Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
baju menyusu

TIP MEMILIH BAJU MENYUSU SUPAYA ANDA TIDAK STRESS KETIKA MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Posted on 04/08/201704/08/2017 by 123mamanet

Pasti ramai kaum ibu yang pening memikirkan baju menyusu yang sesuai. Apatah lagi dengan keadaan kehidupan yang sudah banyak berubah, terutama bentuk badan!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA PERKARA ATAU PANDUAN YAN DIGUNAKAN DALAM MEMILIH BAJU MENYUSU:

Bagi anda yang sedang menyusukan anak, tak perlu risau sebab sekarang ini terlalu banyak rekaan dan potongan baju menyusu yang turut dikenali sebagai nursing clothes atau breastfeeding clothes yang ditawarkan di pasaran.

Semakin tinggi perkembangan fesyen masa kini, semakin kreatif juga para pereka mencipta koleksi pakaian yang sesuai dengan fungsinya.

Malah kehadiran baju menyusu yang sesuai untuk para muslimah yang juga menghapuskan segala alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu. Kini, tidak ada lagi alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah.

Para ibu perlu sentiasa bersiap sedia untuk menyusukan bayinya pada bila-bila masa sahaja dan dimanapun ketika si comel memerlukannya. Jadi,  untuk memudahkan proses menyusu, para ibu boleh memakai baju menyusu.

baju menyusu

BERIKUT BEBERAPA PERKARA ATAU PANDUAN YAN DIGUNAKAN DALAM MEMILIH BAJU MENYUSU:

  1. PILIH MATERIAL YANG TEPAT

Faktor paling penting ketika memilih baju menyusu adalah dengan memilih pakaian yang diperbuat daripada material yang selesa dan mampu menyerap peluh berlebihan.

Sebelum anda membeli, pastikan anda mengetahui jenis material dan fabrik yang digunakan.

Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap, peluh akan keluar banyak. Adakalanya ibu menyusu akan berpeluh ketika menyusukan bayi.

Baju menyusu yang diperbuat daripada fabrik kapas(cotton) membantu menjadikan ibu lebih selesa ketika sedang menyusu bayi.

Baju yang kasar, selain membuatkan anak berasa tidak selesa, si comel pun akan merasakannya kerana dia turut bersentuhan secara lansung dengan baju yang anda pakai.

baju menyusu

  1. SESUAIKAN REKAAN DENGAN BENTUK BADAN

Rekaan atau potongan baju tersebut boleh disesuaikan dengan bentuk badan anda. Selain membuatkan anda berasa selesa, ianya juga akan membina keyakinan diri anda.

Untuk memudahkan dan membuatkan kaum ibu berasa lebih selesa ketika menyusukan bayi, anda disarankan untuk memilih baju yang labuh dan longgar.

baju menyusu

  1. BUKAAN/ BUTANG BAJU/ZIP MESTI DI DEPAN

Baju menyusu yang mempunyai butang pada bahagian hadapan akan memudahkan ibu menyusu. Biasanya pelapik dalam dijahit terus dengan baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak menyusu.

Terdapat juga baju yang menggunakan zip sorok di bahagian hadapan.Ketika mahu menyusu, anda cuma perlu menarik sahaja zip ke bawah.

baju menyusu

  1. PILIH BAJU BERWARNA GELAP

Si comel seringkali memegang-memegang baju menyusu ibunya dalam keadaan tangannya yang comot ketika memegang biskut ataupun makanannya. Jadi, sebagai solusi pilihlah baju yang berwarna gelap supaya kotoran yang terlekat di baju dapat disamarkan.baju menyusu

SELAIN BAJU MENYUSU, PENYUSUAN AKAN MENJADI LEBIH MUDAH JIKA DISOKONG DENGAN KELENGKAPAN MENYUSU YANG LAIN, ANTARANYA:

* COLI KHAS MENYUSU BAYI

Ketika menyusukan bayi, payudara anda akan menjadi lebih besar saiznya dari biasa. Untuk itu, anda akan berasa lebih selesa jika memakai coli atau bra khas untuk menyusukan bayi.

Coli ini akan memudahkan anda menyusukan bayi kerana ia mempunyai bukaan pada cup. Di mana bukaan ini boleh dibuka dan ditutup dengan mudah sekali. baju menyusu

BREAST PADS

Air susu ibu yang melimpah ruah adalah salah satu permasalah yang kerap dialami oleh ibu menyusu. Untuk mengatasi masalah ini dan membuatkan baju anda basah, anda boleh menggunakan breast pads.

Breast pads itu sendiri merupakan alat yang digunakan untuk mencegah air susu ibu yang terpancut keluar supaya tidak tembus ke baju luar.

Breast pads merupakan lapisan lain yang dimasukkan ke dalam cup bra. Ia boleh dicuci dan dipakai semula. Tetapi ada juga breast pads yang sekali pakai.

Apapun apa yang perlu anda perhatikan dalam pemakaiannya adalah ganti sekerap yang mungkin supaya tidak terjadinya infeksi atau iritasi.baju menyusu

PONCHO

Ketika sedang menyusukan anak di tempat awam, anda boleh juga memanfaatkan poncho bagi menutupi bahagian badan tertentu akan tidak kelihatan.

Sekarang ini di pasaran memang banyak pocho khusus untuk ibu yang menyusui. Cantik-cantik belaka dan anda boleh meilihnya sesuai dengan keperluaan dan cita rasa anda.

baju menyusu

Itulah antara tip memilih baju menyusu yang akan memudahkan para ibu ketika menyusukan bayinya terutama ketika berada di tempat awam.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme