Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
payudara kendur selepas bersalin

4 Cara Tegangkan Payudara Kendur Selepas Bersalin

Posted on 09/19/201609/19/2016 by 123mamanet
payudara kendur selepas bersalin
kredit foto: parentsociety

PAYUDARA kendur selepas bersalin adalah perkara yang normal dan bakal dihadapi oleh mana-mana wanita atau kaum ibu yang menyusui bayinya. Ia bukan bersifat kekal tetapi jika tidak dijaga mungkin akan buruk kesannya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipratik untuk tegangkan payudara kendur selepas bersalin.

 

Kebiasaannya, payu dara yang penuh dengan susu akan kelihatan jatuh berbanding payu dara tanpa susu. Efek kendur pada payudara sehingga kedudukannya akan menjadi lebih ke bawah dibandingkan dengan sebelum.

 

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipratik untuk tegangkan payudara kendur selepas bersalin.

 

Susukan bayi sepenuhnya – dengan menyusukan bayi, payu dara anda akan lebih tegang dan jangan lupa gunakan nursing bra untuk menyokong payudara anda. Jika payudara anda penuh dengan susu sebaiknya jangan mulakan sebarang rawatan menegangkan payudara.

Gunakan dulu cara semula jadi ini. Sehingga anak anda mulai cerai susu. Tidak mengapa jika anda mula lambat sikit asalkan proses penyusuan bayi anda tidak terganggu.

 

payudara kendur selepas bersalin
kredit foto: vkool-1

Rajin Bersenam – Bersenam adalah salah satu cara paling efektif untuk menegangkan otot dada sehingga membuatkan payudara pun menjadi lebih tegang.

 

Senaman yang tepat akan membantu merangsang proses pemulihan bentuk payudara serta otot-otot lain yang berfungsi untuk menopang payudara.

 

Antara senaman yang disarankan untuk tegangkan payudara kendur selepas bersalin adalah push up, angkat beban dan juga berenang.

 

payudara kendur selepas bersalin
kredit foto: beautynewsindia

Masker Payudara – Cara semulajadi menegangkan payudara kendur selepas bersalin adalah dengan membuat masker payudara. Ianya dapat membantu menaikkan kembali jaringan payudara yang kendur.

 

Masker Payudara – Putih Telur (sebaiknya telur ayam kampung) boleh digunakan sebagai masker untuk tegangkan payudara.

 

Pecahkan sebiji telur ayam kampung. Kemudian asingkan antara putih dan kuningnya. Ambil bahagian putihnya sahaja, dan kacau sehingga kembang. Setelah itu, sapukan pada sekitar bahagian payudara.

 

Cara Penggunaannya:

  • Bersihkan payudara dengan tuala bersih yang telah dicelup dengan air suam dan keringkan.
  • Tutup bahagian puting dengan kapas basah, kemudian sapukan masker pada keseluruhan permukaan payudara.
  • Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering, kemudian bersihkan sehingga benar-benar bersih.
  • Akhir sekali, tekap-tekap dengan ais batu selama 2 minit.
  • Putih telur memang berkhasiat untuk menegangkan kulit di sekitar dada sehingga membuatkan payudara kendur selepas bersalin menjadi superb

 

Urut Dengan Minyak Zaitun – Setiap malam sebelum tidur, urutlah payudara dengan menggunakna minyak zaitun dengan gerakan memutar. Lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan.

 

Lakukan secara teratur, dan kesannya boleh dilihat dengan waktu yang singkat. Payudara bukan sahaja kembali tegang, bahkan bentuknya juga menjadi lebih montok!

 

payudara kendur selepas bersalin
kredit foto: media-salon

Push-Up Bra – Push-up bra dikatakan dapat menaikkan kembali payudara, sehingga kelihatan lebih penuh. Bra atau coli jenis ini mampu memperbaiki bentuk payudara yang melorot. Tetapi, pastikan kita membeli ukuran bra yang tepat.

 

Usahakan untuk melakukannya secara teratur bagi mendapatkan hasil yang sempurna sepertimana yang diingini. Bagi anda yang baru bersalin atau mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik, sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Itulah antara cara untuk menegangkan payudara kendur selepas bersalin. Selamat mencuba!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme