Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tahun baru cina

Sambut Tahun Baru Cina Bersama Guardian Dengan “Glowing Beauty, A Healthy Journey”

Posted on 01/15/202401/15/2024 by 123mamanet

Guardian akan menyambut kedatangan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat. Semuanya pada nilai luar biasa untuk semua pelanggannya.

Isi Kandungan hide
1 Permulaan Baik Di Tahun Baru Cina
2 Pelbagai Tawaran Dan Hadiah Menarik
3 Sunscreen Untuk Kulit Sensitif
4 Muzik Video Tahun Baru Cina
5 Ciri GlamAR
6 Bermula 27 Disember – 12 Februari 2024

tahun baru cina

Permulaan Baik Di Tahun Baru Cina

Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar. Di mana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu.

” ‘Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang,” jelasnya.

Pelbagai Tawaran Dan Hadiah Menarik

“Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik  untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri.

Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baru Cina ini.

Baca Juga:

Atasi Kulit Kusam Dan Kering

Sunscreen Untuk Kulit Sensitif

 

tahun baru cina

Muzik Video Tahun Baru Cina

“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telah memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan.Menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian. (https://youtu.be/RPf9wZr9W8w?si=tEO3rmHMySxB-cp9),” jelas Anna.

Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan. Ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang.

Di samping menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai. Ia turut menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa.

Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba.

Manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk  moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan  kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.

Ciri GlamAR

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya. Pelanggan berpeluang menerima nasihat  pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit. Seterusnya  mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan  kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

tahun baru cina

Bermula 27 Disember – 12 Februari 2024

Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit. Potongan 60% diberikan untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan. Selain itu,  Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188 turut diberikan.

Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal Guardian. Tak pun, dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY. Ia memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024. Boleh dijadikan hadiah buat insan tersayang yang jauh di mata. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.

“Jadikan Tahun Baru Cina ini lebih bermakna. Kunjungi stor Guardian terdekat  atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan. Tak kira sama ada untuk diri anda ataupun yang tersayang.” tambah Anna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme