Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

ULANG TAHUN KELIMA, DOTERRA MALAYSIA TERUS MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA KOMUNITI TEMPATAN

Posted on 04/29/202204/30/2022 by 123mamanet

Syarikat berasaskan kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, doTERRA baru-baru ini telah meraikan ulang tahun kelima di Malaysia menerusi acara maya yang menghimpunkan lebih 12,000 rakan-rakan, pelanggan dan kumpulan Penasihat Kesihatan (Wellness Advocates).

Acara tersebut mengimbau semula pencapaian-pencapaian jenama tersebut, termasuk pertumbuhan 400% dan sumbangan bernilai lebih RM700,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan kepada pelbagai organisasi-organisasi amal antara lain seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM),TENAGANITA, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Global Shepherds.

Antara inisiatif amal jenama doTERRA termasuk, kempen EngageInGood 2.0 yang dilaksanakan dengan kerjasama NGO tempatan, Hope Selangor, di mana doTERRA menderma RM50,000 bagi menyediakan bantuan makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Selangor semasa wabak,dan juga RM23,000 pada Disember 2021 untuk usaha bantuan banjir.

Ethan Wang, Pengurus Besar doTERRA Malaysia

Pada majlis itu, Ethan Wang, Pengurus Besar doTERRA Malaysia, menzahirkan rasa syukur di atas sokongan yang berterusan dan menekankan bahawa kejayaan doTERRA di Malaysia terletak padakepercayaan dalam pemerkasaan, menggalakkan kemakmuran bersama serta membolehkan pertumbuhan komuniti secara kolektif.

“Sejak lima tahun lalu, doTERRA telah melancarkan lebih daripada 67 minyak esensial tunggal, 43 minyak campuran, 33 produk penjagaan diri, tujuh produk makanan,” kata Wang.

doTERRA juga berkembang pesat dengan lebih 60,000 Pelanggan Borong dan kumpulan Penasihat Kesihatan yang telah mencuba dan menggunakan sendiri minyak esensial doTERRA.

Pertambahan ahli-ahli dan para pemimpin bermakna kami boleh menyokong lebih banyak komuniti dan memberi impak positif kepada kehidupan mereka.Hasrat kami ingin memperkasakan lebih ramai orang, meningkatkan kualiti hidup dan berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik,” kata Wang.

Majlis itu juga menyaksikan penyampaian cek bernilai RM30,000 kepada Global Shepherds Berhad,sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang menyediakan perkhidmatan sokongan sosial kepada bukan warga Malaysia yang menjadi mangsa keganasan berasaskan jantina, dan penderaan lain di samping eksploitasi pengabaian.

Brittocia Franklin, Pengarah Eksekutif Global Shepherds Berhad, menyatakan bahawa kerjasama dengan doTERRA membantu Global Shepherds meningkatkan usaha anti-pemerdagangan manusia di Malaysia.Franklin berkata, “Kami sedar impak positif apabila organisasi seperti doTERRA, yang berkongsi visi yangsama dalam menyembuhkan pesakit, bekerjasama dengan kami dalam menyokong pemulihan mangsapemerdagangan untuk kembali meneruskan hidup bersama masyarakat. Hope Touch, minyakaromaterapi keluaran doTERRA, kini digunakan sebagai salah satu pendekatan terapi dalam memberikan sokongan kepada mangsa.

Terbaru daripada doTERRA – Deep Blue Skin Care Stick + Copaiba’

doTERRA juga telah melancarkan ‘Deep Blue Skin Care Stick + Copaiba’ pada majlis tersebut. Disebatikan dengan gaulan doTERRA Deep Blue® Essential Oil yang mengandungi minyak esensial CPTG® Certified Pure Therapeutic Grade, ianya sesuatu yang harus dimiliki oleh individu yang aktif. Ia memberikan kelegaan jangka masa pendek untuk sakit-sakit otot dan sendi sementara memproses rasa sensasi yang sejuk dan menenangkan kepada pengguna.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme