Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
menghilangkan rasa mual

Mual Waktu Mengandung?Cuba 20 Langkah Ini

Posted on 11/07/201609/16/2023 by 123mamanet

Mual dan muntah masa hamil? Ia adalah satu ragam normal masa hamil akibat perubahan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Ramai bakal ibu yang rasa tidak selesa dan mahu segera menghilangkan rasa mual itu. Bagaimana pula jika rasa mual dan muntah itu semakin teruk hingga menjejaskan selera makan dan kesihatan bakal ibu? Tahukah anda kekurangan zat akan menjejaskan pertumbuhan bayi.  Jadi anda perlu beri perhatian terhadap masalah ini.

Isi Kandungan hide
1 20 Cara Menghilangkan Rasa Mual
1.1 1. Nutrisi untuk Bayi dalam Kandungan
1.2 2.Ambil Asid Folik
1.3 3. Atasi Morning Sickness dengan Vitamin B6
1.4 4.Rahsia Kekayaan Nutrisi
1.5 5. Jauhi Tempat-Tempat Memualkan
1.6 6.Kenalpasti Jenis Alahan Di Dapur
1.7 7.Pilih Makanan Yang Berzat
1.8 8. Mengatasi Morning Sickness
1.9 9.Buah-Buahan Famili Beri
1.9.1 10. Protein dan Vitamin B
1.9.2 11.Makanan Berhalia
1.10 12.Pengudaraan Yang Baik
1.11 13. Makin Sikit Tapi Kerap
1.11.1 14. Air Masak Secukupnya
1.12 15. Makanan Pecetus Muntah
1.13 16. Makan dan Minum
1.14 17. Rehatkan Diri
1.15 19.Sokongan Keluarga
1.16 20. Bertenang dan Bersabar

mual

20 Cara Menghilangkan Rasa Mual

 

1. Nutrisi untuk Bayi dalam Kandungan

Bayi dalam kandungan perlukan nutrient yang cukup. Jadi anda perlu makan makanan seimbang. Tapi jika anda sangat loya dan tidak mampu makan banyak, anda makan apa saja yang anda mampu. Apabila anda makin sihat, bayi akan mampu kejar kembali nutrient yang dia tertinggal.

 

2.Ambil Asid Folik

Ini adalah kerana ia  membekalkan nutrient yang penting untuk trimester pertama. Pastikan anda ambil 400mcg asid folik sehari untuk membantu pertumbuhan tulang belakang dan sistem saraf bayi.

3. Atasi Morning Sickness dengan Vitamin B6

Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morning sickness.

4.Rahsia Kekayaan Nutrisi

Makan sayur brokoli kerana ia kaya dengan kandungan  folat, kalsium, karotenoid dan serat. Ia juga dapat bantu perkembangan mata bayi dalam kandungan.

5. Jauhi Tempat-Tempat Memualkan

Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang boleh membuatkan anda terasa mual.

6.Kenalpasti Jenis Alahan Di Dapur

Andai anda alah pada bau tumisan, jangan paksa diri untuk memasak buat sementara waktu.

7.Pilih Makanan Yang Berzat

Elakkan makanan berlemak, bergoreng dan pedas serta berasid.Bagaimana pula jika rasa mual dan muntah itu semakin teruk hingga menjejaskan selera makan dan kesihatan bakal ibu? Tahukah anda kekurangan zat akan menjejaskan pertumbuhan bayi.  Jadi anda perlu beri perhatian terhadap masalah ini.

8. Mengatasi Morning Sickness

Andai anda tidak mampu makan makanan berat, anda boleh makan biskut atau makanan ringan yang lain lepas bangun tidur. Ini membantu menyerap asid dalam perut seterusnya hilangkan rasa mual.

9.Buah-Buahan Famili Beri

Makan buah-buahan dari keluarga beri seperti strawberi, blueberi, rasberri, yang kaya dengan vitamin c, folat, potassium, serat dan antioksidan yang baik untuk ibu hamil.

10. Protein dan Vitamin B

Ambil makanan yang kaya protein dan vitamin B seperti kacang.

 

 

11.Makanan Berhalia

Legakan perut dengan memakan makanan berhalia kerana ia baik untuk singkirkan angin dalam badan. Meminum jus lemon atau menghidunya membantu meneutralkan asid yang terdapat di dalam perut.

12.Pengudaraan Yang Baik

Buka tingkap rumah bagi pengaliran udara yang lebih baik.

13. Makin Sikit Tapi Kerap

Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Jadi, makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari bagi memastikan perut tidak kosong dari mengisi asid yang mencetuskan rasa loya.

14. Air Masak Secukupnya

Minum air yang cukup antara 10-12 gelas sehari. Ini penting bagi menggantikan bendalir dalam badan yang banyak hilang akibat muntah.

 

15. Makanan Pecetus Muntah

Elakkan makan makanan pencetus muntah seperti makanan manis, gula, kek, coklat, minuman berkafein.

16. Makan dan Minum

Elakkan daripada makan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

17. Rehatkan Diri

Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cara ini dapat hilangkan rasa mual dan loya.

18.Pakaian dan Persekitran Yang Selesa

Pilih pakaian yang selesa dan elakkan berada di tempat yang panas dan sesak.

Baca Juga:

Clyapot Rice Viral

Senaman Ringan Kempiskan Perut

 

mual

19.Sokongan Keluarga

Dapatkan sokongan pasangan, keluarga dan rakan-rakan terdekat.

20. Bertenang dan Bersabar

Anda perlu bersabar, bertenang dan banyakkan zikir.

Semoga artikel menghilangkan rasa mual  ini bermanfaat kepada anda. Tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai ibu.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme