Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tudung

5 Cara Pakai Tudung Supaya Lebih Kemas Dan Selesa

Posted on 10/11/202310/10/2023 by 123mamanet

Biasanya bagi yang baru berjinak-jinak memakai hijab, pastinya akan berasa sukar, bukan sahaja pening dengan cara memakai tudung. Bahkan sukar untuk memilih tudung atau motif yang sesuai untuk digayakan.

Isi Kandungan hide
1 Cara Memakai Tudung Atau Hijab Yang Lebih Selesa
1.1 Material Tudung
1.2 Sesuai Dengan Bentuk Muka
1.3 Pilih Warna Yang Tepat
1.4 Ikat atau Sanggul Rambut Dan Pakai Inner
1.5 Pilih Rekaan Tudung Yang Simple

Sungguhpun begitu, jangan stress ok, kerana anda tidak sendirian sebab masih ramai lagi di kalangan hijabers yang sudah terbiasa berhijab pun masih belum betul-betul faham dengan cara memakainya.

Jika anda sudah memutuskan untuk memakai tudung, lakukanlah dengan seikhlas hati. Ini adalah kerana bertudung merupakan kewajipan kepada sang Pencipta dan bukan sekadar untuk penampilan fizikal semata-mata, melainkan juga untuk menghijabi jiwa raga kita.

 

tudung

Di sini Mamanet kongsikan tip dan trik supaya kita berasa lebih selesa dan betah apabila mengenakanya.

Cara Memakai Tudung Atau Hijab Yang Lebih Selesa

  1. Material Tudung

Pastikan material yang dipilih benar-benar selesa dipakai di kepala dan tidak panas. Di samping itu, pilihlah yang materialnya juga boleh menyerap peluh.

Selain itu, pertimbangkan juga untuk memilih yang fungsinya tidak jarang dan  mampu menutup aurat, terutama rambut, leher dan bahagian dada.

Material hijab seperti lycra, pashmina dan cotton boleh dijadikan pilihan terbaik. Lagipun cara memakai atau mengayakannya lebih mudah.

 

  1. Sesuai Dengan Bentuk Muka

Cari atau gayakan rekaan atau potongan yang sesuai dengan bentuk muka kita. Jika memiliki bentuk muka bujur, tentunya tidak ada sebarang masalah kerana kebanyakannya sesuai dipakai.

Tetapi jika mempunyai bentuk muka yang panjang atau lonjong, tudung dengan under caps sehingga ke dahi lebih sesuai kerana ia akan membuatkan bentuk muka kita kelihatan lebih padat atau penuh.

Manakala untuk muka empat segi, tudung jenis rounded shape/bulat lebih sesuai digayakan kerana ia akan membuat muka nampak bujur sedikit.

Bagi yang mempunyai bentuk muka dengan dahi lebar, cara memakai tudung terbaik adalah dengan mengenakan inner yang mampu menutupi bahagian luar sisi kanan dan kiri pipi.

tudung

  1. Pilih Warna Yang Tepat

Kenakan yang sesuai dengan warna kulit bagi mendapatkan efek penampilan yang lebih menarik.

Pilihan warna yang tepat akan membuatkan muka nampak lebih berseri-seri sehingga kita akan berasa lebih selesa dan yakin ketika memakai tudung.

Selain itu, warna yang sesuai dengan pakaian yang sedang digayakan juga penting supaya kita tidak nampak pelik sehingga dikatakan mangsa fesyen!

Jika berkulit putih, majoriti semua jenis hijab sesuai digayakan, cuma lebih baik menghindari warna putih supaya tidak nampak pucat.

Bagi yang berkulit kuning langsat, pilihlah warna gelap seperti biru tua, maroon, ungu dan hitam. Manakala yang berkulit gelap pula, pilihlah yang  berwarna lembut dan neutral kerana ia akan membuatkan muka kelihatan lebih cerah dan berseri-seri.

  1. Ikat atau Sanggul Rambut Dan Pakai Inner

Sebelum pakai hijab,  ikatlah rambut terlebih dahulu bagi mencegah helaian rambut terkeluar atau terurai. Jadi, sebaiknya gunakan dalaman tudung yang menutup seperti inner ninja.

Baca Juga: 

Ketahui 6 Punca Cepat Gemuk

Mekap Simple

 

tudung

  1. Pilih Rekaan Tudung Yang Simple

Pilih rekaan atau design yang simple untuk permulaan ini. Setelah itu, boleh tambahkan aksesori tudung yang sederhana dan sesuai dengan hijab  yang dikenakan.

Kalau dah mahir nanti, bolehlah cuba stail-stail  yang lain. Ada banyak tutorial cara memakai tudung dengan pelbagai gaya di internet.Malahan, kita juga boleh mencipta gaya pemakaian  sendiri.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang baru mengenakan tudung atau hijab. Semoga kita selalu dalam kebaikan.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme