Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tanda-tanda kencing manis

Tanda-Tanda Kencing Manis, Waspada Selalu!

Posted on 06/21/201606/26/2016 by 123mamanet

tanda-tanda kencing manisANDA patut tahu tanda-tanda kencing manis atau diabetis ini. Ia adalah penyakit yang datang dalam senyap dan turut dianggap sebagai ‘the silent killer’!

Isi Kandungan hide
1 Berikut ini antara tanda-tanda kencing manis yang perlu kita perhatikan sebelum segalanya terlambat.

Bahkan kencing manis juga termasuk dalam kategori penyakit kronik jangka panjang yang tidak dapat disembuhkan. Sekali kita telah terkena penyakit ini, selamanya kita akan hidup dengannya. Hindari penyakit ini selagi boleh supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

 

Jenis-Jenis Kencing Manistanda-tanda kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit kencing manis yang utama iaitu Kencing Manis Jenis Satu (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis Dua (Diabetes Type 2)

 

Kencing Manis Jenis 1 – Bergantung Pada Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus)

 

Kencing Manis Jenis 2 – Tidak Bergantung Pada Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Melitus)

 

Berikut ini antara tanda-tanda kencing manis yang perlu kita perhatikan sebelum segalanya terlambat.

 

  1. Kerap Kebas

Mati rasa atau kebas sering terjadi pada kaki dan tangan. Petanda awalnya kerap rasa kebas atau ‘sesemut’. Kebas adalah salah satu keadaan yang disebabkan kerana saraf dalam kaki dan tangan sudah tidak dapat bekerja dengan baik. Perubahan kadar gula dalam darah telah mengubah sistem kerja saraf sehingga menyebabkan kerosakan.

 

  1. Berat Badan Menurun Secara Drastik

Pengidap pentakit kecing manis akan mengalami penurunan berat badan secara drastik. Ini adalah disebabkan kerana tubuh tidak lagi mendapatkan energi daripada makanan yang sudah masuk ke dalam tubuh.

 

Terlalu banyak kadar gula dalam tubuh akan menyebabkan tubuh tidak mendapatkan energi sesuai dengan keperluan. Selain itu juga, tubuh akan berusaha menggunakan energi daripada lemak dan otot.

 

  1. Sering Buang Air Kecil

Untuk tubuh yang normal biasanya kita akan membuang air kecil sekitar lima hingga lapan kali sehari. Namun, bagi penghidap kencing manis akan membuang air kecil lebih daripada itu.

 

Tubuh sepatutnya akan menyerap gula yang sudah masuk ke dalam buah pinggang, tetapi disebabkan kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi jadi semua proses itu tidak terjadi. Ini bermakna semua hasil metabolisme kadar gula dalam tubuh akan keluar dari tubuh setelah melalui buah pinggang.

 

  1. Kerap Haus

Tanda-tanda kencing manis yang seterusnya, pengidap penyakit kencing manis akan berasa cepat haus atau dahaga sehingga menyebabkan mereka akan minum dengan lebih banyak.

 

Ia berkaitan dengan fungsi organ buah pinggang yang mana memiliki fungsi untuk menyaring gula yang akan dikeluarkan bersama urin (air kencing) supaya dapat diserap kembali oleh pembuluh darah.

 

Keadaan ini menyebabkan gula dalam darah akan semakin berkumpul, hingga pada akhirnya buah pinggang tidak mampu lagi untuk menarik keluar gula dari dalam urin.

 

  1. Tubuh Lesu Dan Cepat Penat

Sesiapa yang mengalami penyakit kencing manis ini akan merasakan tubuhnya lesu dan cepat penat. Ini disebabkan kerana hormon insulin dalam darah tidak boleh aktif lagi untuk bekerja. Ketidakaktifan hormon insulin ini akan membuatkan pengaliran darah terganggu sehingga  gula darah akan berkumpul.

 

Tubuh akan menjadi lesu kerana tidak ada hormon yang boleh mengubah gula darah menjadi energi sehingga lemak di dalam tubuh akan diubah menjadi energi secara terus menerus sampailah lemak tersebut habis. Oleh sebab itulah kita tengok pengidap penyakit kencing manis yang kronik sering bertubuh kurus.

 

Nota editor: Ikuti siri  2 dalam 123mamanet.com esok untuk cara mengelak dan merawat kencing manis. Ketahui juga bacaan paras gula yang ideal untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

Recent Posts

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme