Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
petua halau nyamuk

Cegah Virus Zika! 6 Petua Halau Nyamuk Mudah & Berkesan

Posted on 09/05/201609/05/2016 by 123mamanet
petua halau nyamuk
Kredit: emedicinehealth

PADA saat ini negara kita telah digemparkan dengan dua kes virus Zika yang melibatkan rakyat Malaysia. Sudah pasti kita ingin berusaha mencari tip-tip atau petua halau nyamuk yang mudah dan cukup berkesan. 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa petua halau nyamuk yang boleh dicuba:

 

 

 

Virus Zika dikatakan tidak jauh bezanya dengan denggi kerana ianya juga berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Apa yang paling menggerunkan hingga ke saat ini masih belum ada lagi vaksin atau ubat untuk mencegah virus Zika ini. Jadi, kita semua terutama ibu mengandung perlu menjaga kesihatan tubuh dan melindungi diri serta mencegah gigitan nyamuk.

 

Tidak dinafikan pelbagai produk elektronik moden untuk menghalau nyamuk di pasaran, tetapi Mamanet lebih suka menggunakan cara tradisional kerana ia bukan sahaja lebih jimat, malah lebih selamat dan  menyihatkan!

 

Berikut beberapa petua halau nyamuk yang boleh dicuba:

 

  1. Serai

    petua halau nyamuk
    Kredit: nonakayuputih

Kita boleh cuba menghalau nyamuk dengan tanaman serai. Tak kiralah serai biasa ataupun serai wangi. Serai mempunyai zat geraniol dan sitronelal yang tidak disukai nyamuk.
Petua halau nyamuk dengan menggunakan serai sangat mudah. Ambil bebrapa helai daun serai yang masih segar, kemudian kisar sampai lumat dan kemudiannya letak di dalam semua bekas atau mangkuk.
Kita boleh letakkan bekas tersebut di mana-mana sahaja, termasuklah di dalam bilik tidur kita. Nyamuk pasti lari kerana tidak tahan dengan bau yang keluar dari serai tersebut.

 

 

  1. Daun Rosemary

    petua halau nyamuk
    Kredit: fanpharma

Daun rosemary menghasilkan bau seperti minyak kayu putih. Bau ini sememangnya tidak disukai nyamuk.

 

Kita boleh mengosok-gosokkan daun rosemary ini ke badan ataupun ambillah beberapa helai daun rosemary dan kisarlah sehingga lumat sama seperti petua halau nyamuk menggunakan serai tadi.

 

Kemudian, ambil hasil daun rosemary yang telah dikisar lumat dan letak dalam sebuah bekas. Setelah itu, letaklah bekas tersebut di kawasan yang banyak nyamuk, khususnya di bilik tidur anda.

 

 

  1. Bawang Putih

    petua halau nyamuk
    Kredit: authoritynutrition

Nyamuk tidak tahan dengan bau bawang putih. Jika kita rasa betul-betul tak tahan dengan masalah nyamuk yang suka menggigit kita, cuba makan banyak bawang putih. Bau yang akan keluar melalui peluh, pastinya membuatkan nyamuk tidak berani untuk menghampiri.

 

Tak pun cubalah kunyah-kunyah (jangan telan) dan secara automatik nyamuk pasti akan terus melarikan diri!

 

 

  1. Daun Kemangi

    petua halau nyamuk
    Kredit: macampenyakit

Petua halau nyamuk yang cukup berkesan boleh kita cuba adalah dengan menggunakan tanaman daun kemangi.

 

Daun kemangi yang sedap dibuat ulam atau masak lemak putih ini cukup berkesan untuk menghalau nyamuk. Kita hanya perlu menanam pokok kemangi di dalam pasu dan kemudian letakkan pasu tersebut pada kawasan-kawasan yang paling hebat diserang nyamuk.

 

 

  1. Bunga Cengkih

    petua halau nyamuk
    Kredit: tajashomestay

Baunya yang cukup kuat menusuk hidung membuatkan nyamuk tidak berani menghampiri kita.

 

Caranya juga cukup mudah, ambil beberapa tangkai bunga cengkih. Balutlah dengan kain kasa dan kemudiannya gantunglah di tempat-tempat yang banyak nyamuk.

 

  1. Daun Betik

    petua halau nyamuk
    Kredit: itmlab

Ternyata daun betik juga boleh digunakan sebagai petua halau nyamuk. Kita hanya perlu ambil beberapa batang daun betik dan kemudianya letakkan di ruang yang kita rasakan paling parah diserang nyamuk.

 

 

Semoga petua halau nyamuk yang Mamanet peroleh dari pelbagai sumber ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

 

[btn text=”KLIK & LIKE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme