Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tak pakai coli

5 Kebaikan Buat Wanita Bila Tidur Tak Pakai Coli

Posted on 09/22/201609/22/2016 by 123mamanet
tak pakai coli
kredit foto: jmfitnessuk

Memang coli tu ibarat kembar wanita tapi tak bererti anda mesti bersamanya 24 jam. Mungkin masih ada di antara kita yang belum mengetahui tentang kebaikan tak pakai coli ketika tidur, dan masih tetap memakai coli atau bra masa tidur. 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa ulasan ringkas tentang kebaikan tak pakai coli ketika tidur:

 

Usah jadikan kebiasaan memakai coli masa tidur. Anda perlu tahu bahawa memakai bra waktu tidur malam boleh mengundang padah. Baca juga cara pilih bra agar payudara tidak kendur.

Berikut beberapa ulasan ringkas tentang kebaikan tak pakai coli ketika tidur:

 

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Memakai coli terlalu lama boleh menghalang perjalanan darah. Jadi, ketika tidur merupakan waktu yang paling tepat untuk kita menanggalkan coli supaya perjalanan darah boleh berjalan dengan lancar dan tubuh menjadi lebih segar.

 

Jika kita tetap nak juga memakai coli, sebaiknya pilihlah yang lembut dan agak longgar  sewaktu tidur.

 

 

  1. Bebas Dari Peluh

Peluh yang tidak terserap dengan baik boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit payudara. Memakai coli ketika tidur boleh membuatkan kita berpeluh. Apatah lagi, dalam keadaan cuaca panas.

 

 

  1. Mencegah Penyakit Kulit

Coli yang dipakai dengan ketat sepanjang hari boleh menimbulkan kelembapan dan peluh. Peluh boleh membuatkan kulit pada bahagian payudara terasa gatal, sehingga boleh menimbulkan penyakit kulit seperti, ruam, kulat, kurap dan juga panau.

 

Jadi, apabila kita tidur tak pakai coli, payudara boleh bernafas dengan bebas dan tidak berpeluh dan lebih kering.

 

Sekiranya tetap juga nak pakai coli, tak ada masalah. Tapi, pakailah coli sukan kerana ia dianggap sebagai pilihan terbaik dipakai pada malam hari. Coli sukan memberikan sokongan yang diperlukan untuk payudara tanpa menimbulkan efek kesihatan apabila memakainya.

 

 

  1. Mencegah Kanser Payudara

Kita disarankan agar tak pakai coli lebih dari 12 jam. Risiko kita sebagai wanita untuk mengidap kanser payudara  dikatakan lebih tinggi dengan pemakaian coli yang ketat dan  terlalu lama.

 

Pengaliran darah ketika memakai coli dalam keadan yang terlalu lama membuatkan perjalanan darah menjadi tidak lancar, sehingga sel-sel abnormal wujud dalam payudara. Sel-sel ini kemudiannya tumbuh menjadi sel kanser.

 

 

  1. tak pakai coli
    kredit foto: mediaresources

    Mencegah Sakit Belakang

Keselesaan turut menentukan kualiti tidur kita. Sebenarnya apabila tak pakai coli ketika tidur, ia membuatkan tidur kita menjadi lebih selesa dan nyenyak.

 

Malahan, kita juga terhindar dari sesak nafas yang menyebabkan insomnia dan juga sakit belakang.

 

Sekiranya kita memakai coli dalam waktu yang lama, tidak mustahil kita akan mengalami masalah sakit belakang yang luar biasa. Ini adalah kerana adanya tekanan dari coli ke belakang ketika kita baring.

 

Oleh sebab itulah, sebaiknya kita tak pakai coli ketika tidur untuk mencegah sakit belakang yang disebabkan tali coli yang ketat dan menekan bahagian belakang badan.

 

Setelah mengetahui beberapa kebaikan tidur tak pakai coli, diharap kita yang masih setia tidur bersama coli akan cuba menerapkan gaya hidup sihat ini.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme