Di pasaran ada banyak rawatan dan produk penjagaan rambut yang menjadi antara cara melebatkan rambut anda. Bagaimanapun, sebaiknya elakkan bahan yang melalui proses kimia kerana ia mungkin ada kesan sampingan. Mamanet lebih senang menggunakan manfaat bahan-bahan semulajadi untuk melebatkan rambut.
Sebagai wanita, tak kiralah kita masih remaja ataupun sudah berusia, kita tentunya mahu memiliki rambut yang sihat dan lebat. Bahkan lelaki juga boleh amalkan petua ini.
Ketahui juga cara melebatkan rambut bayi.
Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai cara melebatkan rambut anda:
- Minyak Kelapa
Minyak kelapa atau coconut oil sejak dahulu lagi memang dipercayai mampu mempercepatkan pertumbuhan rambut dan membuatkan rambut menjadi semakin lebat.
Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu sapu minyak kelapa pada keseluruhan rambut sebelum tidur.
Kemudian urut perlahan-lahan, dan bungkus dengan tuala atau shower cap. Biarkan semalaman dan basuh serta bilaslah bersih-bersih pada keesokan paginya.
- Teh
Rambut yang menipis boleh disebabkan kerana pori-porinya tertutup sehingga sukar untuk tumbuh.
Teh boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk membersihkannya. Gunakan teh uncang terpakai, biarkan semalaman.
Setelah itu, rendam dalam air dan sapulah ke seluruh helaian rambut dan juga pangkal rambut. Biarkan selama 30 minit, supaya kandungan teh tersebut meresap ke dalam arambut. Selepas itu bilas juga dengan air rendaman teh tersebut. Setelah itu, barulah dibilas kembali sehingga bersih dengan air biasa.
- Lidah Buaya
Vitamin E yang terdapat pada lidah buaya sangat bagus untuk menyihatkan rambut dan membuatkan pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.
Belah dua daun lidah buaya dan ambil lendirnya. Lumatkan dan gunakan sebagai perapi atau masker rambut. Lakukan cara melebatkan rambut anda dengan menggunakan lidah buaya ini secara teratur. Tidak mustahil, rambut kita yang rosak atau nipis akan tumbuh kembali dengan lebat.
- Putih Telur
Selain mampu menghilangkan parut atau bekas jerawat, putih telur juga boleh digunkan sebagai cara melebatkan rambut.
Caranya sangat mudah, ambil putih telur, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut sehingga betul-betul rata. Biarkan selama 30 minit, setelah itu barulah dibasuh sehingga bersih. Lakukannya dua kali seminggu.
- Minyak Buah Keras
Kalau kita suka memasak, sudah pasti kenal sangat dengan buah keras. Rempah ratus yang satu ini mampu menyuburkan rambut.
Untuk melebatkan rambut dengan menggunakan buah keras cukup mudah. Rebus buah keras dengan air secukupnya sehingga mengeluarkan minyak. Minyak tersebutlah digunakan untuk menebalkan rambut.
Minyak buah keras biasanya akan muncul di atas permukaan air yang sudah mendidih. Gunakan minyak tersebut pada bahagian akar rambut, sapukan secara menyeluruh sampai ke hujung rambut. Lakukannya secara rutin pada setiap hari sehingga rambut menjadi lebat.
- Masker Avokado
Buah avokado merupakan buah yang kaya dengan vitamin E, omega-3 dan lemak baik. Disebabkan kandungan zatnya yang sangat baik, avokado juga boleh digunakan untuk merawat rambut.
Masker avokado ini mampu membuatkan rambut menjadi lebat dan lembut. Caranya mudah sahaja, hancurkan isi avokado yang telah masak. Kemudian sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, sebelum dibilas dengan air bersih.
Cara melebatkan rambut anda secara semulajadi ini merupakan salah satu alternatif untuk mengurangkan kerosakan pada rambut dan menyuburkan rambut. Selamat mencuba!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]