Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

SUKE SHOP LANCARKAN SUKE GO BERSAMA GOKINGKONG

Posted on 09/05/202209/06/2022 by 123mamanet

SUKE SHOP, platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV, telah melancarkan SUKE GO – sebuah perkhidmatan penghantaran premium – dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG.

Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah diserikan oleh Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG; dan ramai lagi, di samping kehadiran pelbagai ahli media dan portal berita tempatan.

SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform tersebut melalui SUKE GO. Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka.

Majlis tersebut juga menyaksikan penambahan lebih 20,000 produk baharu di platform SUKE SHOP yang akan layak untuk perkhidmatan penghantaran melalui SUKE GO. Produk-produk ini terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi.

Baucar bernilai sehingga RM10 juta juga akan tersedia untuk ahli-ahli yang baru berdaftar di sukeshop.com. Selain itu, pembeli SUKE SHOP juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG.

GOKINGKONG ialah sebuah platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: lebih baik, lebih pantas, lebih selamat dan lebih berpatutan. GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka.

“SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri edagang tempatan,” kata Dato’ AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV.

“Sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu,

GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik; dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini,” kata Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG.

SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dengan terus menjalin perkongsian seperti ini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme