Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Tan Sri Ong

Tan Sri Ong P90 & Red P90 Tingkatkan Rasa Dan Aroma Masakan

Posted on 08/16/202408/16/2024 by 123mamanet

Nonosugar Health Tech Sdn Bhd, bersama ikon industri Tan Sri Augustine Ong, memperkenalkan Tan Sri Ong P90 dan Red P90 – minyak masak revolusi gabungan Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’. Diformulasi khusus untuk mereka yang mengutamakan kesihatan tanpa mengorbankan rasa.

Isi Kandungan hide
1 Campuran Unik
2 Lemak Tepu
3 Tan Sri Ong P90 & Red P90

Campuran Unik

Tan Sri Ong

Kedua produk ini merupakan campuran unik 90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ untuk meningkatkan rasa dan aroma masakan anda.

Varian Tan Sri Ong Red P90 menonjol dengan kemasukan Minyak Sawit Merah yang terkenal dengan sifat antioksidannya, menjadikannya pilihan yang menarik secara visual untuk peminat kulinari dan bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.

Menurut Tan Sri Augustine Ong yang menghasilkan minyak masak ini berdasarkan 50 tahun penyelidikan saintifk yang mendalam mengenai Minyak Sawit. Kedua-dua produk ini mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak.

Dengan kandungan lemak yang rendah, minyak masak ini tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas lemak tepu, kandungan Tocotrienols yang tinggi dan tahan panas.

Oleh itu, keduanya sesuai untuk pelbagai jenis juadah dan kaedah masakan, termasuk membuat salad. Red P90 amat sesuai untuk menyediakan sos merah, Termasuklah kari, sos berasaskan tomato, tom yam dan banyak lagi.

Baca Juga:

Keletihan Otak Halang Produktiviti

Kempen Jom Potong 2024

Lemak Tepu

“Sekian lama, ramai beranggapan bahawa lemak tepu penyebab peningkatan tahap kolestrol dan mengaitkan kandungan lemak tepu dalam Olein Sawit akan menyebabkan risiko tinggi terhadap penyakit jantung, namun ia sekadar salah faham,” kata Ong.

“Berdasarkan kajian, Olein Sawit mempunyai khasiat sama seperti Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’. Dengan kepekatan 40% Olein Sawit dan 15% Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’, ia mempunyai tahap kolesterol LDL dan HDL yang sama dalam ujikaji terhadap manusia,” tambahnya.

Olein Sawit mengandungi Vitamin E yang tinggi, lemak mono-tepu dan poli-tepu, tidak menyebabkan darah beku. Penambahan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ menambah kebaikan di mana Minyak Zaitun merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak mono-tepu.

Tan Sri Ong P90 & Red P90

Tan Sri Ong

Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengumumkan bahawa syarikat mereka begitu teruja meletakkannya dalam barisan produk berkhasiat mereka.

“Misi Nonosugar adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui produk berkhasiat yang dipasarkan dan melalui program kesihatan peribadi. Penambahannya  kepada barisan produk amat dinanti-nantikan oleh kami dan para pelanggan,” kata Kong.

“Kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong dalam penghasilan produk ini amat bermanfaat dan bakal memberikan dorongan terhadap jutaan warga Malaysia untuk membuat keputusan yang lebih sihat dari segi masakan dan penyediaan makanan,” tambah beliau

Tan Sri Ong P90 dan  Red P90 akan dipek di dalam botol kaca premium 500ml dan dipasarkan oleh Nonosugar Health Tech dan diedarkan oleh Hai Seng Huat Fisheries Sdn Bhd. Ia boleh didapati melalui www.nonosugar.com.my dan di pasar-pasar raya pada harga RM38.00 sebotol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme