Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
the body shop

The Body Shop Raikan 40 Tahun dengan Changemaking Campus

Posted on 08/27/2024 by 123mamanet

Ogos ini, sempena Hari Kebangsaan, jom raikan detik bersejarah bersama The Body Shop yang genap 40 tahun di Malaysia! Dengan semangat memacu perubahan untuk kesejahteraan Manusia dan Planet, The Body Shop mengajak kita semua menjadi penggerak perubahan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.

Isi Kandungan hide
1 40 Years of Goodness
2 Changemaking Campus The Body Shop
3 Rakan* Love Your Body

40 Years of Goodness

the body shop

Sejajar dengan matlamat jenama ini – “kami wujud untuk memperjuangkan dunia yang lebih adil dan indah’. Dexter Foong, Pengurus Besar, The Body Shop Malaysia berkata, “The Body Shop sentiasa menjadi penyokong kepada perubahan yang positif. Berpandukan prinsip beretika dan mesra alam, daripada amalan Perdagangan Adil Komuniti kepada produk 100% vegan.

Maka sewajarnya tema 40 Years of Goodness yang dibawa oleh jenama ini disemarakkan dengan program Changemaking Campus bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

Changemaking Campus The Body Shop

the body shop

Kita semua mempunyai peluang menjadi kuasa pencetus kebaikan dan kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada setiap individu untuk membantu orang lain, dengan menyokong projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ untuk anak-anak yatim oleh Rose2Rose.”

Changemaking Campus The Body Shop, yang bermula pada Isnin 26 Ogos hingga Ahad 1 September 2024, akan mengubah Center Court, Mid Valley Megamall KL menjadi medan deria.

Ia dibuat bagi memperkasakan individu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan unik kulit setiap orang dan  cara mencipta solusi penjagaan kulit tersendiri yang sesuai dengan mereka.

Pelbagai reruai disediakan di sini, termasuklah sudut foto Changemakers dan mereka yang melengkapkan lawatan Changemaking Campus akan menerima sampel-sampel percuma.

Selain itu, 40 pengunjung pertama dari jam 3 petang pada hari bekerja juga akan mendapat layanan istimewa – satu skup aiskrim secara percuma.

Rakan* Love Your Body

love your body

Untuk lebih banyak ganjaran, muat turun aplikasi The Body Shop dan mendaftar sebagai Rakan* Love Your Body untuk menebus baucer bernilai RM10 dan beg kantung percuma.

* Rakan Love Your Body menerima ganjaran untuk pembelian, tawaran dalam aplikasi yang eksklusif dan promosi dari semasa ke semasa, dengan makluman terkini tentang produk sedia ada/baharu.

Dalam tempoh ini, dengan setiap pembelian daripada rangkaian British Rose, The Body Shop akan menyumbang RM1 untuk menyokong projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ yang dikendalikan oleh Rose2Rose, satu inisiatif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

British Rose

Rose2Rose menyokong komuniti rentan seperti wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik, menyediakan peluang pendidikan dan pemerkasaan untuk mereka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek kebajikan ini, singgahlah di www.thebodyshop.com.my/tbs-rose2rose-donation.

Ini adalah antara usaha yang menggambarkan advokasi The Body Shop dalam menyokong kebajikan sosial dan kelestarian alam sekitar. Menerusi program Perdagangan Adil Komuniti dengan memberikan pampasan dan akses pasaran yang adil kepada petani, pengeluar dan artisan tempatan, sehingga terhasil produk 100% vegan yang bebas kekejaman sepenuhnya.

Di samping menjadi antara jenama terawal menerapkan amalan mesra alam seperti menggunakan pembungkusan lestari untuk masa hadapan yang lebih hijau.

Nak tahu lebih lanjut, layari www.thebodyshop.com.my dan juga (@thebodyshopmalaysia di TikTok dan Instagram) atau muat turun aplikasi The Body Shop Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme