Resepi Biskut Suji Arab

Biskut Suji

Foto: Umaskitchen

SEDAP betul Biskut Suji Arab. Sekali makan nak lagi dan lagi! Biskut Suji Arab ini sangat unik memandangkan bentuknya yang kecil comel.

Bahan utama Biskut Suji Arab adalah minyak sapi yang digandingkan bersama campuran tepung dan bahan pelengkap lain.

 

Bagi anda yang tertarik untuk membuat sendiri biskut ini, jangan berlengah lagi. Dari Dapur Mamanet, dikongsikan resepi biskut yang sangat sedap ini. Jom, try!

 

BACA INI

 

Cara-cara membuat  biskut suji Arab yang sangat sedap

Bahan-Bahan:

  • 150 gram tepung suji
  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 150 gram gula kastor
  • 250 gram minyak sapi
  • 30 gram susu tepung
  • Garam halus secukupnya
  • Ceri merah atau hijau secukupnya dipotong kecil-kecil
  • Sedikit gula kastor untuk digaul pada biskut.

 

 

Cara Membuat Biskut Suji Arab:

  1. Masukkan minyak sapi dan gula kastor dalam mangkuk.

 

  1. Kemudian pukul sampai sebati dan kembang.Biskut Suji

 

  1. Setelah itu, masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung suji dan garam halus.

 

  1. Uli ke semua bahan sampai sebati dan menjadi doh.

 

  1. Biarkan adunan seketika sambil ditutup menggunakan plastik sehingga ia mengembang.
    Biskut Suji

    Foto: Internet

 

  1. Setelah mengembang, bulatkan doh menjadi kecil dan comel. Jangan lupa hias dengan ceri di atasnya.

 

  1. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160 darjah Celsius.

 

  1. Setelah masak, sejukkan seketika, kemudian gaul dengan gula kastor jika mahu.

Leave a Reply