Cuba lihat di cermin sewaktu bibir anda bebas daripada sebarang lipstik ataupun pelembab bibir. Adakah bibir anda hitam? Kalau hitam, cuba baca 4 cara menghilangkan bibir hitam yang Mamanet kupas ini.
Pemakaian pelembab bibir ataupun lipgloss hanyalah untuk melembabkan bibir supaya tidak kering. Keduanya tidak boleh mengembalikan warna bibir anda yang hitam itu.
Antara faktor yang boleh menyebabkan bibir menjadi hitam adalah disebabkan kebiasaan merokok ataupun penggunaan lipstik yang kurang sesuai. Kandungan nikotin di dalam rokok dipercayai dapat membuatkan pigmen melanin bibir menjadi lebih tebal dan menghitam. Di samping itu, lipstik yang mengandungi parafin dan logam berat juga mengundang iritasi bibir yang mana akan membuatkan bibir anda kelihatan hitam dan kering.
Solusi terbaik sebagai salah satu cara menghilangkan bibir hitam adalah berhenti merokok dan pakailah lipgloss berwarna untuk mencerahkan bibir. Selain itu anda juga boleh menghilangkan bibir hitam dengan bahan-bahan semulajadi.
Cara Menghilangkan Bibir Hitam Secara Semulajadi:
- Minyak Zaitun
Mungkin ramai yang tidak tahu, minyak Zaitun mengandungi Omega 3 dan antioksidan yang berperanan mengangkat sel kulit mati. Jadi sebab itulah dengan menyapu minyak zaitun di bibir menjadikan bibir anda kembali cerah atau merah semulajadi.
- Madu
Ianya dikatakan sangat efektif sebagai pelembab bibir untuk mengatasi bibir kering. Madu juga boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bibir hitam akibat merokok dan penggunaan lipstik yang tidak tepat. Memadai jika menyapu madu asli di bibir sebelum tidur di malam hari. Biarkan madu melekat pada bibir agar dapat diserap oleh kulit di sekitar bibir. Madu boleh membantu meremajakan kulit serta mencerahkan bibir.
- Mentega/Marjerin
Cara menghilangkan bibir hitam secara semulajadi juga dengan mentega atau marjerin. Ia banyak mengandungi minyak semulajadi yang boleh melembabkan bibir dan membantu mengembalikan warna bibir menjadi cerah semulajadi. Sapukannya pada bibir secara merata pada setiap pagi dan malam. Lakukan secara rutin supaya bibir kembali menjadi merah semulajadi.
- Minyak Almond
Minyak almond mengandungi zat yang boleh melembabkan bibir. Caranya mudah sahaja, sapukan minyak almond rata-rata pada bibir sebelum tidur pada malam hari. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda boleh mencampurkan minyak almond dengan madu dan jus lemon.