Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
ulser di lidah

Ulser Di Lidah Petanda Awal Kanser Lidah?

Posted on 09/24/201609/24/2016 by 123mamanet
ulser di lidah
kredit foto: medimetry

Ulser merupakan salah satu dari masalah kesihatan yang menyerang rongga mulut dan ramai yang mengalaminya. Antaranya ulser di lidah, di bahagian dalam gusi, di pipi bahagian dalam dan juga kawasan  sekitar tekak.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan di rumah bagi meredakan kesakitan ulser di lidah:

 

Pelbagai faktor penyebab ulser ini, salah satunya disebabkan kerana adanya perubahan pada struktur dan juga sel-sel yang berada pada rongga mulut kita.

 

ulser di lidah
kredit foto: pinimg

Di antara penyebabnya ulser di lidah adalah disebabkan perubahan hormon, menstruasi, stres, anemia dan tergigit.

 

Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan di rumah bagi meredakan kesakitan ulser di lidah:

 

 

  1. ulser di lidah
    kredit foto: sport4all-ir

    Multivitamin

Kita yang kekurangan vitamin B, vitamin C, asid folik dan juga zat besi lebih mudah terkena ulser di lidah. Jadi, untuk menyembuhkannya dengan lebih cepat ambillah vitamin tambahan. Ia boleh diperoleh dri pengambilan buah-buahan dan pengambilan tablet atau minum kapsul vitamin.

 

Biasanya ulser yang sudah membengkak dan parah akan turut membuatkan pipi kita turut sama membengkak.

 

 

  1. ulser di lidah
    kredit foto: numeals

    Yogurt

Yogurt bukan sahaja menjadi minuman penyegar atau minuman diet, bahkan turut membantu mengubati ulser di lidah.

 

Yogurt akan membantu keseimbangan bakteria di dalam mulut serta bdan, dan membuatkannya cepat sembuh serta mencegahnya muncul kembali.

 

 

  1. ulser di lidah
    kredit foto: everblossom

    Air Garam

Cubalah mengubati ulser tersebut dengan larutan air garam suam. Garam mengandungi khasiat semulajadi yang boleh menyembuhkan ulser.

 

Berkumurlah dengan air garam secara teratur, tiga kali sehari. Insya-Allah, usler anda akan cepat sembuh.

 

 

  1. Daun Kemangi

Kita boleh memanfaatkan daun kemangi ini untuk mengatasi dan menyembuhkan ulser di lidah.

Mungkin tidak ramai yang sanggup menelan daun kemangi, namun daun ini mengandungi antioksidan yang sangat bagus untuk membantu menyembuhkan ulser.

 

 

  1. ulser di lidah
    kredit foto: ogvg

    Timun

Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana mengubati ulser ini dengan timun. Kebanyakan daripada kita mengunakan timun sebagai masker wajah ataupun jus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

 

Ambil timun sederhana besar, pilih yang tua sedikit, namun masih segar. Cuci bersih-bersih, hiris dan makan. Habiskan dua biji timun setiap hari sehingga ulser tersebut sembuh.

 

 

Itulah berberapa cara untuk mengubatinya. Sungguhpun begitu, jangan buat tak kisah sahaja dengan ulser di lidah, apatah lagi jika keadaannya sangat menganggu dan berlarutan lebih daripada seminggu. Segera dapatkan nasihat doktor bagi rawatan lanjut, takut-takut ia adalah petanda kanser lidah!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme