Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
badan sihat otak cerdas

Tip Badan Sihat Otak Cergas & Cemerlang

Posted on 09/12/201609/11/2016 by 123mamanet
badan sihat otak cerdas
kredit foto: canadianfamily

Siapa yang tak nak memiliki badan sihat otak cergas yang dapat berfikir dengan cepat dan tepat, kan. Apabila keduanya dapat berfungsi dengan baik, pekerjaan atau apa yang sedang kita lakukan dapat diselesaikan dengan sempurna.

 

 

Rutin harian yang penuh dengan kesibukan adakalanya membuatkan kita rasa terbeban kerana perlu mengingat terlalu banyak perkara dalam satu-satu masa.

 

Itu belum lagi badan yang penat dengan rutin di rumah pada setiap hari, memasak, mengemas dan sebagainya. Tapi jangan risau, Mamanet kongsikan beberapa tip supaya badan sihat otak cergas.

 

1.Bersenam

Bila cakap sahaja tentang bersenam nampaknya ramai yang mula tarik nafas. Semua terus semua jadi malas. Sedangkan bukan susah pun nak bersenam. 10 minit sehari pun dah cukup. Selain bermanfaat besar kepada badan, otak juga akan menjadi segar akibat pembuangan toksin.

 

  1. Kurangkan Penggunaan Gajet

Walaupun hakikatnya gajet seperti telefon itu memudahkan kehidupan, sekali-sekala kita kena kurangkan atau hindarinya buat sementara waktu. Sebab gelombang radioaktif yang tersebar melalui telefon tersebut tidak baik untuk kesihatan.

 

Untuk mendapatkan badan sihat otak cergas, cuba rehatkan minda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah lain seperti berkebun, membaca buku, berenang dan sebagainya bersama keluarga ataupun teman-teman. Itu lebih baik daripada melekat dengan telefon 24 jam!

 

  1. Minimumkan Waktu Menonton Televisyen

Kebelakangan ini semakin banyak rancangan-rancangan menarik di televisyen. Tak kurang juga drama-drama Melayu yang tangkap ‘lentok’ serta  DVD-DVD Korea yang boleh ditonton di komputer.

 

Sebenarnya terlalu lama menghadap skrin TV dan komputer ataupun komputer riba akan merosakkan mata dan membuat badan jadi lesu. Bila badan dah lesu, dah tentu datang rasa malas. Bila dah malas, daya kreativiti dan semangat pun hilang. Malah, harapan kita untuk memiliki badan sihat otak cerdas juga mungkin tidak akan tercapai.

 

 

  1. badan sihat otak cerdas
    kredit foto: squarespace

    Pilih Sarapan Berkhasiat

Pengambilan sarapan adalah paling penting berbanding makan tengahari dan makan malam. Tapi pastikan sarapan kita itu betul-betul berkhasiat dan mempunyai zat yang seimbang. Barulah ia dapat merangsang otak dan tubuh.

 

 

 

 

  1. Rehat Secukupnya

Pastikan tubuh kita mendapat rehat dan tidur yang secukupnya setiap hari. Jangan kurang dari enam jam dan jangan lebih dari lapan jam. Tidur terlalu lama pun boleh buat badan jadi lebih lesu dan otak tak dapat berfikir. Jadi, jangan tidur lewat malam ya!

 

Jangan lupa amalkan tip badan sihat otak cerdas. Semoga badan kita kekal cergas dan otak sentiasa cerdas untuk menghadapi rutin setiap hari!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme