktu tidur.

Sonno Bed Sheets

“Kualiti produk adalah sangat penting bagi kami. Dengan itu, kami telah bekerja keras membuat penyelidikan dan mencari tekstil paling lembut dan berkualiti sejak 2019. Kami mencipta produk ini untuk menyelesaikan masalah orang yang tidur dalam cuaca panas. Ia sangat sempurna untuk iklim di Malaysia.” Fabio Miceli, Pengasas Sonno Malaysia Sdn Bhd.

Artikel Lain: Jantung Yang Sihat

Cadar ini diperbuat daripada 100% bahan serat batang pokok eucalyptus yang membuatnya pilihan cadar semula jadi yang mesra alam. Serat eucalyptus ini lembut seperti sutera dan akan menjadi lebih lembut dengan setiap basuhan dan direka bentuk untuk tahan lebih lama daripada cadar kain kapas biasa.

Sonno Bed Sheets
Sonno bed sheets sangat breathable sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.

Tiga Warna Menenangkan & Estetik

Mempunyai tiga warna yang menenangkan dan estetik: Ilusion Blue, Navy Blue dan Nimbus Cloud yang mudah dipadankan dengan mana-mana warna bilik tidur.

Ia boleh didapati dalam saiz Single, Super Single, Queen atau King dan boleh dibasuh dengan mesin basuh air sejuk dan dikeringkan dengan mesin pengering dengan suhu yang rendah.

Sonno Bed Sheets
Navy Blue

Sonno tahu ianya mengambil masa untuk tahu cadar ini sesuai dengan anda atau tidak, sebab itu Sonno memberi pelanggan tempoh pemulangan 30 malam dan jaminan pengembalian wang jika anda mahu membuat pemulangan. Sonno juga akan menguruskan pengambilan balik dari pelanggan dengan mudah.

Bed Sheets
Nimbus Cloud

Selain boleh membuat anda berasa dingin, bahan ini juga tidak menimbulkan alahan, jadi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kini boleh tidur dengan lebih selesa.

Harga yang ditawarkan ialah dari RM199, manakala yang set adalah dari RM299 – RM779. Bed sheets ini boleh dibeli di laman web Sonno atau laman web rakan kongsi kami di Malaysia.

Bed Sheets
Ilusion Blue

Rasakan kelembutan cadar yang seperti sutera hari ini di bilik pameran kami atau anda boleh dapatkannya dari laman web dan pastikan anda bersedia untuk tidur dengan nyaman sepanjang hari Ramadan ini.

Laman web:

www.sleepsonno.com

LOKASI-LOKASI BILIK PAMERAN:

Sonno Sleep Lab -(emujanji sahaja)

D6 Offices, 6-3A, Jalan Sentul,

51000, Kuala Lumpur

POP by Jaya One

100-G.041 Block J, The School, Jaya One, 72A,

Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200, Selangor, Malaysia

MUMU Living

1G-01, IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L Section 15,

40200, Shah Alam, Selangor (Next to KWSP)

SPAZEHAUS

No.8 , Jalan Ekoperniagaan 2/7,

Taman Ekoperniagaan,

81100, Johor Bahru, Malaysia

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme