FOUNDATION MERUPAKAN SALAH SATU ITEM SOLEKAN YANG CUKUP PENTING. PEMAKAIAN FOUNDATION ATAU BEDAK ASAS DAPAT MEMBANTU MERATAKAN WARNA KULIT, MENYAMARKAN SEGALA NODA DAN BUAT KULIT MUKA KITA NAMPAK FLAWLESS. JADI, KITA KENA TAHU TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG BETUL SUPAYA MUKA KITA TIDAK NAMPAK SEPERTI TOPENG!
Ada di antara kita yang merasakan terlalu sukar untuk memakai foundation. Hakikatnya tidaklah sesukar mana, asalkan kita tahu teknik pakai foundation yang tepat. Tak kiralah foundation yang kita pilih itu berbentuk cecair ataupun padat.
BERIKUT BEBERAPA TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG TEPAT:
- PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT
Bagi mendapatkan hasil foundation yang sempurna, kita perlu pastikan juga foundation yang kita pilih itu sesuai dengan kulit kita. Pemakaian foundation yang tidak sesuai boleh merosakkan penampilan dan hasil mekap kita.
Ada di antara kita memilih warna foundation satu atau dua, lebih cerah daripada warna asli kulit kita. Ini membuatkan warna foundation menjadi tidak serasi dengan warna kulit kita. Sebaiknya pilih foundation yang dekat-dekat dengan warna asli kulit muka kita bagi mendapatkan hasil mekap yang lebih menawan.
- JANGAN LUPA BERSIHKAN MUKA TERLEBIH DAHULU
Sebelum mengaplikasikan foundation, kita perlu membersihkan muka kita terlebih dahulu. Cuci tangan menggunakan sabun sebelum kita menyentuh muka supaya kulit muka tidak terkena kuman ataupun bakteria.
Untuk kulit berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi minyak tea tree atau salicylic acid supaya kulit muka kelihatan segar dan tidak cepat nampak berkilat atau berminyak.
- GUNAKAN BERUS ATAU SPONGE (BEAUTY BLENDER)
Ramai yang memilih untuk menggunakan jari tangan ketika memakai foundation. Namun cara terbaik memakai foundation adalah dengan menggunakan berus ataupun span. Ini adalah kerana jangkauannya lebih luas dan hasilnya lebih rata.
Biasanya selepas memakai foundation, jika ternampak ada bahagian yang pecah atau flaky, jangan sekali-kali hapuskannya dengan makeup remover dan kemudiannya memakai semula foundation tersebut.
Teknik pakai foundation yang tepat menyarankan kita mengambil span atau beauty blender, kemudian letakkan sedikit face oil atau krim pelembab, lalu perlahan-lahan tekan kawasan flaky tersebut sehingga foundation tersebut kembali merata.
- WAJIB PAKAI PELEMBAB
Kunci utama supaya foundation yang dipakai dapat berfungsi dengan baik ialah apabila kulit muka kita bersih dan lembap. Pilih pelembab dengan kandungan yang ringan supaya lebih menyatu dengan kulit muka kita.
Jika kita kerap berada di luar atau terdedah kepada cahaya matahari, sebaiknya pakai pelembab yang mengandungi SPF. Setelah memakai pelembab, krim pelindung matahari, biarkan selama dua hingga lima minit sebelum memakai foundation.
Untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih sempurna, biarkan kandungan pelembab menyerap masuk atau bekerja sesuai dengan fungsinya ke dalam kulit dan menyatu dengan foundation yang dipakai nanti.
Jika kesan-kesan hitam atau bekas-bekas jerawat masih kelihatan, kita boleh samarkan dengan concealer setelah menggunakan foundation tersebut. Ingat ya, selepas membersihkan muka, segera sapukan pelembab dan jangan tunggu lebih daripada satu minit.
- LIMA PUSAT PERHATIAN MUKA
Aplikasikan foundation pada lima pusat perhatian muka yang utama iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu dan hujung hidung. Kemudian baurkan menggunakan berus atau span khas untuk foundation.
- PAKAI BEDAK
Teknik pakai foundation terakhir yang penting dan perlu diambil kira adalah dengan menyempurnakan penampilan kita dengan bedak muka yang bertekstur ringan. Sapukan bedak menggunakan powder brush di seluruh kulit muka yang sudah diaplikasikan foundation.
Bedak jenis transparent atau translucent sesuai digunakan jika kita mahu penampilan yang semulajadi. Bagi muka jeis berminyak, sebaiknya pakailah bedak tabur. Bagi kulit jenis normal dan cenderung kering, pilih bedak jenis padat.
Kulit muka akan kelihatan lebih gebu dan bersinar!
BACA 5 JENIS FOUNDATION YANG BAGUS AGAR MUKA NAMPAK CANTIK DAN MULUS