Gigi rongak memang tak cantik. Anda mungkin boleh gunakan gigi palsu tapi kesannya tetap tidak sama dengan gigi asli. Mamanet nak kongsikan tip penjagaan gigi agar senyuman anda sentiasa berseri. Sebenarnya amat penting untuk anda memberi penjagaan rapi dan menyayangi gigi anda.
Tip penjagaan gigi dan pantang larang yang perlu dipatuhi:
- Kurangkan Makanan Bergula
Makanan dan minuman bergula boleh mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, makanan yang manis- manis itulah selalu dan sedap sangat kita diambil.
Bagi mendapatkan gigi yang cantik dan sihat, kita perlu hadkan pengambilan makanan yang manis. Kita disarankan mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula.
Bagi pencinta kopi atau teh pula, kita boleh sahaja menikmati minuman kegemaran tersebut, tetapi perlu digantikan dengan pemanis tiruan sebagai perasa.
Di samping itu juga, elakkan mengambil makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah kerana makanan sebegini mudah melekat di celahan gigi dan meningkatkan proses pembiakan bakteria.
-
Perbanyakkan Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran
Bahan semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik untuk mendapatkan gigi yang sihat.
Sungguhpun epal mengandungi gula buah semula jadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu penjagaan gigi yang lebih baik dan mengelakkan kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi, dan brokoli.
-
Produk Tenusu
Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik untuk kesihatan gigi.
Ini adalah kerana, produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk penjagaan gigi dan memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga tulang.
- Berus Gigi Dengan Betul
Jika pemilihan makanan sudah tepat, tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan.
Pertama: Gerakan vertikal di mana gigi diberus dari atas ke bawah.
Kedua: Gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang.
Ketiga: Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.
Daripada ketiga-tiga cara tersebut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan.
Gerakan tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.
Wajib Buat Ni Kalau Nak Gigi Cantik!
-> Jangan malas memberus gigi. Minimum hanya dua kali sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan berus gigi elektrik.
-> Lakukan flossing dan rajinkan diri berkumur agar mulut bebas daripada bakteria. Malah, flossing dan berkumur dapat menghilangkan kotoran di celah-celah gigi yang tidak terjangkau oleh berus gigi.
-> Kurangkan pengambilan kopi dan berhenti merokok. Nikotin yang melekat pada gigi menjadi ancaman berbahaya bagi kesihatan gigi kerana ia merupakan hidangan lazat kepada bakteria mulut untuk menghasilkan asid penyebab gigi berlubang.
->Bersihkan gigi dengan strawberi. Caranya cukup mudah, hancurkan strawberi dan sapukan pada seluruh permukaan gigi dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit, kemudian gosok gigi secara menyeluruh sehingga bersih.
-> Jika ingin minum kopi, teh atau minuman berkarbonat, pastikan kita menyedutnya dengan menggunakan straw. Ini kerana, warna minuman tersebut boleh melekat pada gigi sehingga lama-kelamaan gigi boleh bertukar kekuningan.
-> Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin iaitu setiap enam bulan sekali.
Anda akan berasa bersyukur di hari tua kelak bila anda amalkan tip penjagaan gigi ini sejak muda. Anda bukan sahaja akan kelihatan awet muda malah, anda tidak akan ada masalah untuk menikmati makanan yang anda gemari.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]