Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
The Laughing Cow x Monchhichi koleksi beg tote edisi terhad dan rantai kunci eksklusif

The Laughing Cow x Monchhichi Lancar Koleksi Eksklusif

Posted on 07/27/202607/27/2026 by 123mamanet
The Laughing Cow x Monchhichi tampil buat julung kalinya menerusi kolaborasi eksklusif yang meraikan nostalgia, budaya koleksi dan kegembiraan yang merentasi generasi.Bermula pertengahan Julai ini, peminat berpeluang mendapatkan koleksi edisi terhad yang hadir dengan beg tote istimewa serta rantai kunci misteri yang pastinya mencuri perhatian.

Kolaborasi The Laughing Cow x Monchhichi ini membawa pengalaman unik buat peminat apabila setiap beg tote didatangkan bersama satu rantai kunci yang dibungkus secara rawak. Elemen kejutan ketika membuka bungkusan inilah yang menjadikan koleksi edisi terhad sentiasa dinantikan oleh peminat barangan koleksi.

Isi Kandungan hide
1 The Laughing Cow x Monchhichi Raikan Budaya Koleksi
2 Beg Tote Edisi Terhad Yang Praktikal dan Sesuai Dijadikan Koleksi
3 Dua Jenama Ikonik, Satu Memori Bersama Rakyat Malaysia
4 Cheez Dippers The Laughing Cow, Snek Lazat Untuk Dinikmati Pada Bila-bila Masa
5 Cara Mendapatkan Koleksi The Laughing Cow x Monchhichi

Ditawarkan untuk tempoh terhad selagi stok masih ada, kolaborasi istimewa ini kini boleh didapati di pasar raya berhampiran menerusi dua jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada nostalgia ramai sejak sekian lama.

Koleksi eksklusif The Laughing Cow x Monchhichi dengan empat rekaan rantai kunci

The Laughing Cow x Monchhichi Raikan Budaya Koleksi

Budaya mengumpul barangan edisi terhad semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada pelancaran produk eksklusif hinggalah kolaborasi bersama karakter ikonik, ramai yang sanggup mendapatkan setiap rekaan sebagai koleksi peribadi.

Menerusi The Laughing Cow x Monchhichi Malaysia, sebanyak empat rekaan rantai kunci diperkenalkan. Tiga daripadanya menampilkan rekaan bertemakan The Laughing Cow.

Manakala satu lagi merupakan rekaan eksklusif Malaysia yang hanya boleh dimiliki menerusi kolaborasi ini. Setiap rantai kunci dimasukkan secara rawak ke dalam beg tote edisi terhad menjadikan setiap penebusan penuh dengan elemen kejutan.

Untuk memilikinya, pengguna hanya perlu membuat pembelian minimum RM39 produk The Laughing Cow dalam satu resit di Jaya Grocer, AEON, TFP, Lotus’s, Cold Storage, Mercato, QRA, Isetan, KNL, Billion atau Seibu. Dengan pembelian tersebut, pelanggan layak menebus sebuah beg tote edisi terhad yang didatangkan bersama satu rantai kunci misteri. Rekaan yang diterima bergantung sepenuhnya kepada nasib anda.

Beg Tote Edisi Terhad Yang Praktikal dan Sesuai Dijadikan Koleksi

Selain meraikan budaya koleksi, kolaborasi ini turut memperkenalkan beg tote edisi terhad yang bukan sahaja menarik. Malah praktikal untuk kegunaan harian. Sama ada digunakan ketika membeli-belah, ke tempat kerja atau ketika bersantai pada hujung minggu, beg tote ini direka agar sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.

Setiap beg tote hadir bersama satu rantai kunci yang dibungkus secara rawak di dalamnya. Dengan hanya empat rekaan yang ditawarkan termasuk satu rekaan eksklusif Malaysia, setiap penebusan memberikan pengalaman berbeza kepada peminat. Kuantiti yang terhad juga menjadikan koleksi ini lebih istimewa dan pastinya menjadi buruan mereka yang gemar mengumpul barangan eksklusif.

Beg tote The Laughing Cow x Monchhichi edisi terhad untuk koleksi peminat

Dua Jenama Ikonik, Satu Memori Bersama Rakyat Malaysia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, The Laughing Cow bukanlah nama yang asing. Logo lembu merah ikonik, keju berbentuk segi tiga dan keju Belcube telah menghiasi peti sejuk keluarga sejak turun-temurun serta menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama insan tersayang.

Sementara itu, Monchhichi pula merupakan karakter ikonik dari Jepun yang terus mencuri hati peminat di seluruh dunia. Rekaan comelnya yang kekal relevan menjadikan Monchhichi antara karakter yang sentiasa dekat di hati peminat merentas generasi.

Gabungan kedua-dua jenama ini berjaya menghasilkan satu kolaborasi yang bukan sahaja mengimbau kenangan lama. Malah memperkenalkan Monchhichi kepada generasi baharu melalui budaya koleksi yang semakin popular pada masa kini.

Cheez Dippers The Laughing Cow, Snek Lazat Untuk Dinikmati Pada Bila-bila Masa

Selain koleksi eksklusif, The Laughing Cow turut menawarkan Cheez Dippers, snek yang menggabungkan celupan keju lembut dan berkrim bersama jejari roti yang rangup dalam pek hidangan individu.

Cheez Dippers didatangkan dalam pilihan perisa Plain, Strawberry, Blueberry dan Pizza. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah Cheez Dippers Pizza, yang menggabungkan jejari roti berperisa piza dengan celupan keju berkrim yang diperbuat menggunakan herba sebenar dan bijirin yang merupakan sumber kalsium.

Gabungan rasa yang lazat ini menjadikannya sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Saiz hidangannya yang praktikal memudahkan ia dibawa ke sekolah, dinikmati ketika waktu rehat di pejabat atau dijadikan snek ketika dalam perjalanan.

Bagi yang ingin mencubanya, Cheez Dippers Plain & Pizza Multipack (4 pek, 140g) serta Cheez Dippers Strawberry & Blueberry Multipack (3 pek, 105g) boleh didapati di Jaya Grocer, AEON, TFP, Lotus’s, Cold Storage, Mercato, QRA, Isetan, KNL, Billion dan Seibu.

Cara Mendapatkan Koleksi The Laughing Cow x Monchhichi

Kempen The Laughing Cow x Monchhichi Malaysia berlangsung bermula pertengahan Julai ini dan hanya ditawarkan untuk tempoh terhad selagi stok masih ada. Dengan hanya empat rekaan rantai kunci untuk dikumpulkan termasuk satu rekaan eksklusif Malaysia, koleksi ini pastinya menjadi rebutan peminat kedua-dua jenama.

Pengguna yang membuat pembelian minimum RM39 produk The Laughing Cow dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian layak menebus sebuah beg tote edisi terhad bersama satu rantai kunci misteri. Penebusan hanya sah untuk produk The Laughing Cow.

Jika anda peminat budaya koleksi atau ingin mengimbau nostalgia bersama dua jenama ikonik ini, inilah masanya untuk mendapatkan koleksi eksklusif The Laughing Cow x Monchhichi Malaysia sebelum stok habis.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, ikuti The Laughing Cow Malaysia di Instagram @thelaughingcow_my serta Facebook @TheLaughingCowMalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • The Laughing Cow x Monchhichi Lancar Koleksi Eksklusif
  • guardian Embracing Midlife Wellness : Perimenopaus
  • Domino’s Pizza Puff – Pizza Solo RM9.90
  • KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia
  • mannings guardian Kini di Malaysia, Tawar Produk Harian Berkualiti
  • Johnson’s baby Malaysia: Formulasi Lembut Baharu
  • Huggies Breezy Day Malaysia Tampilkan Huggies AirSoft Pants
  • Malaysia Choco Fest the Curve Raikan Warisan Koko Malaysia
  • guardian Malaysia Menang Retail Asia Awards 2026
  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia

Recent Posts

  • The Laughing Cow x Monchhichi Lancar Koleksi Eksklusif
  • guardian Embracing Midlife Wellness : Perimenopaus
  • Domino’s Pizza Puff – Pizza Solo RM9.90
  • KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia
  • mannings guardian Kini di Malaysia, Tawar Produk Harian Berkualiti

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme