Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Texas Chicken Malaysia

Texas Chicken Malaysia Kembali Dengan Ayam 8 Lada Sempena Ramadan Dan Raya 

Posted on 04/06/202304/06/2023 by 123mamanet
Texas Chicken Malaysia

Texas Chicken Malaysia mengembalikan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat. Dalam tempoh yang terhad, atas permintaan tinggi pelanggan setiap tahun sejak gandingan popular ini mula diperkenalkan empat tahun lalu menu ini kembali lagi!

Isi Kandungan hide
1 Kehangatan Ayam 8 Lada Dari Texas Chicken Malaysia

Kehangatan Ayam 8 Lada Dari Texas Chicken Malaysia

Kehangatan Ayam 8 Lada ini pasti menambat rasa dengan salutan unik dan lazat gabungan lapan jenis lada – lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho. Pilihan hangat untuk yang berani mencuba! 

Sampul Duit Raya Texas Chicken Malaysia

Sempena musim perayaan, Texas Chicken juga memperkenalkan set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam.

Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.

Menurut Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Tham Yue Foon, “Di Texas Chicken Malaysia, kami sentiasa mendengar permintaan pelanggan kerana sokongan mereka penting untuk kami terus berkembang.

Memandangkan Ayam 8 Lada merupakan pilihan kegemaran rakyat Malaysia, kami memutuskan untuk mengembalikan tawaran masa terhad ini sempena Ramadan dan Hari Raya, selain promosi dan diskaun sedia ada – untuk dinikmati semua.

Artikel Lain: Resepi Rendang Ayam Seper Sedap Untuk Raya

Selain itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, kami turut menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan 1,500 hidangan Texas Chicken yang disediakan segar kepada rumah kebajikan dan masjid / surau terpilih di sekitar restoran kami untuk buka puasa dan moreh.”

Texas Chicken Menu Rahmah

Menu Rahmah Texas Chicken

Texas Chicken memperkenalkan kombo Menu Rahmah pada 7 Mac 2023 yang boleh didapati setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang dalam menyahut usaha kerajaan Malaysia menurunkan kos sara hidup dengan menawarkan hidangan lengkap pada harga RM5. 

Sempena bulan puasa, Texas Chicken akan menawarkan Menu Rahmah dari 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari di hampir 90 cawangan Texas Chicken seluruh negara. Di samping itu, dalam kerjasama eksklusif dengan rakan penghantaran makanan, Menu Rahmah juga boleh didapati melalui foodpanda sepanjang Ramadan.

Artikel Lain: Cara Hilangkan Gastrik Di Bulan Puasa

Biskut Cip Coklat

“Texas Chicken Malaysia adalah jenama untuk pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Kami ingin sentiasa menawarkan pelbagai promosi untuk dinikmati semua sepanjang tahun. Menerusi tawaran masa terhad Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat ini, serta promosi menu biasa dan platform penjimatan yang lain, kami berusaha untuk mendekati para pelanggan dan memperluas kumpulan peminat Texas Chicken,” akhiri beliau.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme