Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
produk mekap

10 PRODUK MEKAP WAJIB DIMILIKI OLEH ANDA YANG “NEWBIE”

Posted on 03/23/201703/23/2017 by 123mamanet

Seorang pelajar kolej diberi arahan oleh pensyarah agar mengenakan mekap sewaktu menghadiri kelas “Khidmat Pelanggan”. Jadi, dia perlu memiliki set produk mekap asas agar dia tidak dihalau keluar dari kelas.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT 10 PRODUK MEKAP YANG WAJIB DIMILIKI:

Begitu juga dengan seorang pekerja yang terpaksa menggenakan mekap kerana perlu sentiasa berhadapan dengan pelanggan.

Itu adalah antara dua sebab kenapa anda sekurang-kurangnya tahu mengenai asas mekap, biarpun anda bukanlah orang yang suka bermekap.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak hendak mengenakan mekap dan bingung untuk memilih produk mekap yang sesuai, maka mamanet kongsikan artikelnya, semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE ya!

Memadai dengan 10 produk mekap ini wajah anda akan kelihatan lebih berseri, cantik dan nampak segar.

  • Anda pun perlu tahu cara mekap paling mudah dan nampak muda. 
  • Bahkan jangan lupa juga untuk semak mengenai tip mekap natural untuk yang berhijab.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

produk mekap

BERIKUT 10 PRODUK MEKAP YANG WAJIB DIMILIKI:

  1. FOUNDATION (BEDAK ASAS)

Pemakaian foundation, sangat berguna untuk membuatkan warna kulit muka kita kelihatan lebih rata. Bukan itu sahaja, dengan kuasa foundation dan pemakaian yang tepat kita juga boleh mengubah bentuk muka kita.

Pilihlah foundation yang senada dengan warna kulit muka kita dan bertekstur ringan supaya selesa dipakai bagi kegunaan sehari-hari.

Selain itu, mekap kita juga akan nampak lebih natural. Foundation adalah produk mekap paling asas, dan perlu dipakai sebelum kita memakai semua mekap yang lain.

Kita boleh menggunakan liquid foundation jika kita ingin mekap kita itu kekal lama dan mampu menutupi bekas-bekas jerawat (kulit muka jenis normal)

Kekerapan memakai foundation boleh menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan boleh menimbulkan jerawat. Jadi kita kenalah rajin untuk membersihkan muka setelah seharian memakai mekap.

Jika kita merasakan foundation terlalu berat untuk dipakai sehari-hari, kita boleh menggunakan BB Cream sebagai alternatif.

produk mekap

  1. BEDAK MUKA

Pemakaian bedak selepas mengenakan foundation akan membuatkan mekap kita menjadi tahan lebih lama.

Selain itu, bedak itu juga berguna untuk mengawal minyak pada kulit muka supaya tidak kelihatan berkilat.

Terdapat bermacam-macam jenis bedak yang boleh dijadikan pilihan sebagai mekap asas untuk kita yang baru berjinak-jinak memakai mekap, misalnya bedak tabur.

Tekstur bedak ini lebih ringan sehingga boleh memberikan hasil solekan yang memuaskan. Untuk touch-up pula  kita boleh gunakan bedak padat (compact powder).produk mekap

 

  1. PEMERAH PIPI (BLUSHER)

Mempunyai pipi merah pink akan memberikan efek segar pada muka kita.

Meskipun terdapat pelbagai warna pemerah pipi, pastikan kita memilih warna-warna yang natural seperti oren atau pink.produk mekap

  1. PEMBAYANG MATA (EYESHADOW)

Sama juga seperti pemerah pipi, pembayang mata pun ada bermacam-macam warna. Cuma, untuk solekan harian kita boleh gunakan pembayang mata neutral.

Warna-warna yang neutral membolehkan kita mengkombinasikan dua warna atau lebih. Jika tidak, satu warna pada keseluruhan kelopak mata pun tiada masalah.

Elakan menggunakan pembayang mata dengan warna-warna tajam seperti hitam, hijau biru dan sebagainya kerana warna sebegini tidak sesuai untuk solekan harian.

produk mekap

  1. EYELINER

Penggunaan produk mekap eyeliner akan membuatkan mata kita menjadi lebih hidup dan menawan.

Terdapat bermacam-macam jenis eyeliner seperti eyeliner cair, pensil dan sebagainya. Memandangkan kita masih baru, menggunakan pensil eyeliner lebih tepat kerana lebih mudah untuk diaplikasi berbanding eyeliner cair.

Pastikan eyeliner yang kita gunakan itu tahan lama agar mekap kita tetap sempurna walaupun dalam tempoh yang lama.produk mekap

  1. PENYEPIT BULU MATA

Sekiranya kita tidak mempunyai bulu mata yang lentik, gunakan penyepit bulu mata. Bulu mata yang lentik akan membuatkan mata kita kelihatan lebih menawan.

produk mekap

  1. MASKARA

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak menggunakan produk mekap yang satu ini. Mata kita akan kelihatan lebih cantik dan menyerlah apabila lentik dan juga nampak lebat.

Pilih maskara yang bersifat kalis air supaya tidak mudah luntur ketika kita berpeluh dan sebagainya. Aplikasikan secara sederhana, tidak berlebihan supaya nampak semulajadi.

produk mekap

  1. LIPSTIK

Lipstik adalah produk mekap yang wajib dimiliki oleh kita sebagai “newbie”. Ada pelbagai warna dan jenis lipstik yang boleh membuatkan bibir kita nampak lebih menarik dan segar. Tanpa menggunakan lipstik, solekan kita akan kelihatan pucat.  Jadi, sebab itulah penting kita memakainya ketika bersolek.

produk mekap

Semoga artikel produk mekap yang wajib anda miliki ini dapat membantu anda lebih yakin untuk merias wajah. Selamat mencuba!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme