Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

Resepi Pancake Super Sedap, Wajib Cuba 3 Rahsia!

Posted on 12/16/201612/16/2016 by 123mamanet

Pancake atau lempeng merupakan salah satu menu cukup istimewa. Hadir di seluruh dunia dengan pelbagai macam variasi yang sememangnya cukup menambat selera. Dari Dapur Mamanet dikongsikan beberapa rahsia Resepi Pancake yang lebih sedap.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah tip dan trik yang boleh dicuba bagi menambahkan lagi keenakan Resepi Pancake anda.

 

Resepi Pancake
foto-krusteaz

Menikmati pancake di kafe atau restoran sememangnya lebih sedap jika dibandingkan dengan yang kita buat sendiri di rumah. Tetapi, semua itu tak ada masalah sebab kita pun sebenarnya boleh buatnya menjadi lebih sedap jika tahu rahsia kelazatan Resepi Pancake ini.

 

 

Tidak dinafikan pancake yang dijual di kafe atau restoran diberikan sentuhan dekorasi yang menarik, lebih lembut dan berbaur kelazatan.Macam mana nak buat pancake yang sedap dan cantik macam tu?

 

Okay, Mamanet kongsikan rahsia Resepi Pancake di bawah. Selamat mencuba, semoga berjaya dan jangan lupa berikan Mamanet responnya ya.

 

[btn text=”UNTUK RESEPI KEK PISANG SEDAP, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/resepi-kek-pisang-sedap/” target=”_blank”]

 

Berikut adalah tip dan trik yang boleh dicuba bagi menambahkan lagi keenakan Resepi Pancake anda.

Caranya mudah sahaja, tetapi anda perlu gunakan instant pancake yang boleh dibeli di pasaraya untuk mempratikkan cara untuk menjadikannya lebih sedap.

 

  1. resepi pancakeTeknik “Kacau Dan Jatuhkan Adunan”

Sebenarnya ada cara tersendiri untuk mengacau adunan pancake ini agar menjadi lebih lembut.

 

Tak payah nak pening-pening kepala untuk membancuh tepung bagai. Jadi, kita beli sahaja tepung instant pancake dan praktikan cari ini.

 

Biasanya instant pancake ini memerlukan kita tambah telur atau susu, sesuai dengan resepi pancake yang tertulis pada kotak atau bungkusannya.

 

 

resepi pancake
foto-bettycrocker

Jika adunan yang mengandungi tepung gandum dikacau atau di mixer  terlalu lama, kandungan gluten (proteinnya) di dalamnya akan melekat di antara satu sama lain dan membuatkan adunan menjadi tidak mengembang.

 

Bermakna, jika mahukan  pancake yang lembut, elakkan mengacau adunan terlalu lama. Sebaiknya gunakan teknik kacau, angkat dan jatuhkan. Kacau sikit, angkat dan jatuhkan. Lakukan secara berulangkali (10-15 kali), sehingga adunan tersebut menjadi kental.

 

 

  1. resepi pancake
    foto-smartfamilypets

    Letak Yogurt

Dengan menambah bahan rahsia iaitu yogurt ini membuatkan tekstur pancake menjadi lebih lembut dan lebih mengembang. Selain itu, rasanya pun lebih sedap!

 

Di dalam adunan instant pancake, biasanya memang dah ada baking powder untuk mengembangkan adunan tersebut.

 

Baking soda akan bertindak balas terhadap asid yang terkandung di dalam yogurt dan menimbulkan buih, sehingga baking soda dapat bekerja dengan lebih efektif dan adunan menjadi lebih kembang.

 

Jadi, cubalah tambah tiga sudu besar yogurt (plain) ke dalam satu bungkus  adunan instant pancake. Tengoklah macam mana hasil rasanya. Serius, sedap!

 

 

  1. resepi pancake
    foto-homecookingmemories

    Tambah Mayonnaise

Jika tak nak gunakan yogurt, boleh gunakan mayonnaise. Jadi, tambahkan 1 ½ sudu besar  mayonnaise ke dalam adunan pancake.

 

Gabungan minyak sayur, cuka dan gluten yang terkandung dalam mayonnaise mampu membuatkan adunan tersebut menjadi lebih mudah untuk mengembang dan teksturnya juga menjadi lebih lembut.

 

 

 

 

  1. resepi pancakeCara Memasak

Selain bahan dan cara mengacau adunan tersebut, teknik untuk memasak pancake juga penting.Pastikan kuali leper yang kita gunakan tersebut diperbuat dari besi dan permukannya juga perlu rata.

 

Pertama, sapukan minyak nipis-nipis secara merata pada kuali leper. Boleh juga gunakan kertas minyak atau berus untuk meratakan minyak tersebut.

 

Kedua, panaskan kuali dengan api yang agar besar selama seminit dengan merata. Kemudian matikan api, lap kuali dengan kain basah selama satu saat. Setelah itu, letakkan kuali di atas kain lap basah untuk menyejukkan kuali.

 

Ketiga, naikkan kembali kuali ke atas dapur dan nyalakan api berukuran kecil. Kemudian tuanglah adunan sebanyak satu senduk ke atas kuali. Biarkan selama tiga minit sebelum dibalik.

 

resepi pancake

Selepas adunan dibalik, tutuplah kuali dengan penutup untuk mencegah pancake menjadi kurang masak. Teknik ini juga boleh membuatkan pancake menjadi lebih lembut di bahagian dalamnya.

 

Masak sehingga berwarna coklat dan pastikan pancake tersebut tidak hangus ketika dimasak. Setelah siap, boleh hidangkan pancake yang super sedap ini dengan maple syrup ataupun apa sahaja topping kesukaan kita.

 

Tak susah  kan… untuk membuat pancake yang sedap setelah mengetahui rahsia kelazatan Resepi Pancake yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme