Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Tanda-Tanda Period

Elak Bocor! Kenali Tanda-Tanda Period Nak Datang

Posted on 07/12/201607/11/2016 by 123mamanet

Tanda-Tanda PeriodTanda-Tanda Period. Mengetahu tanda-tanda period dah nak datang boleh membantu kita supaya lebih bersedia dan berwaspada. Tak adalah nanti tiba-tiba sahaja bocor!

Isi Kandungan hide
1 Berikut tanda-tanda period yang perlu anda alert:


Wanita secara rutin akan mengalami period atau datang haid. Biasanya sebelum itu, ada beberapa tanda-tanda period bakal menghampiri, sama ada daripada segi fizikal mahupun mental.

 

Berikut tanda-tanda period yang perlu anda alert:

 

1.Perut MeragamTanda-Tanda Period

Biasanya anda akan mengalami beberapa masalah perut sebelum period. Anda akan mengalami masalah diare atau sembelit, perut sebu dan juga mual. Sebahagian wanita mungkin akan mengalami perubahan nafsu makan ketika menjelang period. Ada juga yang teringin atau mengidam untuk menikmati makanan tertentu.

  1. Perubahan Pada Bahagian Tubuh

Tanda-tanda period nak datang juga menjadi semakin jelas apabila jerawat muncul di muka akibat perubahan hormon. Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami pembengkakan pada  bahagian tangan dan kaki.

 

Malahan, ada juga yang mengalami pembengkakan pada payudara dan saiz putting juga akan menjadi lebih besar daripada ukuran normal. Perubahan juga terjadi pada bulu vagina, menjadi lebih kasar dan tebal daripada biasa. Di samping it, adan juga akna merasakan perubahan yang sangat menganggu seperti timbulnya rasa lenguh-lenguh pada bahagian pinggang dan paha.

 

  1. Emosi Naik TurunTanda-Tanda Period

Tanda-tanda period nak datang mudah dikenal pasti dengan perubahan emosi anda yang cukup ekstrem. Anda menjadi lebih sensitif terhadap keadaan dan mudah ‘sentap’. Anda juga akan cepat naik darah, sukar tidur, pelupa dan kurang fokus menjelang period.

 

  1. Keputihan

Jika anda melihat beberapa cecair berlendir berwarna putih dan tidak berbau yang muncul  pada bahagian alat sulit anda, ia adalah keputihan. Mulanya berwarna putih, tetapi ia akan berubah menjadi kecoklatan. Itu bermakna keputihan tersebut telah bercampur dengan darah. Jadi, anda disarankan untuk memakai pantyliners.

 

  1. Sakit KepalaTanda-Tanda Period

Ramai wanita yang berdepan dengan tanda-tanda period seperti sakit kepala dan dihambat perasaan malas dan mengantuk.

P/S: Bagaimanapun ada pula yang ‘diserang’ rasa rajin yang terlampau. Mungkin anda pernah mengalami tanda-tanda ini.

 

KLIK SINI DAN LIKE MAMANET DI FACEBOOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme