Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Thalia

Thalia Kesal Sikap Buruk Bibik – Doakan Dirinya dan Anak Mampus

Posted on 04/22/202404/22/2024 by 123mamanet

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri mengakui terkejut dengan pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik dan dilayan seperti keluarga, rupa-rupanya hanya bertopengkan agama.

Isi Kandungan hide
1 Berasa Terkejut Dan Amat Kesal
2 Buat Pendedahan
3 Berubah Setelah Dilamun Cinta
4 Tamatkan Perkhidmatan Serta Merta

Berasa Terkejut Dan Amat Kesal

Dalam satu pendedahan di laman sosial, beliau berkata dirinya terkejut apabila mendapat tahu perkara sebenar pembantu rumah yang dipanggil Bibik Elly tidak berlaku jujur. Bahkan melayan anak bongsunya dengan teruk sehingga membiarkan kanak-kanak itu berbau hancing dan bermain dengan air tandas.

“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia sangat baik di depan saya. Malah,  tidak pernah tinggal solat Dhuha. Semuanya terbongkar apabila mesejnya bersama teman lelakinya dikirimkan oleh individu berkenaan.

Buat Pendedahan

“Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasihnya. Dia memaki hamum kami termasuk mendoakan saya dan anak saya mampus,” katanya dalam pendedahan berkenaan.

Pendedahan itu dibuat dalam satu siaran langsung di akan TikTok Thalia.Baiduri minggu lalu dan mendapat respon netizen yang mahu mengetahu kisah sebenar yang berlaku.

Beberapa sedutan mengenai pendedahan berkenaan turut dikongsikan di akaun yang sama.

Thalia yang juga pernah berlakon itu berkata, selepas perkara tersebut terbongkar segala kebenaran mengenai bibik Elly sampai ke pengetahuannya dan suami melalui dua lagi pembantu rumah.

“Saya memang hairan sebelum ini bila anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja. Bukan itu sahaja, badannya juga penuh dengan luka. Apabila ditanya, dia siap bersumpah dengan nama Allah, dia jaga anak dengan baik.

“Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan. Bibik lain tidak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.

“Saya memang tidak pernah syak sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak main nama Allah,” katanya.

Nak tahu lebih lanjut, Klik Sini >   Datin Thalia Baiduri

Berubah Setelah Dilamun Cinta

Lebih dari itu pembantu rumah berkenaan juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dengannya yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.

Thalia berkata, pembantu rumahnya berusia lewat 40-an itu terbuai dan asyik dilamun cinta  dengan lelaki berkenaan sehingga sanggup mengabaikan tugas hariannya.

“Saya difahamkan dia bercinta dengan pilot dan yang kelakarnya habis duit pada lelaki itu. Saya tidak masuk campur cuma bila sampai tugas terabai dan anak saya jadi mangsa memang saya tidak boleh terima.

“Malah bila kita panggil untuk bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaaf yang keluar dari mulut,” katanya.

Tamatkan Perkhidmatan Serta Merta

Lantaran itu, suami Thalia Datuk Shahriza Amir meminta bibik berkenaan keluar dari rumah dan menamatkan perkhidmatannya serta merta.

“Saya sendiri hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan, tak apalah tiada rezeki dia bekerja dengan saya.

“Yang penting kita dah pulangan pada agen dan keselamatan anak kami terjamin,” akuinya yang serik dengan kejadian itu sehingga ragu-ragu untuk memilih pembantu rumah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme