Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
TAMAN KLCC

Taman KLCC – Lokasi Famili Bersantai Hujung Minggu

Posted on 12/31/201612/31/2016 by 123mamanet

Taman KLCC terletak di belakang Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli belah Suria KLCC.  Jika tidak mahu memandu kereta, untuk datang ke sini, anda boleh menaiki LRT dan turun di stesen KLCC.

Isi Kandungan hide
1 Anak-Anak Pasti Enjoy di Taman KLCC!

 

Taman KLCC, merupakan taman buatan seluas 10,000 meter persegi yang cukup selesa dan sesuai dijadikan lokasi bersantai bersama keluarga tersayang.

 

TAMAN KLCC

Anak-Anak Pasti Enjoy di Taman KLCC!

Terlanjur jalan-jalan atau bershopping di KLCC, boleh jer singgah ke Taman KLCC. Tapi, jangan lupa  sekali baju persalinan untuk anak-anak. Kot-kot ada yang nak berendam atau mandi-manda di kolam  randuk yang terdapat di Taman KLCC ini.

 

Percuma sahaja, bilik persalinan untuk menukar pakaian dan tandas pun ada disediakan. Di samping itu, ada pelbagai permainan yang boleh dinikmati oleh anak-anak secara percuma.

 

Sudah tentulah anak-anak rasa cukup seronok dapat bermain air di kolam randuk yang jernih airnya dan aneka permainan yang ada di Taman KLCC ini.

 

Kawasan permainan kanak-kanak ini sangat selesa, lantai dilapasi safety flooring. Kalau anak-anak terjatuh, insya-Allah tak luka.

 

Selain itu, terdapat juga pondok dan bangku-bangku untuk kita duduk bersantai atau berpiknik sambil menikmati keindahan di persekitaran taman ini.

 

[btn text=”5 IDEA PERCUTIAN BAJET, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/5-idea-percutian-bajet-keluarga/” target=”_blank”]

 

 

TAMAN KLCC

Sesuai Untuk Berjogging

Bagi yang suka berjoging atau melakukan senaman ringan bolehlah juga datang ke sini.

 

Selain bersih dan terjaga,Taman KLCC ini juga dilengkapi dengan trek jogging. Pemandangan di persekitarannya juga tenang dengan didominasi pepohon nan rendang,

 

Sambil-sambil berjogging tu kita juga boleh cuci-cuci mata tengok keindahan Menara Berkembaar Pentronas serta pemandangan di sekeliling KLCC.

 

 

TAMAN KLCC

Spot Menarik Untuk Berselfie

Taman KLCC menyajikan keindahan Kuala Lumpur yang cukup mengagumkan. Buat anda yang suka selfie atau camera addict pasti seronok. Menara Berkembar Petronas yang menjadi latar belakang berfoto memang cantik sangat bagi yang suka bergambar atau berselfie.

 

 

 

 

TAMAN KLCC

Air Pancut Menari-Nari

Bagi Mamanet, waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada sebelah petang ketika sinaran matahari semakin redup. Kalau tengahari tu, memang panas berdenyut-denyut!

 

Kalau datang sebelah petang,bolehlah kita habiskan waktu dari petang sampailah ke malam.

 

Kalau lapar,  masuk sahaja ke dalam Mall Suria KLCC. Ada banyak foodcourt dan juga restoran, cuma pastikan poket anda ‘lebat’lah ya!

 

Jika nak bersolat pun tak susah, sebab Masjid Asy-Syakirin terletak tidak jauh(sebelah utara)  dari taman ini.

 

TAMAN KLCCDi samping duduk-duduk santai di pinggir taman, boleh juga menikmati tarian air yang diiringi lagu. Kalau pada sebelah malam, serius momen air pancut ini cukup indah sekali.

 

Apatah lagi, pertunjukan air pancut dengan lampu yang berwarna warni menyala-nyala dan di belakang tersedia pemandangan indah dari Menara Berkembar Petronas begitu memukau pandangan mata.

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan air pancut berwarna yang mengikuti irama muzik ketika malam tiba apabila berkunjung ke Taman KLCC!

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme