Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024

Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 Di MyTown, KL

Posted on 10/19/202410/19/2024 by 123mamanet

Menghadiri acara pembukaan TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai.

Isi Kandungan hide
1 Patung Gergasi Ultraman Arc dan Ultraman Blazar
2 Ultraman Arc, Hero Baru Memukau Pengunjung
3 Pementasan Ultra Heros Secara Langsung yang Luar Biasa
4 Sesi Beramah Mesra Dengan Ultraman
5 Miliki Figura Eksklusif dan Barangan Edisi Terhad
6 Pengalaman yang Tidak Boleh Dilepaskan
6.1 Maklumat Acara

Bagi seorang peminat setia Ultraman sejak kecil, acara ini bukan sekadar sebuah pameran – ia adalah pintu masuk ke dunia penuh nostalgia yang membawa kembali kenangan indah zaman kanak-kanak!

patung gergasi Ultraman Arc

Patung Gergasi Ultraman Arc dan Ultraman Blazar

Ketika masuk ke ruang pameran, suasana di sekelilingnya cukup meriah. Di kedua-dua sisi pintu masuk berdiri megah dua patung gergasi Ultraman Arc dan Ultraman Blazar seperti menyambut kami semua ke dalam dunia yang penuh aksi dan keajaiban.

Kehadiran barisan panjang peminat yang mula membanjiri acara ini sejak awal pagi lagi benar-benar mencerminkan betapa besar dan setianya komuniti peminat Ultraman di Malaysia.

Ultraman Arc, Hero Baru  Memukau Pengunjung

Patung Ultraman Arc bersaiz manusia, setinggi lebih kurang 2 meter, menjadi pusat perhatian di acara ini. Berdiri megah di atas platform yang dihias rapi patung ini benar-benar memukau dengan perincian yang begitu teliti sehingga seolah-olah Ultraman Arc sendiri sedang memerhatikan kami.

Tentunya, peluang bergambar bersama patung ini adalah momen yang wajib diabadikan, terutama bagi peminat tegar Ultraman. Detik ini benar-benar sukar dilepaskan dan menjadi kenangan yang akan diingati selamanya!

Baca Juga:

Menu Diet 30 Hari

IMPACT Kids Ergonomic Chair

Pementasan Ultra Heros Secara Langsung yang Luar Biasa

Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024

Selain patung bersaiz gergasi, acara ini juga dimeriahkan dengan pementasan secara langsung yang menjadi salah satu kemuncak hari tersebut.

Berkesempatan menyaksikan persembahan pertama pada jam 11 pagi, di mana Ultraman Arc dan Ultraman Zero,Ultraman Belial dan Bemzeed  beraksi di hadapan kami.

Mereka bertarung dengan raksasa jahat dalam sebuah pertarungan epik selama 20 minit. Lengkap dengan kesan visual yang memukau dan muzik yang mendebarkan. Penonton tidak berganjak, semuanya terpegun melihat aksi yang begitu dinamik dan hidup.

Durasi yang lebih panjang pada tahun ini juga memberikan lebih banyak ruang untuk naratif yang lebih mendalam, membuatkan pengalaman ini terasa seperti menonton episod Ultraman secara langsung.

Sesi Beramah Mesra Dengan Ultraman

 Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024

Bertemu Ultraman secara dekat adalah impian setiap peminat dan acara Sesi Ramah Mesra memberikan peluang eksklusif ini.

Peminat berpeluang untuk bergambar dengan Ultraman Arc dan Ultraman Zero melalui Sesi Ramah Mesra yang diadakan selepas setiap persembahan. Untuk menyertai sesi ini, peminat perlu membuat pembelian sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts.

Namun, tiket untuk sesi ini sangat terhad dan hanya diberikan kepada yang cepat membuat pembelian. Jadi, kena cepat-cepatlah tau!

Miliki Figura Eksklusif dan Barangan  Edisi Terhad

 Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024

Meneroka ke booth pameran dan jualan amat mengujakan! Di ruang Tamashii Nations, pengunjung disajikan dengan koleksi figura eksklusif yang hanya ada di sini, menjadikannya sebuah syurga bagi para pengumpul.

Ini adalah peluang keemasan untuk mendapatkan edisi terhad yang memang dinanti-nantikan oleh semua peminat. Dari figura Ultraman yang mengagumkan hingga watak-watak ikonik dari siri lain, pilihan yang ada pasti akan memikat hati setiap pengunjung.

Dengan kepelbagaian figura yang ditawarkan, setiap orang akan menemui sesuatu yang istimewa. Suasana meriah ini menjadikan acara ini tidak hanya sebagai pameran tetapi juga satu pengalaman yang inklusif.

Di mana semua peminat, tanpa mengira latar belakang dapat merayakan kecintaan mereka terhadap dunia Ultraman dan koleksi yang mengagumkan ini.

Pengalaman yang Tidak Boleh Dilepaskan

Tamashii Nations

Bagi sesiapa yang baru pertama kali menyaksikan acara seperti ini, TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Dari patung Ultraman bersaiz sebenar hingga persembahan langsung yang mendebarkan, acara ini benar-benar menghidupkan semula dunia Ultraman dalam cara yang unik dan menyeronokkan. Tambahan pula, peluang untuk mendapatkan figura edisi terhad menjadikan acara ini lebih istimewa.

Maklumat Acara

Lokasi: Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur

Tarikh: 18 – 27 Oktober 2024

Waktu: 10.00 pagi – 10.00 malam (18 Oktober bermula jam 12.00 tengah hari)

Masuk: PERCUMA!

Ultra Heroes

Jadi, jika anda peminat Ultraman atau sekadar ingin merasai suasana pameran penuh aksi ini, apa tunggu lagi?

Cepat singgah di Pusat Beli-Belah MyTOWN ini. Anda pasti tidak akan kecewa dengan pengalaman luar biasa yang ditawarkan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme