Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Mengatasi Stres

4 Cara Mengatasi Stres Dengan Pantas Dan Berkesan

Posted on 07/16/201607/16/2016 by 123mamanet

Cara Mengatasi StresMamanet yakin semua orang pasti pernah mengalami stres biarpun punca dan tahap stres  yang dihadapi berbeza di antara satu sama lain. Anda yang kerap dilanda stres pasti ingin tahu cara mengatasi stres ini kan…

Isi Kandungan hide
1 Di bawah ini beberapa cara mengatasi stres yang boleh dipraktik:

 

Tambahan pula, stres memberikan efek buruk bagi kehidupan dan kesihatan kita. Ketika  gejala stres muncul iaitu hipotalamus, di otak akan memerintahkan tubuh mengeluarkan hormon adrenalin dan kortisol yang berada di dalam tubuh melebihi tahap yang sepatutnya. Kedua hormon ini akan membuatkan denyutan jantung menjadi semakin kencang dan tekanan darah juga meningkat. Ketika stres kembali reda, keadaan dalam tubuh anda akan kembali normal.

 

Di bawah ini beberapa cara mengatasi stres yang boleh dipraktik:

 

  1. Tarik Nafas Dalam-DalamCara Mengatasi Stres

Belajarlah daripada pengalaman. Tidak ada yang perlu disesali kerana semuanya sudah terjadi. Jadi, belajarlah daripada kesalahan yang telah diperbuat.

 

Cuba berlatih dan membiasakan diri untuk bernafas secara perlahan-lahan, dalam dan teratur ketika anda merasakan anda berada dalam keadaan stres. Teknik pernafasan ini akan membantu anda mengurangkan rasa tertekan dan membuatkan anda lebih cepat kembali pada keadaan normal.

Selain itu, cara mengatasi stress dengan menarik nafas dalam-dalam ini juga dapat merelakskan otot-otot pernafasan. Keadaan ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah ke otak sehingga kita boleh berfikir jernih dalam menangani permasalahan yang menimpa diri.

 

 

  1. BersenamCara Mengatasi Stres

Kebaikan bersenam bukan setakat hanya membakar kalori atau menyihatkan tubuh, tetapi juga baik untuk meredakan emosi negatif dalam tubuh. Ketika bersenam hormon serotonin akan terlepas ke seluruh tubuh dan membuatkan seseorang itu akan berasa lebih tenang.

 

Senaman yang dikatakan bagus untuk meredakan stres yang ialah berenang, menari, melompat dan juga aktivit outdoor. Bersenam akan menenangkan fikiran, apatah lagi jika dilakukan bersama orang yang disayangi. Ia sangat bagus untuk kesihatan jantung dan paru-paru.

 

 

  1. Berfikiran PositifCara Mengatasi Stres

Hadapi realiti kehidupan ini dengan tabah. Semakin kuat anda memikirkan hal-hal yang negatif, semakin anda akan rasa terbeban. Jangan bebankan tubuh yang letih dengan memikirkan sesuatu yang tidak berkesudahan.

Berfikiran positif adalah cara untuk anda mendapatkan kehidupan yang bahagia walaupun pada saat itu anda sedang menghadapi masalah yang agak berat.

 

Apabila anda berfikiran positif, anda pasti akna bertemu dengan jalan terbaik dalam menghadapi masalah. Selalu berfikiran positif akan membuatkan anda terhindar daripada stres dan cepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

 

  1. Berkongsi MasalahCara Mengatasi Stres

Menceritakan masalah kepada orang yang kita percayai dan senangi, merupakan cara mengatasi stres paling mujarab. Menyimpan atau memendam sendirian masalah yang dihadapi bukanlah solusi yang baik. Masalah yang berat boleh mengganggu seluruh kehidupan kita.

 

Apa yang peru anda ingat adalah, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Apabila anda berkongsi masalah dengan kawan-kawan, saudara ataupun pasang anda, beban anda akan berkurangan dan anda sendiri akan berasa jauh lebih baik.

Bagaimana pun, bukan semua masalah boleh dikongsi. Selalu orang yang akan lebih suka menyampaikan cerita anda kepada orang lain bukan kerana dia simpati pada anda tapi sekadar nak tunjuk yang dia tahu cerita mengenai anda. Jadi, awas! Selagi boleh simpan, anda simpanlah hal yang terlalu peribadi.

Khususnya hal rumah tangga. Ada kalanya cerita 3-4 tahun lalu yang anda sendiri sudah lua, masih dijaja oleh orang-orang di sekeliling anda. Renung-renungkan.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme