Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
senaman ringan

Senaman Ringan Kempiskan Perut Buncit

Posted on 09/13/202309/13/2023 by 123mamanet

Siapa yang nak perut buncit dan lemak menggelambir di sana-sini, kan? Senaman ringan adalah salah satu solosinya. Cepat cuba ya buat senaman ringan. Ini adalah kerana kawasan perut adalah tempat di mana lemak paling banyak menimbun. Ini adalah kerana otot-otot pada bahagian tersebut jarang digunakan dan aktif sehingga pembakaran lemak dan kalori yang berlaku di situ sangat sedikit.

Isi Kandungan hide
1 Bersenam dan Diet Sama-Sama Penting!
2 6 Jenis Senaman Ringan Paling Berkesan Kempiskan Perut
2.1 Sit Up
2.2 Push Up
2.3 Side Plank
2.4 Gerakan Hula Hoop
2.5 Lompat Tali
2.6 Ball Crunch

senaman ringan

Bersenam dan Diet Sama-Sama Penting!

Bersenam dan berdiet adalah perkara penting untuk mengempiskan perut buncit yang kita miliki. Namun, kesibukan atau rutin harian yang padat membuatkan sebahagian daripada kita jarang bersenam.

Nah… solusi senaman ringan mengempiskan perut buncit dengan berkesan dan cepat tanpa membuang banyak masa kita. Cuba ok!

6 Jenis Senaman Ringan Paling Berkesan Kempiskan Perut

Berikut adalah beberapa senaman yang boleh berkesan dan cepat untuk mengempiskan perut buncit yang boleh anda cuba:

senaman ringan

  1. Sit Up

Sejak dahulu lagi sit up sudah dianggap sebagai senaman mengempiskan perut. Cuba luangkan waktu selama 15 minit selepas bangun tidur untuk melakukan senaman ringan ini.

Ketika melakukan aktiviti ini, otot-otot di bahagian perut depan dan sisi akan ikut bergerak sehingga akan mengikis lemak yang terkumpul.

Jika dilakukan dengan posisi yang tepat, sit up sangat efektif untuk mengempiskan perut kerana gerakannya betul-betul tertumpu di bahagian otot perut.

Cuba lakukan senaman ringan ini secara rutin 3x sehari selama 15 minit.

 

senaman ringan

  1. Push Up

Push up atau tekan tubi yang dilakukan secara rutin bukan hanya berkesan untuk membentuk lengan. Bahkan boleh membantu kita mengempiskan perut buncit.

Push up dikatakan dapat meningkatkan kadar testosterone dan meratakan perut buncit. Kekurangan testosterone dikaitkan dengan pengumpulan lemak di bahagian organ perut.

Senaman ini tidak memerlukan peralatan khas, cubalah buat push up 2x sehari mengikut tahap kesesuaian atau kemampuan kita sendiri.

 

senaman ringan
  1. Side Plank

Senaman ini dikatakan salah satu aktiviti terbaik untuk mendapatkan perut kempis dan rata. Ketika melakukan senaman ringan ini semua otot akan aktif bekerja.

Lakukannya sebelum tidur selama 5 -10 minit. Caranya mudah sahaja, baringlah dengan posisi mengiring di sisi kiri atau kanan.  Kemudian letakkan siku dilantai sebagai tumpuan di bawah bahu. Letakkan kaki yang satu di atas kaki yang satu lagi.

Kemudian angkat punggung dan perut dari lantai, sehingga seluruh badan kita berada di kedudukan yang lurus dari kepala hingga ke kaki.

Tahan pada posisti tersebut selama 30-60 saat, kemudian buatlah pula untuk sisi yang berlawanan, sesuai dengan kemampuan kita.

 

Baca Juga:  Diet Keto

 

elak perut buncit

  1. Gerakan Hula Hoop

Senaman ini bukan hanya mampu menguatkan otot lengan, kaki, leher dada dan bahu sahaja. Sebaliknya Hula Hoop boleh dipraktikan sebagai senaman yang mampu membakar kalori, termasuklah mengecilkan perut yang menggelambir.

Bagi mengempiskan perut, kita memerlukan Hula Hoop yang bersaiz besar. Kita mampur membakar 7 kalori setiap minit. Jika kita melakukannya selama 30 minit, bermakna kita telah membakar 210 kalori.

 

elak perut buncit

  1. Lompat Tali

Lompat tali atau skipping  ini sangat berguna untuk kita yang mula merasakan perut semakin membuncit. Lompat tali yang dilakukan selama satu jam dikatakan dapat membakar 730 kalori dalam badan.

Untuk permulaan, boleh sahaja jika kita lakukan 15 minit sehari dna pastikan kita meningkatkan kelajuan kelompatan semampunya untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
elak perut buncit

  1. Ball Crunch

Gerakan ball brunch seakan dengan sit up, tetapi kita melakukan senaman ini di atas sebuah bola besar.

Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu duduk di atas sebuah bola besar dengan kaki menapak pada lantai.

Setelah itu, baringkan badan sehingga bahagian belakang dan punggung kita menyentuh bola.

Kemudian letakkan kedua belah tangan di belakang kepala dan berusahalah mengangkat bahagian atas badan dengan bahagian belakang tetap melekat pada bola tersebut.

Itulah beberapa senaman ringan yang boleh dipraktik bagi mengempiskan perut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Anda Mungkin Ingin Tahu Makanan Apa Yang Menjadikan Perut Buncit

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme