Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Are You Okay

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA UNTUK MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL MELALUI ARE YOU OKAY CENTRE

Posted on 10/14/2022 by 123mamanet

Alhamdulilah…. selesai sudah Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

Berlansung dalam suasana yang cukup indah, Surat Hasrat ini ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama dengan Wanita Ikon Selangor 2022 – YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati.

Turut hadir YBhg. Prof. Madya. Datin Dr. Norazida Mohamed, Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi, YBrs. Pn. Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Keraya & Kaunseling, BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timb. Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.

Majlis ini diadakan bagi memformalkan kerjasama berbentuk penubuhan sebuah pusat yang diberi nama “Are You Okay Centre” yang akan berfungsi sebagai “initial step” dalam menangani isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental. Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih, dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.

Antara objektif utama penubuhan “Are You Okay Centre” adalah sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan staf dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.

Pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ini kerana, ramai orang yang mempunyai masalah, tidak tahu ke manakah saluran yang betul untuk menyelesaikan belenggu mereka.

Di samping itu, “Are You Okay Centre” turut berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat. 

Mudah-mudahan hasrat penubuhan “Are You Okay Centre” akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hal ini adalah kerana, selain dari salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang harus dilaksanakan sebagai Wanita Ikon Selangor 2022, penubuhan pusat ini juga merupakan “giving back to UiTM” oleh Datin Rita Sosilawati yang merupakan salah seorang alumni UiTM.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hektar REIT Sumbang RM10,000 Sempena Hari Makanan Sedunia
  • The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini di 7-Eleven
  • Anlene TOTAL+ Baharu: Kekuatan dari Dalam
  • Pizza Cheese & Steak Domino’s Malaysia dengan 3 Pilihan Baharu
  • MRFIX Gadgets Saujana Utama – Repair iPhone & Laptop
  • Ulang Tahun Eco-Shop Ke-23: Beli & Menang
  • Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan Terokai Malaysia
  • Kesihatan Sebelum Hamil – Apa Yang Wanita Perlu Tahu?
  • IHH Healthcare Malaysia Anjur Strike in Motion 2026
  • Pemulihan Caesarean – See Her Heal Kongsi Kisah Ibu

Recent Posts

  • Hektar REIT Sumbang RM10,000 Sempena Hari Makanan Sedunia
  • The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini di 7-Eleven
  • Anlene TOTAL+ Baharu: Kekuatan dari Dalam
  • Pizza Cheese & Steak Domino’s Malaysia dengan 3 Pilihan Baharu
  • MRFIX Gadgets Saujana Utama – Repair iPhone & Laptop

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme