Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
teh uncang

Teh Uncang Terpakai, Jangan Dibuang Dulu!

Posted on 07/28/201607/28/2016 by 123mamanet
teh uncang
Kredit Foto: Greenprophet

BIASANYA selepas anda merendam teh uncang di dalam teko ataupun jag, adakah anda terus membuangnya? Kalau “ya”, pastikan selepas ini anda tidak membuangnya lagi kerana terdapat beberapa manfaat dari teh uncang tersebut.

 

 

Berikut ini beberapa manfaat dari teh uncang yang patut anda ketahui:

  1. Menghilangkan Bau Kaki Yang Berpeluh

    teh uncang
    kredit foto: I.huffpost

Ambil uncang teh terpakai dan masukkan ke bekas berisi air suam untuk merendam kaki anda selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki dengan tuala sehingga kering dan lakukannya sebelum tidur.

 

Rendaman air tersebut berfungsi untuk menghilangkan bau kaki, melembutkan dan menyihatkan kulit.

 

 

  1. Mengatasi Mata Panda

    teh uncang
    Kredit Foto: Healthyfoodspace

Disebabkan penggunaan mata yang tiada hentinya, menatap komputer, menonton TV, membaca dan sebagainya ada kalanya membuatkan mata kita menjadi kemerahan, bengkak dan terasa penat.

 

Teh uncang boleh dimanfaat untuk mengatasi masalah tersebut. Rendamkannya di dalam air sejuk, kemudian letakkan di bahagian mata pada masa nak tidur atau beristirahat.

 

 

  1. Menghilangkan Bau Yang Tidak Sedap

Uncang teh terpakai berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak enak di dalam peti sejuk. Ambil beberapa uncang teh terpakai dan letakkan ke dalam peti sejuk.

 

Selain itu, uncang teh terpakai juga mampu mengurangkan bau ikan dan bawang yang melekat pada tangan anda setelah memasak.

 

 

  1. Mengatasi Masalah Jerawat Di Muka

Uncang teh terpakai terutama teh hijau boleh menjadi cara mengatasi dan menghilangkan jerawat.

 

Pastikan sebelum menggunakan uncang teh, muka telah dibersihkan terlebih dahulu. Setelah itu barulah digosok pada muka, dan biarkan selama beberapa minit.

 

 

  1. Mencuci Peralatan Dapur

Inilah antara manfaat teh uncang. Bagi anda yang alergi dengan sabun, uncang teh untuk mencuci peralatan dapur seperti piring, mangkuk, pinggan, gelas dan sebagainya.

 

Ucang teh terpakai mampu menghilangkan kotoran atau kesan minyak yang melekat pada peralatan dapur dengan mudah. Jika peralatan tersebut sangat kotor dan dipenuhi dengan lemak, rendamkannya dengan air panas dan beberapa uncang teh terpakai bagi menghilangkan kesan kotoran dan lemak yang melekat.

 

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme