Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Senaman Selepas Bersalin

KEMBALI LANGSING DENGAN 4 SENAMAN SELEPAS BERSALIN

Posted on 07/04/201707/04/2017 by 123mamanet

RASANYA TIDAK RAMAI KAUM IBU YANG MENGAMALKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN WALAUPUN MAHUKAN BENTUK BADAN YANG KEMBALI LANGSING DALAM MASA YANG CEPAT.

Isi Kandungan hide
1 HATI-HATI LAKUKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN
2 BERIKUT ADALAH ANTARA SENAMAN SELEPAS BERSALIN YANG SESUAI DIAMALKAN:

 

Mendapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, jika kita liat dan tidak punya semangat yang kuat untuk melakukan senaman selepas bersalin ini.

 

Sebenarnya senaman selepas bersalin ini penting dan perlu dilakukan secara teratur. Pilih senaman ringan yang sesuai dengan keupayaan badan kita dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenam sekiranya badan kita sendiri belum bersedia untuk melakukannya.

 

Bagi kita yang bersalin secara pembedahan, kita mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan bersalin normal.

Senaman Selepas Bersalin

 

HATI-HATI LAKUKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN

Aktiviti bersenam ini boleh dilakukan sekitar 7-12 minggu, iaitu kira-kira tiga bulan selepas bersalin. Tetapi, adalah lebih baik jika kita meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan rutin senaman selepas bersalin ini.

 

Di samping itu,  sebelum memulakan senaman, kita perlu memastikan diri kita benar-benar sudah boleh melakukan senaman fizikal bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

 

Elakkan melakukan senaman aerobik atau berlari dalam masa tiga bulan pertama selepas bersalin bagi memberikan peluang kepada otot-otot dan sendi-sendi kita supaya sembuh sepenuhnya selepas melalui proses mengandung dan bersalin.

 

Tempoh bagi rahim kita untuk kembali normal adalah empat minggu. Jadi, untuk minggu pertama selepas bersalin, jangan susah hati jika melihat perut kita masih membuncit!

 

Tubuh kita memerlukan masa sehingga enam bulan untuk kembali semula kepada bentuk asal.

 

BERIKUT ADALAH ANTARA SENAMAN SELEPAS BERSALIN YANG SESUAI DIAMALKAN:

 

  1. BERJALAN KAKI

Senaman selepas bersalin yang paling mudah dilakukan ialah berjalan kaki. Kita boleh melakukannya besama ahli keluarga dan juga si comel kita sekali.

 

Tak ada masalah jika kita membawa bayi kita bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan. Kita boleh mengendongnya atau menolaknya di dalam stroller.

Senaman Selepas Bersalin

 

  1. SENAMAN LANTAI PELVIK ATAU SENAMAN KEGEL

Antara senaman selepas bersalin yang sesuai dilakukan di rumah ialah senaman lantai pelvik atau senaman kegel.

 

Senaman ini dapat membantu  mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Di samping itu ia juga menguatkan pangkal rahim dan otot yang digunakan semasa dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil.

 

Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Senaman ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara unyuk menurunkan berat badan dan memantapkan kembali punggung kita yang menggembang.

Senaman Selepas Bersalin

  1. YOGA

Senaman yoga merupakan solusi yang boleh dilakukan jika kita ingin mengecilkan perut selepas bersalin.

Senaman ini akan melatih dan menyelaraskan badan serta fikiran kita supaya menjadi lebih relaks. Secara tak langsung ia akan membantu tubuh kita mengeluarkan hormon yang memainkan peranan penting dalam proses pembakaran lemak di dalam badan secara berkesan.

 Senaman Selepas Bersalin

 

  1. PUSH UP

Melakukan senaman ini bagus untuk memperkuatkan otot badan bahagian atas. Lakukan gerakan senaman ini sehingga 10 kali dan sebaiknya tiga set.Senaman ini boleh dilakukan enam minggu selepas bersalin (normal).

 

Sewaktu bersenam pastikan kita memakai bra atau coli khas untuk bersenam supaya dapat menyokong payudara kita. Di samping itu, jangan lupa minum air masak secukupnya untuk menghindari dehidrasi.

Jika anda tidak biasa melakukan push up, bolehlah cuba cara untuk orang yang baru mencuba senaman ini seperti dalam gambar di bawah.

Senaman Selepas Bersalin

 

Kembali menjadi langsing setelah bersalin memang menjadi impian setiap wanita. Memang ada banyak cara untuk menjadi langsing, namun pastikan kita memilih cara yang tepat dan sihat seperti melakukan senaman selepas bersalin ini. Pastikan juga kita menjaga gaya pemakanan yang berzat dengan tepat.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Pasti Ingin Mencuba 6 Senaman Ringkas Untuk Kempiskan Perut
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme