Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tandas bersih

TANDAS BERSIH DAN BERGAYA, TANGGAPAN PERTAMA SANGAT PENTING!

Posted on 02/17/201702/17/2017 by 123mamanet

Kepentingan perkhidmatan persekitaran bagi kemudahan asas seperti tandas bersih harus diutamakan bagi mengelakkan anda kehilangan pelanggan.

Isi Kandungan hide
1 MENGAPAKAH PENGALAMAN PENGGUNAAN TANDAS BERSIH DAN BAIK AMAT PENTING?
2 MEWUJUDKAN PENGALAMAN TANDAS BERSIH DAN BAIK
3 GAYA & FUNGSI
4 WARNAI HIDUP ANDA!

Perkhidmatan persekitaran bukan lagi satu konsep yang asing, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Kita semakin memberi penekanan yang kuat terhadap persekitaran fizikal institusi perniagaan dan sumbangannya yang penting dalam mewujudkan pengalaman yang memuaskan bagi pelanggan.

Sama ada hotel, pusat membeli-belah, pusat rekreasi atau perniagaan makanan dan minuman (F&B), perkhidmatan persekitaran mengambil kira persekitaran luar seperti landskap, reka bentuk, kemudahan tempat letak kereta dan juga persekitaran dalaman yang melibatkan prasarana, susun atur, dan suasana.

Dengan pengalaman yang sesuai dan taraf tandas bersih yang sempurna, ini akan memastikan kepuasan pelanggan tercapai maka peluang keberhasilannya, mereka akan singgah lebih lama di premis dan bukan itu sahaja, pelanggan juga akan melalui satu pengalaman yang istimewa.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: BISNES PALING SELAMAT WAKTU GAWAT

MENGAPAKAH PENGALAMAN PENGGUNAAN TANDAS BERSIH DAN BAIK AMAT PENTING?

Menurut satu kajian yang dimulakan oleh pakar-pakar kebersihan di England, kualiti kemudahan tandas, tidak kira industri, boleh memberi kesan secara langsung terhadap keupayaan sesebuah pertubuhan dalam menarik dan mengekalkan pelanggan serta keuntungan di hotel, peruncit, rekreasi, restoran dan pusat hiburan.

Walaubagaimanapun, adakah penemuan ini boleh diguna pakai untuk persekitaran perniagaan di Malaysia? Sebenarnya, ia memang boleh. Ini kerana mana-mana negara dunia pertama atau negara bandar pasti mengakui bahawa tanggapan pertama adalah sangat penting.

Pengalaman penggunaan tandas yang buruk boleh menghalang pelanggan dari datang berulang-kali atau menggalakkan pelanggan beredar lebih awal dari yang dijangka. Pelanggan yang gembira dan selesa adalah kunci untuk mencapai pulangan keuntungan dan perniagaan; oleh itu pelaburan bagi kebersihan kemudahan adalah satu pertimbangan yang penting bagi kepuasan pelanggan anda.

tandas bersih
Initial Hygiene – Signature – Champagne

MEWUJUDKAN PENGALAMAN TANDAS BERSIH DAN BAIK

Mengekalkan tanggapan yang baik  adalah penting dalam perniagaan, dan zaman kini, pelbagai institusi telah meletakkan lebih penekanan kepada reka bentuk, estetika dan pengalaman pelbagai deria, termasuklah di tandas.

Disebabkan peredaran ini, tandas kini dihiasi dengan lukisan, bingkai cermin yang bergaya, aroma yang menyenangkan, pencahayaan yang mesra, dan kemudahan tandas yang cantik. Tumpuan diberi kepada butiran khusus untuk meningkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh. Semua ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan persekitaran.

Digabungkan bersama tahap tandas bersih yang tinggi, pelanggan lebih cenderung untuk meluangkan lebih banyak masa apabila mengetahui keselesaan mereka diambil kira, dan mampu menjalankan aktiviti mereka di persekitaran yang selesa dan bersih.

GAYA & FUNGSI

Pengalaman pelanggan yang terbaik melibatkan setiap pancaindera manusia – penglihatan, bau, bunyi, sentuhan dan sudah tentunya, rasa. Oleh itu, orang ramai bertindak balas dengan baik apabila berada di persekitaran yang meransang secara holistik.

Suasana keseluruhan sesuatu tempat memberi kesan kepada kesejahteraan emosi, persepsi dan juga tingkah laku kita. Satu ciri yang tidak kena pada tempatnya boleh mencetuskan tindak balas yang negatif, dan kebiasaannya, ia berpunca daripada tandas.

Reka bentuk pengalaman adalah cara untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan, dan mungkin menjadi faktor dalam mengalakkan mereka kembali.  Jadi, fikirlah tentang jenis unsur-unsur atmosfera seperti warna, pencahayaan, susun atur, dan juga bau yang boleh memainkan peranan dalam mengekalkan kehadiran pelanggan anda.

tandas bersih
Initial Hygiene – Signature – Turquoise

WARNAI HIDUP ANDA!

Salah satu cara yang paling mudah untuk menghidupkan suasana tandas anda adalah dengan menambah warna yang dapat merangsang deria dan memberi rasa ketenangan.

Sebagai contoh, di dalam sebuah hotel atau persekitaran di pusat membeli-belah, tanggapan yang tercipta boleh mempengaruhi pengalaman pelanggan dengan kadar pulangan atau trafik yang tinggi. Maka ia penting bagi pengusaha hotel dan pengurus pusat membeli-belah untuk fokus kepada elemen yang tidak ketara bagi membezakan mereka daripada para pesaing.

Tandas bersih adalah penting dalam mewujudkan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan.
Dengan gaya dan warna yang sesuai, anda boleh mempengaruhi suasana dan membangkitkan emosi yang menyeronokkan disamping dapat menambah keinginan para pelanggan untuk melanjutkan persinggahan. Persekitaran yang mesra juga akan sentiasa memberi tahap perbelanjaan yang lebih tinggi.

Warna juga boleh membantu mengukuhkan penjenamaan atau identiti institusi anda; sebagai contoh jika hiasan anda adalah minimalis, mungkin warna seperti perak atau hitam lebih sesuai untuk kemudahan bilik air anda seperti dispenser sabun tangan, sanitiser, bahkan dispenser tisu tandas, bagi mewujudkan kesan yang anggun, moden dan canggih untuk institusi anda.

Semasa evolusi reka bentuk tandas ini, pakar-pakar kebersihan seperti INITIAL telah menghasilkan koleksi “Signature” yang telah memenangi anugerah berdasarkan penggabungan ciri-ciri reka bentuk inovatif dan kualiti kebersihan yang tinggi. Tujuh warna anggun dipilih dengan teliti untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya dan memberi tanggapan positif yang berpanjangan.

Unit-unit kebersihan “Signature” disalut dengan teknologi anti-bakteria yang penting bagi menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan pelekatan kotoran di permukaan selain dapat mengurangkan jangkitan kuman yang berbahaya ke tangan anda.

tandas bersih
Initial Hygiene – Signature – Black

Semoga artikel ini dapat memberi anda panduan bagaimana mahu mewujudkan persekitaran tandas bersih dan bergaya.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme