SETIAP orang diberikan kesempatan yang terbaik buatnya untuk hidup. Sama ada singkat atau lama, itulah yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Terpulang pada kita semua sama ada mahu hidup lebih baik atau sebaliknya.
Kita turut diingatkan agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Alangkah indahnya jika sebelum pergi kita dapat tinggalkan sebuah legasi buat anak-cucu dan generasi baru seperti yang dilakukan oleh Randy Pausch ini.
Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University dan pesakit kanser pankreas. Sebelum meninggal pada 2008, dia telah menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Perhatikan betul-betul bahawa tidak ada satu pun disebut tentang kehebatan metarial dalam 30 pesanannya. Jadi, jika anda mahu hidup gembira, nikmatilah ‘kopi’ yang anda minum bukannya cemburu pada ‘cawan kopi’ yang dimiliki oleh orang lain yang anda sangka ia lebih baik.
Usah sangka rumah besar, kereta besar, duit banyak dan makanan sedap itu menjadi kunci kebahagiaan. Tanyalah pada orang yang memiliki kesemua itu, adakah mereka bahagia?
Bahkan jangan pula menyangka yang hidup serba kekurangan itu jambatan kebahagiaan. Tanyalah orang yang susah, adakah mereka bahagia?
Ternyata kebahagian itu bukan yang anda sangkakan tetapi kebahagian itu adalah apa yang anda rasakan dan alami. Hanya anda sahaja tahu apa yang mampu buat anda bahagia.
BACA: TIDAK BAHAGIA DALAM HIDUP, KETAHUI 5 PUNCANYA
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI AGAR HIDUP LEBIH BAIK:
- Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
- Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang anda tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
- Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
- Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
-
Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gosip.
- Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
- Iri hati adalah sia-sia. Anda sudah mempunyai semua yang anda perlukan.
- Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ia akan menghancurkan kegembiraan anda pada masa kini.
- Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
-
Berdamailah dengan masa lalu anda supaya ia tidak akan merosakkan masa kini anda.
- Tiada siapa yang mengawal kegembiraan anda selain daripada anda sendiri.
- Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah adalah sebahagian daripada mata pelajaran yang perlu diselesaikan, ibarat soalan metamatik. Namun, ilmunya akan anda pegang seumur hidup anda.
- Senyum dan tertawa selalu.
- Anda tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
-
Hubungi keluarga anda selalu.
- Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
- Maafkan orang lain.
- Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
- Pandangan orang lain terhadap anda bukan urusan anda.
-
Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda bila anda sakit tetapi keluarga anda yang akan menjaga anda. Jadi, selalulah berhubung.
- Dahulukan Tuhan dalam segala yang anda fikir, katakan dan buat.
- Tuhan itu penyembuhan.
- Buat perkara yang betul.
- Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
-
Apapun yang anda rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
- Yang terbaik akan datang kemudian.
- Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
- Bila anda terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
-
Kalau anda kenal Tuhan, anda akan gembira. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila anda mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang anda sayang, teman belajar, teman bermain, teman sekerja dan teman serumah. Bukan sahaja anda akan hidup lebih baik, tetapi orang di sekeliling anda juga.
Sumber: Internet