Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
urut badan

FUH! SEDAPNYA URUT BADAN. HILANG LENGUH, BADAN PUN SIHAT

Posted on 01/28/201701/28/2017 by 123mamanet

Siapa yang suka urut badan atau massage tentu dah tahu kebaikan atau manfaatnya. Berurut bukan sahaja dapat menyihatkan serta menyegarkan badan, tetapi juga dapat melegakan fikiran dan perasaan.

Jadi, buat kita-kita yang sentiasa sibuk, selalu stress dan cepat penat, bolehlah cuba urut badan. Rasakan sendiri kesedapan berurut badan!

Urut badan

BERIKUT BEBERAPA MANFAAT YANG BOLEH DIPEROLEH MELALUI URUT BADAN:

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: NAK HOLIDAY? SEMAK KALENDAR CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM 2017

  1. BADAN JADI LEBIH SEGAR

Tekanan dari urutan dan kombinasi minyak aromaterapi atau minyak yang menghangatkan badan mampu melegakan otot-otot kita yang lenguh.

Tak kiralah sakit leher, tengkuk belakang, pinggang, kaki, tangan ataupun sendi-sendi.

Jika badan kita sudah terasa lenguh atau lemah seakan tidak berdaya, urut badan adalah cara terbaik untuk bersantai . Ia akan membuatkan badan kita relaks dan kembali berenergi.

Urut badan

  1. MEREDAKAN SAKIT KEPALA

Urutan juga dapat membantu meringankan ketidakselesaan kita akibat sakit kepala atau migrain.

Untuk meredakan sakit kepala dengan berurut, mulakan dengan mengurut bahagian kening dengan lembut dalam gerakan melingkar. Setelah itu, bergerak ke dahi dan ke lubang telinga.

Kemudian tekan bahagian telinga dengan lembut, kemudian ke bahagian leher dan belakang.

Urut badan

  1. MELEGAKAN STRESS

Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi stress dan membuatkan badan kembali segar. Salah satunya dengan berurut.

Urutan tersebut akan menyegarkan fikiran daripada stress, sekaligus menstimulasikan jaringan darah dalam badan.

Selain itu, berurut juga mampu mengurangkan masalah insomnia, yang saling berkait dengan masalah stress.

Urut badan

  1. AWET MUDA

Urut badan termasuk pada bahagian muka dan kulit kepala boleh menimbulkan rasa relaks. Ia juga akan meningkatkan kesihatan kulit kepala, rambut dan kulit muka kita.

Urutan lembut di bahagian muka dapat mencegah kulit kendur serta mengurangkan garis-garis halus akibat penuaan semulajadi.

Urut badan

  1. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah,meningkatkan energi serta membantu mengurangkan angin dalam badan.

Urut badan ini jika dilakukan secara rutin dan teratur, darah akan mengalir dengan lancar, sehingga energi tubuh meningkat.

Otot-otot akan kembali relaks, rasa penat akan hilang dan badan menjadi segar semula.

Urut badan

Itulah beberapa manfaat urut badan yang patut kita ketahui.Jangan biasakan sakit-sakit sikit terus minum ubat, tak bagus tau. Adalah lebih baik, cuba dulu cara semulajadi ini.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme