Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
wangian David Beckham

WANGIAN DAVID BECKHAM KHAS UNTUK KAUM LELAKI MALAYSIA

Posted on 07/01/201909/05/2020 by 123mamanet

Apa yang menjadikan seorang lelaki – gaya, keyakinan, bercita-cita, rasa belas kasihan atau keluarganya? Ikon global dan berkemungkinan lelaki paling segak dan rapi di dunia, David Beckham semestinya mewakili semua ini dan lebih lagi dengan menampilkan wangian David Beckham.

Jonathan Fu and Beatrice Ting dari Coty International merasmikan pelancaran David Beckham Fragrances kepada peminat Malaysia.

Yang pasti, bukanlah sesuatu yang mengejutkan di mana ramai lelaki biasa mendapatkan inspirasi dari Beckham hasil kejayaan serta pegangan dalam hidupnya.

Direka khas oleh syarikat pereka wangian mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) serta David Beckham sendiri, wangian David Beckham membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hadir dengan empat aroma yang berbeza  untuk disesuaikan dengan kepelbagaian aspek peribadi David Beckham – sama ada ketika dirinya bersama keluarga, bergaul dengan rakan-rakan, membina empayarnya yang berbilion dolar atau menerusi peranan yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sebagai bintang bola sepak handalan.

Rangkaian ini terdiri daripada: Instinct, Homme, Respect dan Classic.

Kempen ‘Suit Up’

Wangian David Beckham direka untuk memberikan inspirasi kepada semua kaum lelaki untuk lebih tekad dalam mengejar cita-cita dan impian, mengubah diri mereka untuk menjadi lebih yakin dengan visi diri mereka yang lebih baik.

Kempen yang bertemakan ‘Suit Up’ ini dirangka bagi menggalakan semua lelaki di Malaysia untuk melihat ke dalam jiwa mereka, cara untuk meningkatkan keupayaan diri sama ada menerusi kerjaya, gaya, perhubungan mahupun sukan.

Menurut Jonathan Fu, Senior Marketing Manager, Southeast Asia & Distributor Market,  kejayaan seorang lelaki bukan diukur dengan apa yang tersedia ada, tetapi apa yang diusahakan sendiri.

Jonathan Fu, Pengurus Pemasaran Kanan, Southeast Asia & Distributor Market of Coty International sedang memberikan ucapan.

Tidak kira siapa diri kita atau apa yang kita lakukan, kita boleh mengambil semua langkah untuk berbicara dengan lebih baik, berpakaian sewajarnya dan meluangkan sedikit masa untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri.

Dari kiri ke kanan, Jonathan Fu, Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry, Faeez Fadhililah dan Beatrice Ting ketika Majlis Pelancaran Wangian David Beckham.

Inspirasi Lelaki Malaysia

“Itulah sebabnya kami hadir dengan tema ‘Suit Up’ bersama David Beckham apabila melancarkan rangkaian wangian eksklusif ini di Malaysia.

Kami mahu setiap lelaki di Malaysia untuk menyedari akan potensi diri dengan wangian David Beckham seterusnya menggalakkan mereka untuk ‘Suit Up’ untuk setiap saat dan situasi yang penting dalam kehidupan mereka,” jelas beliau lagi.

Antara lelaki berinspirasi di Malaysia yang Suit Up dengan keyakinan untuk setiap hari serta antara yang pertama menggunakan wangian David Beckham di Malaysia adalah:

•          Azwan Kombos –  Pelakon yang juga merupakan suami kepada pelakon Ezzaty Abdullah ini menggunakan David Beckham Instinct.

Azwan mencerminkan gaya bersahaja dan keperibadian seorang lelaki moden yang sibuk membina kerjaya, tetapi masih komited sebagai seorang bapa yang setia berbakti untuk keluarganya.

•          Ryzal Jaafar – ‘Sahabat baik anda’, seorang pelakon dan pencetus trend popular ini memilih wangian David Beckham Homme kerana ia mencerminkan rasa unik dan gaya keperibadian diri Ryzal.

Dikenali dengan rasa fesyennya yang eksentrik, sentiasa menonjolkan kenyataan tersendiri apabila berfesyen. Mempunyai hubungan yang rapat bersama peminat yang mengilai penampilan kontemporarinya – bukti nyata bahawa setiap orang mampu untuk memiliki dan mempunyai gaya peribadi sendiri.

•          Ikmal Amry – Penggemar sukan bola sepak, seorang model dan pelakon ini terinspirasi dari David Beckham Respect kerana aromanya boleh dikaitkan dengan dirinya.

Sama ada ketika menjaringkan gol bersama kelab di padang atau percubaan untuk berjuang dalam industri hiburan tempatan – Saling menghormati adalah nilai yang dihargai oleh semua orang.

•          Faeez Fadhililah – Usahawan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengembara ini tidak asing lagi di mata orang awam. Tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 pada tahun 2016, Faeez mencetuskan ilham buat para golongan profesional muda di seluruh rantau ini dengan persona serta kepintarannya dalam perniagaan.

Aksesori wajib lagi terkini dimiliki  Faeez adalah aroma David Beckham Classic yang membantu dirinya bergaya dengan sentuhan peribadinya sendiri.

Dari kiri ke kanan, Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry, Faeez Fadhililah beraksi dengan rangkaian wangian David Beckham

Jom, Sertai Cabaran #SuitUpChallenge

Bagi menandakan kemunculan sulung David Beckham Fragrances di Malaysia, semua lelaki di Malaysia digalakkan untuk ‘Suit Up’ dengan David Beckham menerusi cabaran #SuitUpChallenge.

Untuk menyertai dan memenangi pelbagai hadiah lumayan, anda hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS ‘Suit-Up’ anda sendiri ke akaun media sosial dengan #hastag

 #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances

Selamat menikmati keharuman minyak wangi , David Beckham dan jangan lupa sertai cabaran tersebut ok.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme