Air kelapa memang tidak asing di kalangan penduduk beriklim Khatulistiwa. Ia 0 lemak, 0 kolestrol dan rendah kalori. Manfaat air kelapa pula bukan sedikit.
Manfaat utama air kelapa ialah ia penuh dengan elektrolit untuk menghidrat dan mengembalikan tenaga anda selepas bersenam, hari yang panas atau keletihan kerana bekerja sepanjang hari.
Air kelapa mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan 15 kali lebih banyak berbanding minuman energi di pasaran. Potassium membantu mengelakkan masalah tegang otot.
Bagi air kelapa yang dibotolkan, mungkin telah ditambah dengan rasa, gula dan kalori. Sebaik-baiknya minumlah air kelapa segar sebagai alternatif kepada minuman tenaga atau minuman dalam tin yang lain.
BACA: NAK LANGSING? KETAHUI 7 MINUMAN UNTUK KURUS!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
MANFAAT AIR KELAPA BAGI KESIHATAN TUBUH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Menghilangkan Dehidrasi
Sejak zaman dulu lagi, air kelapa telah digunakan untuk mengatasi dehidrasi yang disebabkan oleh masalah keracunan makanan, cirit-birit, kolera, dan sakit perut. Keseimbangan elektrolit dan plasma dalam air kelapa dikatakan hampir sama dengan darah.
Dengan demikian, minum air kelapa selepas berolahraga dapat mengisi kembali cairan tubuh yang hilang. Orang-orang yang bekerja memerah tenaga sepanjang hari harus minum banyak air kelapa untuk menjaga keseimbangan ion dalam tubuhnya.
- Mencegah Penuaan Awal
Air kelapa mengandungi asid lauric dan sitokin, dua elemen penting yang digunakan dalam proses pertumbuhan dan regulasi sel.
Kandungan ini memiliki peranan signifikan terhadap anti-penuaan awal, anti-karsinogenik dan anti-trombotik yang membantu untuk meminimumkan penuaan kulit, menyeimbangkan tingkat PH dan menjaga jaringan kulit.
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Air kelapa boleh dianggap sebagai air super, ia sangat kaya nutrisi dan vitamin seperti riboflavin, niasin, thiamin & piridoksin, dan folik. Air kelapa memiliki sifat anti-virus dan anti-bakteria yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan infeksi virus seperti flu.
Selain itu, air kelapa mengandungi vitamin C, asid nikotinat, asid pantotenat, biotin, riboflavin dan asid folik.
- Penyakit Batu Ginjal
Air kelapa juga membantu dalam melarutkan batu ginjal kerana memiliki kandungan kalium yang memainkan peranan penting dalam proses alkali urin dan mencegah pembentukan batu ginjal.
- Baik untuk ibu hamil
Air kelapa merupakan minuman sihat untuk ibu hamil kerana dapat meredakan ‘morning sickness’ dan mencegah muntah-muntah. Selain mengandungi elektrolit, kalsium, potasium, sodium, air kelapa juga mengandung Vitamin C yang diperlukan selama waktu kehamilan.
- Penting untuk kesihatan kulit
Memiliki jerawat dan mencegah terjadinya jerawat pada wajah? Air kelapa merupakan salah satu nutrisi yang boleh anda usapkan pada wajah dan biarkan semalaman. Ia memiliki sifat memperbaiki dan baik untuk kulit.
- Baik untuk pencernaan
Air kelapa terdiri daripada enzim bioaktif seperti asid folik, fosfatase, katalase, dehidrogenase, diastase, peroksidase, RNA polimerase dan sebagainya. Enzim ini membantu untuk mempermudah pencernaan dan metabolisme tubuh.
Air kelapa juga memiliki lebih mineral seperti kalsium, mangan dan zink seperti buah-buahan termasuk limau. Air kelapa turut merupakan sumber daripada vitamin B seperti riboflavin, thiamine, pyridoxine, dan folik.
- Menurunkan berat badan
Air kelapa terbukti sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Minuman ini telah dilihat sebagai salah satu cara paling sihat untuk menurunkan berat badan kerana merupakan minuman alami dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
Air kelapa telah digunakan selama berabad-abad di seluruh dunia untuk menurunkan berat badan dan telah menunjukkan hasil yang positif. Bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan? Cubalah minum air kelapa, perut akan terasa penuh kerana ia sangat mudah diserap tubuh sehingga badan akan menunda rasa lapar anda.
- Mengawal diabetes
Air kelapa juga membantu untuk mengawal diabetes. Air kelapa, bila diambil secara teratur memiliki kemampuan untuk meningkatkan kitaran darah dalam tubuh.
Proses ini membantu untuk melebarkan pembuluh darah yang boleh mengecil kerana pembentukan plak dan membantu darah mengalir lancar sehingga akan mengurangi diabetes. Hal ini dapat membantu untuk melawan aterosklerosis.
- Antioksidan
Air kelapa memiliki kandungan antioksidan yang cukup baik untuk membantu menghilangkan radikal bebas. Kesan racun akibat penggunaan antibiotik dan ubat sulfa turut dapat diatasi dengan pengambilan buah ini. Minum air kelapa sewaktu mengambil ubat juga baik kerana akan membantu mempermudah penyerapan.
- Kesihatan Kardiovaskular
Kajian telah menunjukan bahawa orang dengan tekanan darah tinggi biasanya memiliki kadar kalium yang rendah. Manfaat minum air kelapa secara teratur sangat efektif dalam mengatur tekanan darah kerana ia memiliki kandungan kalium dan asid lauric. Air kelapa juga dipercayai dapat meningkatkan HDL (kolesterol baik) yang sangat baik untuk mencegah penyakit jantung.
- Mengurangi Tekanan Darah Tinggi
Air kelapa memiliki kandungan seimbang elektrolit sehingga dapat digunakan sebagai penyeimbang elektrolit dalam tubuh. Hal ini kerana kandungan elektrolit yang tinggi dalam tubuh boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.
TIP PENGAMBILAN AIR KELAPA
Meskipun air kelapa dikatakan memiliki natrium yang tinggi, namun pengambilannya perlulah tidak secara berlebihan. Berikut adalah beberapa tip pengambilan air kelapa untuk memperoleh manfaat yang maksimum.
- Pengambilan 1 hingga 2 gelas air kelapa pada waktu pagi atau siang untuk dewasa.
- Jangan berikan pada bayi atau kanak-kanak, ikuti saranan doktor jika ingin diberikan berdasarkan dos yang tepat.
- Jangan ambil pada waktu malam sebelum tidur kerana cairan ini mudah diserap tubuh dan dikhuatiri akan mengakibatkan timbunan glukosa.
- Air kelapa juga memiliki kandungan kalori, jadi jangan meminum air kelapa setiap hari secara berlebihan.
- Ambil air kelapa dengan segera untuk mengembalikan cairan yang keluar dari dalam tubuh kita selepas bersenam.
Jadi, usah ragu-ragu untuk minum air kelapa kerana manfaatnya sangat besar. Lebih-lebih lagi kepada yang ada pokok kelapa di sekeliling rumah, rugi kalau tidak diambil manfaatkan air kelapa ini.