Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
masker rambut kering

4 Masker Rambut Kering Terbukti Efektif

Posted on 12/10/201612/13/2016 by 123mamanet

masker rambut kering Rambut kering dan mengembang perlu dirawat. Rawatan semulajadi yang sederhana dengan menggunakan masker rambut kering ini mampu mengembalikan kilauan rambut anda!

Isi Kandungan hide
1 Berikut masker rambut kering:

 

Tak kira anda berhijab ataupun tidak, rambut tetap menjadi mahkota tubuh yang wajib dijaga dan dirawat kesihatan dan kecantikannya. Memanjakan diri dengan melakukan hair spa atau hair mask di salun kecantikan memang idea yang baik, tetapi bukan semua di antara kita yang berkemampuan untuk melaksanakannya.

 

Rambut kering boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya faktor genatik atau kebiasaan kita sehari-hari, proses mendandan rambut termasuk memblow-dryer,meluruskan,mengeritingkan rambut dan sebagainya.

 

Jika rambut anda kering dan kasar, tetapi tidak mampu atau mahu melakukan rawatan di salun-salun kecantikan, rawatlah rambut anda itu dengan menggunakan beberapa masker  rambut kering yang boleh anda buat sendiri di rumah.

 

Ketahui juga mengenai cara melebatkan rambut secara semulajadi.

 

Berikut masker rambut kering:

Untuk rambut kering atau helaian rambut bergelombang tidak rata, apa yang diperlukan adalah deep moisturizer. Ianya mampu memberikan kelembapan ekstra sehingga setiap helaian rambut tidak lagi kekeringan dan menjadi lebih lembut.

 

  1. Pisang
masker rambut kering
foto-vkool

Pisang mengandungi vitamin B yang cukup tinggi. Pengambilan buah pisang juga baik untuk kecantikan kulit dan rambut.

 

Selain merawat rambut dari dalam, anda boleh juga merawatnya dari luar. Cara semulajadi merawat rambut kering adalah dengan menggunakan masker rambut kering daripada khasiat pisang.

 

Haluskan pisang, campur dengan mayonnaise (plain) dan minyak zaitun. Campur dan gaul sehingga sebati, kemudian sapukan merata sebagai masker pada rambut.Sebaiknya bungkus rambut dengan tuala panas.Biarkan sehingga 30 minit, kemudian barulah dicuci dan dibilas sehingga bersih.

 

 

  1. Putih Telur
masker rambut kering
foto-lifemartini

Makanan berprotein tinggi ini sememangnya mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah rambut kering dan kasar.

 

Putih telur berupaya membantu mengembalikan kelembapan rambut dan membuatkan rambut menjadi lebih mudah untuk didandan.

 

Bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif, anda boleh campurkan putih telur ini dengan yogurt. Gabungan kedua bahan ini sangat serasi untuk merawat rambut rosak. Yogurt yang bagus untuk sistem penghadaman ini mengandungi vitamin B kompleks, protein, asid laktat, zink serta bakteria-bakteria probiotik yang bagus untuk tubuh.

 

Campuran antara telur dan yogurt dapat menjaga kesihatan rambut, membuatnya lebih kuat, mengatasi rambut kering, bercabang dan kerosakan rambut lain serta menjaga kelembapan rambut.

 

Campurkan putih telur dan yogurt, gaul merata sehingga kedua bahan tersebut sebati. Setelah itu sapukan ke seluruh permukaan rambut. Bungkus rambut dengan tuala atau shower cap dan biarkan selama 20 minit. Kemudian barulah dibilas dengan menggunakan air panas suam sehingga bersih.

 

  1. Santan Kelapa
masker rambut kering-
foto-godairyfree

Selain mampu membuatkan rambut jadi lebih bersinar, santan kelapa juga boleh mengatasi rambut kering dan rosak.

 

Cara untuk membuat masker rambut kering menggunakan santan kelapa sangat mudah, sediakan segelas santan kelapa pekat atau boleh disesuaikan dengan keadaan ketebalan rambut anda.

 

Setelah itu, sapukan pada seluruh rambut anda secara merata sehingga ke kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, kemudian baruah dibilas dengan air besih. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, gunakan masker santan kelapa ini paling kurang dua kali seminggu.

 

 

  1. Ubi Kentang
masker rambut kering
foto-diyhealthremedy

Kentang dikatakan boleh membantu menyuburkan rambut dengan pantas. Untuk mendapatkan khasiatnya, anda perlu membuatnya menjadi jus.
Setelah itu, aplikasikan pada rambut sebagai makser. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna bagi makser rambut kering, tambahkan madu dan putih telur dan kisarkan kesemua bahan itu agar lebih sebati.

 

Sapukan pada keseluruhan rambut, biarkan selama 30 minit atau sejam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

 

Selain mengatasi masalah rambut kering, masker jus kentang ini juga boleh mencegah rambut beruban.

 

Itulah antara masker rambut kering yang boleh anda cuba buat sendiri di rumah. Semoga bermanfaat buat anda yang membacanya.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme