Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
wellness

MEDIA DIRAIKAN DALAM ACARA WELLNESS RETREAT SEMPENA ULANG TAHUN GUARDIAN KE-51

Posted on 10/16/201812/12/2018 by 123mamanet

Oktober memang cukup meriah apabila Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-51. Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, para media telah diraikan sempena ulang tahun ke-51 ini. Lebih hebat bila Guardian Malaysia telah mengadakan acara Wellness Retreat bersama Media dan Blogger di Melaka.

Isi Kandungan hide
1 Wellness Untuk Semua
2 Hari Kedua Yang Penuh Kejutan

Untuk makluman, sepanjang Oktober ini, semua Guardian seluruh Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran istimewa, termasuk penjimatan atas pembelian produk terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan hebat ini. Anda masih ada masa!

Berbalik kepada acara Wellness Retreat ini, seramai 30 peserta telah dibawa bersantai ke Melaka dalam program 2 hari 1 malam ini. Kami telah dibawa dengan sebuah bas dari ibu pejabat Guardian di Shah Alam ke Philea Resort And Spa Melaka, Air Keroh Melaka.

wellness

Wellness Untuk Semua

Sebaik sampai, pebagai acara menarik telah disusun antaranya ialah bermula dengan acara mukadimah oleh BioEssence & Pantene. Selain penerangan mengenai kedua-dua produk ini, para peserta turut diminta memperkenalkan diri dan berkongsi pandangan mengenai Pantene dalam kehidupan mereka.

wellness

Seterusnya para peserta diminta untuk meneka berapa produk BioEssence yang ada di dalam balang. Seramai 9 orang peserta telah berjaya meneka dengan tepat dan mendapat hadiah daripada BioEssence.

wellness

Selepas makan tengah hari, kami dibawa pula untuk meneroka produk organik dari Australia yang kini boleh didapati di Guardian iaitu Oil Garden. Sebuah penerangan yang panjang lebar dan mendalam bertajuk “The Story of Oil Garden’ telah disampaikan oleh wakil dari Oil Garden. Kami turut berpeluang mencuba rangkaian penjagaan kulit iaitu Oil Garden Organic Skincare dan Oil Garden Pure Essential Oils.

wellness

wellness

Seterusnya, para peserta diminta untuk bersiap untuk ke Bandar Hilir Melaka bagi menyaksikan persempahan teater yang hebat di Encore Melaka yang baru sahaja dibuka Julai lalu. Kami turut diberikan penerangan ringkas mengenai sejarah pembinaan Encore.

wellness

wellness

Kamu begitu teruja dengan persembahan teater berskala besar itu. Melihat keindahan bangunan Encore dari luar pun, kami sudah terkejut. Ia betul-betul terletak di tepi pantai Kota Syahbandar. Melangkah masuk ke dalam dan menyaksikan sendiri persembahan sejam setengah itu, membuatkan kami berasa amat berbangga dan beruntung sebagai rakyat Malaysia.

wellness

wellness

Sebelum itu, kami telah dikejutkan dengan persembahan “An Evening To Impress’ bersama L’Oreal & Maybelline dan kami dihidangkan dengan makan malam yang enak di pusat pameran Yong Tai di sebelah Encore.

wellness

Hari Kedua Yang Penuh Kejutan

Keesokan harinya kami dikejutkan dengan ketangkasan Joanna Soh, Jurulatih Kesihatan menghayun langkah senaman yang begitu mencabar bagi orang yang jarang bersenam seperti kami.

wellness

Senaman sahaja tidak cukup, lepas bersarapan, kami diajar pula mengenai diet yang betul dan berpeluang melakukan aktiviti membuat Edible Terrarium daripada produk Nature’s Heart.

wellness

 

Seterusnya kami dibawa pula ke tepi kolam renang untuk sessi bersama April Skin. Sessi ini antara yang paling mengujakan kerana April Skin telah mengambil inisiatif yang besar dengan membuat dekorasi produk kecantikan April Skin yang amat menarik untuk kami.

wellness

Pelbagai jenis produk April Skin telah diperkenalkan oleh wakil April Skin. Kami sangat teruja bila berpeluang mencuba sendiri produk-produk yang disediakan. Apatah lagi bila kami berpeluang membawa pulang Aprilskin Perfect Magic Snow Cushion yang mewah.

wellness

wellness

wellness

wellness

 

Selepas makan tengah hari, acara Anniversary Beauty Bash bersama Hada Labo, Dove, Nivea Deo & Men, Silky Girl dan Guardian pula mengambil tempat. Memang hangat dan meriah aktiviti yang dilakukan pada petang itu. Terutamanya acara kerusi muzikal oleh Silky Girl.

wellness

wellness

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya menyiap 10 Guardian’s Wellness Passport Challenge dengan jaya di IG masing-masing. Sebelum berpisah, semua peserta Guardian Wellness Retreat sempat merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Guardian 51th Anniversary Celebration. Terima kasih Guardian untuk 2 hari yang penuh bermakna. Terima kasih juga kepada semua penaja yang terlibat.

wellness

Untuk maklumat lanjut dan perincian kempen dan promosi yang berterusan, sila lawat www.guardian.com.my

 

#guardianmalaysia #guardianwellnessretreat #embreacewellness #GuardianMalaysia51

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme