
Sebagai wanita, anda pasti mahu memiliki kulit wajah yang bebas daripada sebarang masalah seperti kulit kusam, kering, berjeragat serta liang pori-pori tersumbat. Anda boleh mencapai hasrat tesebut dengan bantuan rangkaian produk Nutox Renewing Treatment serba baharu yang telah dipertingkatkan kehebatannya!
Singkirkan segala rasa kebimbangan dan ketidakyakinan anda itu dengan mencapai keremajaan kulit wajah yang sentiasa sihat,nampak lembab dan berseri-seri dengan Nutox Renewing Treatment.
Misi rangkaian produk Nutox Renewing Treatment ini bukan sahaja untuk memperbaharui kulit, bahkan pada masa yang sama dapat meningkatkan penghidratan dan keserian kulit menerusi Actistem Gold Nest. Penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex™ yang dihasilkan ini khusus untuk memperbaiki kulit yang kusam.
Setiap produk juga diformulasikan khusus untuk membantu menangani kebimbangan kulit yang berpunca daripada stres, kurang tidur dan terlalu terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan kulit. Ianya terdiri daripada ramuan-ramuan terbaik yang bertujuan untuk memperbaharui dan meremajakan kulit wajah.
Rangkaian Nutox Renewing Treatment serba baharu ini juga bebas daripada kandungan paraben dan bahan pewarna.

Kulit Lebih Sihat, Lembut & Lembab
Di samping itu, dua produk utama rangkaian ini – Moisturising Essence and Ampoule – telah terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi bagi memastikan kulit lebih sihat, lembut dan lembap kepada semua pengguna.Dengan kandungan melembap yang terbukti secara klinikal mampu menangani masalah kulit kering, Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence menyediakan peningkatan segera kelembapan wajah.
Esen ini memberikan kelembapan kulit serta-merta yang bertahan sehingga72 jam, menyerlahkan dengan jelas wajah yang lebih sihat, kulit lembut dan anjal setelah beberapa kali diaplikasikan ke wajah.

Mankala, Nutox Renewing Treatment Ampoule pula berperanan sebagai penyelamat multitugas yang membantu pengelupasan dan memperlusi kulit wajah.
Formulanya juga telah terbukti secara klinikal, mampu menyerlahkan kulit yang berseri seawal sapuan pertama. Bukan sahaja ampul berkenaan berfungsi penuh sebagai satu produk lengkap tetapi sistem cecair jernih yang tidak melekit padanya juga meningkatkan penyerapan ramuan aktif yang terkandung dalam rangkaian Nutox Renewing Treatment.
Ampul ini terbukti menangani masalah kulit kusam dan kelihatan letih agar kembali awet muda, berseri dan bersinar.
Ramuan-ramuan utama pada rangkaian Nutox Renewing Treatment dan manfaat yang disediakannya, Actistem Gold Nest menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit bagi mempertingkatkan seri wajah.
Rangkaian baharu ini juga merangkumi penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex™ yang dikuasai oleh tiga ramuan yang terbukti secara klinikal sebagai bahan mesra kulit iaitu Betaine, Niacinamide dan Kaviar Limau. Ketiganya berperanan dalam melembapkan dan memperbaharui kulit serta menjadikan wajah yang lebih berseri.
Eco-Certified GenencareⓇ, atau lebih dikenali sebagai Betaine, memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit serta memperkukuhkan lapisan pelindungan kulit.
Manakala Niacinamide memperhalusi tekstur kulit dan merapatkan pori-pori kulit. Sementara itu, Kaviar Limau, sejenis AHA, adalah bahan pengelupasan semulajadi yang menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Produk-produk dalam rangkaian baharu ini menampilkan manfaat penuh ramuan-ramuan tersebut dan saling bersesuaian untuk meningkatkan seri wajah dengan memberikan kelembapan kulit selama 72 jam.
“Sebagai sebuah jenama yang bermatlamat untuk mendefinasikan semula kecantikan menerusi rangkaian produk penjagaan kulit, kami memahami peningkatan trend dalam kalangan pelanggan kami terutamanya apabila ia melibatkan kebimbangan terhadap keadaan kulit dan keinginan untuk mencapai hasil yang sempurna.
Prihatin dengan keadaan ini, kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian Nutox Renewing Treatment yang telah diformulasikan dengan rapi untuk menangani pelbagai isu berkaitan penjagaan kulit, pada masa sama memastikan kulit yang lembap berpanjangan bagi memberikan lebih keyakinan dan seri kepada wanita di mana sahaja mereka berada,” kongsi Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.
Jom, Nikmati Pengalaman Unik
Bersempena pelancaran semula, Nutox meraikan rangkaian Renewing Treatment serba baharudengan menganjurkan majlis pelancaran eksklusif secara dalam talian bagi membolehkan semua pihak menikmati pengalaman unik ini.
Pelancaran maya ini terdiri daripada beberapa ruang bagi para tetamu untuk berinteraktif dan meneroka penawaran rangkaian produk Nutox Renewing Treatment, daripada sebuah terowong teknologi yang memaparkan ramuan-ramuan utama sehingga ke sebuah galeri yang membolehkan anda menyaksikan tindakan rangkaian penjagaan kulit tersebut.
Orang ramai dijemput untuk menyertai pelancaran yang menyeronokkan ini dari 9 Mac hingga 4 April 2021 bagi merasai pengalaman yang unik yang disediakan, selain menikmati pelbagai promosi eksklusif dan hadiah menarik dengan mengunjungi laman sesawang boostradiance.nutox.my.
Produk-produk dalam rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada:

Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser/ 100ml/RM26.90

Nutox Renewing Treatment MoisturisingEssence/150ml/RM79.90

Nutox Renewing Treatment Ampoule/30ml /RM88.90

Nutox Renewing Treatment Creme/30ml/RM52.90

Nutox Renewing Treatment Sleeping Mask/30ml/RM65.90
Rangkaian Nutox Renewing Treatment ditawarkan dari harga RM26.90 hingga RM88.90 dan boleh didapati di rangkaian serta gedung online Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.
Selamat mencuba produk Nutox Renewing Treatment !