5 TIP PILIH BAJU KEMEJA MUSLIMAH UNTUK KE PEJABAT

Baju kemeja muslimah yang berlengan panjang merupakan salah satu item fesyen yang paling diminati oleh hijabers untuk ke pejabat.
Selain menjadi suatu kemestian sebagai pakaian untuk ke pejabat, baju kemeja muslimah ini juga mampu memberikan efek yang cukup formal.
Seiring dengan perkembangan trend fesyen terkini rekaan baju kemeja pun turut berkembang dengan pelbagai potongan, warna, corak dan sebagainya. Namun, sebagai wanita berhijab, pemilihan baju kemeja muslimah untuk ke pejabat adalah pilihan yang tepat.

 

 baju kemeja muslimah

BERIKUT BEBERAPA TIP PILIH BAJU KEMEJA MUSLIMAH YANG PERLU DIKETAHUI:

 

  1. PILIH MATERIAL YANG TEPAT
Pemilihan material atau bahan adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan ketika mahu membelinya.
Utamakan keselesaan dengan memilih material yang tidak panas dan boleh meninggalkan atau menyebabkan bau.
Sekiranya baju kemeja yang anda sukai itu agak jarang, jangan lupa padankannya dengan inner polos daripada material cotton.
 baju kemeja muslimah
  1. PASTIKAN SAIZNYA SESUAI
Rekaan dan potongan baju kemeja muslimah ini ada bermacam-macam jenis. Meskipun begitu, pastikan saiz atau ukurannya kena dengan bentuk badan kita.
 baju kemeja muslimah
  1. PILIH WARNA YANG ‘SELAMAT’
Untuk lebih menjimatkan, ada baiknya jika kita memilih kemeja yang berwarna neutral. Ia akan memudahkan kita untuk mensuaipadankan dengan tudung atau padanan bahgian bawah.
Misalnya, baju kemeja muslimah digayakan dengan jumpsuit kosong, seluar hitam, palazzo pants bermotif garis ataupun overall dress.
Tanpa disedari, kemeja berwarna neutral tersebut boleh kita pakai dalam beberapa gaya yang berbeza.
 baju kemeja muslimah
  1. PILIH MOTIF YANG SERASI
Jika mahukan kelainan, tak ada salahnya jika kita memilih kemeja yang bermotif. Kalau asyik berkemeja polos atau plain sahaja, tentu bosan juga, kan…   Sebaiknya kita pilih kemeja bermotif yang sesuai dengan karakter diri kita.
Jika kita sukakan gaya feminin, pilihlah kemeja bermotifkan bunga atau flora. Kemeja bermotif garis akan meninggal efek elegan. Manakala motif abstrak sesuai jika kita mahukan gaya edgy. Bagi mendapat kesan preppy look, kenakan kemeja bermotifkan tartan.
Tetapi motif kemeja yang paling umum adalah garis menegak dan kotak-kotak. Motif garis menegak lebih sesuai digayakan jika kita mempunyai bentuk tubuh yang besar. Ia akan membuat badan kita kelihatan lebih ramping.
Jika kita bertubuh kurus, pilihlah motif kotak-kotak kerana ia akan membuatkan bentuk badan kita nampak lebih berisi dan tegap.
 baju kemeja muslimah
  1. ELAKKAN POTONGAN REKAAN YANG BERLEBIHAN
Jika kita sukakan gaya sederhana yang tidak terlalu mengikuti arus perkembangan fesyen, adalah lebih baik jika kita memilih potongan rekaan kemeja yang terlalu berlebihan.
Ini adalah kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan segan untuk memakainya, kerana tidak ada istilah out of date walaupun tahun sudah berubah!
 baju kemeja muslimah
Itulah beberapa tip memilih baju kemeja muslimah yang boleh dijadikan rujukan dalam memilih pakaian yang sesuai untuk ke pejabat. Semoga bermanfaat!