Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
rancang percutian

TIP RANCANG PERCUTIAN BAJET AGAR TAK STRES KETIKA BERCUTI

Posted on 02/03/201702/03/2017 by 123mamanet

Apabila kita rancang percutian dengan baik, sudah pasti kita akan jadi lebih tenang dan seronok ketika bercuti. Bercuti sepatutnya meninggalkan kesan yang positif.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA TIP RANCANG PERCUTIAN AGAR LEBIH ENJOY KETIKA BERCUTI:

Terlalu banyak kebaikan bila kita pergi bercuti ini. Jadi, jika bercuti hanya akan menimbulkan stress atau tekanan, bermakna ada yang salah. Ke mana atau berapa lamapun kita ingin bercuti, pastikan kita rancang percutian tersebut dengan baik.

BACA: SEMAK KALENDAR CUTI SEKOLAH SEBELUM BERCUTI

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

rancang percutian

BERIKUT BEBERAPA TIP RANCANG PERCUTIAN AGAR LEBIH ENJOY KETIKA BERCUTI:

  1. BUAT BAJET

Jika kita mahu melakukan percutian yang panjang, bersiap sedia segala anggaran atau bajet yang perlu kita keluarkan.

Sedia dan siapkan anggaran detail, termasuklah tempat penginapan, makan, minuman, pengangkutan, minyak, tol dan juga bayaran lain yang tak dijangka. Di samping itu, jangan lupa buat check list untuk segala kelengkapan dan barang yang ingin kita bawa bercuti.

rancang percutian

  1. BERCUTI IKUT KEMAMPUAN

Jika kedudukan kewangan tidak memungkinkan kita dan keluarga untuk bercuti, tidak perlu berhutang sana sini atau cuba menambahkan beban.

Banyak idea percutian menarik dan murah yang boleh kita pergi. Biarpun destinasi percutian tersebut kurang popular, tetapi itu tidak bermakna ia tidak boleh menjadi lokasi percutian yang hebat!

Selain itu, membawa bekalan makanan dari rumah juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan ketika bercuti.

rancang percutian

  1. RANCANG PERJALANAN DENGAN TEPAT

Bersiap sedia dengan sebarang perbezaan pendapat dengan ahli keluarga atau kawan-kawan ketika bercuti.

Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi sewaktu bercuti nanti. Mengeluh bukanlah sikap yang bagus. Nikmati sahaja setiap momen yang ada kerana sesuatu yang tidak dirancangkan adakalanya lebih memuaskan.

Namun, adalah lebih baik, jika rancang percutian dari awal . Buatlah sedikit tentatif tentang tempat-tempat yang ingin dilawati supaya keadaan tidak jadi kelam kabut dan sebagainya.

 rancang percutian

  1. SELESAIKAN TUGASAN SEBELUM BERCUTI

Rancang percutian dengan baik bukan setakat  sesuai dengan bajet dan waktu kita, tetapi kita juga perlu selesaikan segala tugasan kita sebelum bercuti. Apatah lagi jika kita bekerja dengan tuntutan deadline yang tak pernah selesai.

Pastikan kita tidak terbeban dengan tuntutan ketika bercuti. Buang segala rasa malas dan kikis sikap suka bertangguh kerja serta cuba bergerak pantas untuk menyelesaikan segala hutang kerja sebelum bercuti.

Ia akan membuatkan kita jadi lebih relaks ketika bercuti tanpa perlu memikirkan soalk kerja serta membawa laptop ke mana-mana!

rancang percutian

Semoga sedikit sebanyak tip rancang percutian ini dapat membantu anda menikmati percutian dengan hati yang tenang dan enjoy!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme