Anda baru berkahwin dan ingin terus menimang cahaya mata? Melakukan diet kesuburan boleh menjadi salah satu tips cepat mengandung yang tidak wajar diketepikan!
Tips cepat mengandung menjadi solusi yang sering dicari oleh kaum wanita, khususnya pasangan yang sudah lama mengharapkan cahaya mata atau mahu cepat dapat anak.
Salah satu tips cepat mengandung yang ingin Mamanet kongsikan adalah terapi diet kesuburan. Diet ini dikatakan boleh menjadi salah satu cara terbaik agar wanita cepat mengandung.
[btn text=”CARA TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/cara-meningkatkan-kesuburan-lelaki/” target=”_blank”]
Diet kesuburan ini juga merupakan satu usaha mempercepatkan peluang mengandung dengan cara mengatur gaya pemakanan. Makan dengan teratur, termasuklah waktu makan, jenis makanan dan cara penyediaan serta gaya memasaknya.
Tujuannya ialah untuk membantu tubuh melakukan fungsi reproduksi seperti untuk meningkatkan fungsi hormon, pengeluaran dan keseimbangan hormon, perkembangan janin, kesihatan sel telur, kesuburan sperma dan sebagainya.
Jika tips cepat mengandung ini berjaya, diet kesuburan tersbut sebaiknya diteruskan bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh janin. Realitinya, diet kesuburan ini akan memberikan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan kesihatan awal yang lebih baik.
Berikut adalah tips cepat mengandung bersandarkan 5 prinsip diet kesuburan yang perlu anda patuhi. Ada beberapa jenis makanan yang menyokong diet kesuburan anda supaya cepat mengandung. Semak!
- Protein
Protein haiwan seperti daging yam dan daging lembu cukup kaya dengan zat besi. Wanita yang mempunyai zat besi yang mencukupi dalam tubuhnya dikatakan memiliki tahap kesuburan yang tinggi berbanding wanita yang kekurangan zat tersebut.
Namun, hindari pengambilan daging yang berlemak tinggi. Pastikan juga anda mengimbanginya dengan mengambilan protein lain seperti kacang merah, kacang soya, tahu dan tempe.
- Susu Atau Produk Olahan Susu
Susu dan produk olahannya dikatakan banyak mengandungi kalsium. Nutrisi ini bukan hanya diperlukan oleh gigi dan tulang, tetapi juga untuk proses kesihatan reproduksi.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung, minumlah susu, makanlah yoghurt dan keju secukupnya.
Bagi anda yang mempunyai masalah kesuburan, sebaiknya pilih susu yang kaya dengan lemak (makan sehari sekali sahaja).
Jika anda tidak susu atau produk olahannya, kalsium juga boleh didapati dari sumber makanan lain seperti sayur-sayuran hijau, ikan tenggiri, ikan salmon, kacang almond dan jus yang diperkaya dengan kalsium.
- Karbohidarat Komplek
Anda boleh mendapatkan kandungan karbohidrat komplek terbaik daripada gandum, sayur-sayuran dan roti.
Karbohidrat kompleks dipilih kerana dapat membantu dalam proses ovulasi dan tidak akan meningkatkan kadar gula di dalam badan. Kadar gula darah yang tinggi dan insulin tidak elok untuk kesihatan reproduksi wanita.
- Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kandungan yang bagus untuk kesihatan termasuklah meningkatkan kesuburan. Antaranya buah pisang, blackberi, raspberi dan juga blueberi.
Buah-buah yang mengandungi kadar antioksidan yang tinggi elok dimakan ketika anda sedang melakukan diet kesuburan ini.
Dengan kadar antioksidan yang tinggi ianya sangat membantu menjaga sel-sel dari kerosakan dan juga penuaan sel termasuklah sel-sel reproduksi.
Selain itu, buah anggur juga amat digalakan untuk dimakan pada setiap hari kerana manfaatnya yang sangat elok untuk menjaga kesihatan telur.
Dapatkan nutrisi terbaik denga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna cerah seperti blueberry dan capsicum merah. Semakin terang tona warnanya, semakin banyak nutrisi yang ada pada makanan tersebut.
- Tiram
Makanan laut ini cukup terkenal sebagai penguat nafsu seks dan kaya dengan zinc, zat yang sangat diperlukan dalam proses pembuahan.
Kekurangan zinc boleh menganggu kitaran haid dan memperlambatkan pengeluaran sel telur yang berkualiti baik.
Sekiranya anda alergi dengan seafood atau makanan laut, anda boleh menggantikannya dengan daging lembu, daging ayam, kacang tanah dan telur.
Semoga artikel tips cepat mengandung ini bermanfaat untuk anda semua,terutama buat kaum wanita yang mengharapkan dirinya cepat mengandung.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]