Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gemuk air

4 Tip Mudah Atasi Gemuk Air Anda

Posted on 08/02/201608/02/2016 by 123mamanet
gemuk air
Foto: Doctorsays

CUBA pegang perut anda, ada banyak lebihan lemak, tak? Agak-agak, perut anda buncit disebabkan gemuk air ataupun lebihan lemak?

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara semulajadi untuk mengatasi masalah gemuk air ini.

 

Kegemukan pada bahagian perut (buncit) atau tubuh tidak semestinya disebabkan oleh kelebihan lemak. Salah satu penyebab perut  buncit adalah kerana kelebihan air dalam tubuh. Ia disebabkan oleh faktor  utama iaitu kadar sodium atau garam yang terlalu tinggi dalam tubuh.

 

Tubuh orang yang gemuk air ini biasanya  mengelambir dan kulitnya lembik. Ketika badannya bergoyang atau bergerak, seluruh bahagian tubuh yang mengelambir itu terasa seolah-olah turut sama bergerak-gerak.

 

Manakala orang yang gemuk lemak pula biasanya seluruh bahagian tubuhnya membesar dan badan terasa berat. Ketika melakukan aktiviti, mereka ini lebih cepat berasa penat. Nak pilih pakaian pun sukar.

 

Untuk mengatasi masalah gemuk air ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan sendiri, tetapi pastikan dulu tidak ada penyakit yang boleh menyebabkan water retention. Jadi, jika anda ragu-ragu ada baiknya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Berikut beberapa cara semulajadi untuk mengatasi masalah gemuk air ini.

 

  1. Hindari Garam Dan Gula Berlebihan

Elakkan pengambilan garam dan gula yang berlebihan adalah solusi terbaik untuk mencegah kehilangan cairan dalam tubuh. Garam yang berlebihan juga boleh membuatkan sel membengkak. Elakkan pengambilan garam yang berlebihan seperti di dalam makanan segera, olahan dan juga makanan ringan.

 

 

  1. Minum Air Masak Secukupnya

Selain itu, minum air dalam jumlah yang mencukupi juga dapat membantu mencegahnya. Jika anda kurang minum air dari jumlah yang sepatutnya, paling kurang 8 hingga 12 gelas sehari, tubuh akan tertumpu pada jumlah air ada sehingga terjadinya pembentukkan gemuk air.

 

 

  1. Perbanyakkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Pastikan anda banyak makan sayur dan buah-buahan segar. Karbohidrat kompleks dan protein turut membantu fungsi dalam tubuh untuk mencantas jumlah garam dalam tubuh.

 

Sayur dan buah tidak mempunyai kadar garam yang dapat menggemukkan badan. Sebaliknya, kandungan zat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan akan membantu menjaga berat badan tubuh.

 

 

  1. Bersenam Secara Teratur

Lakukan senaman pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkat denyutan jantung dan membuat tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin turut membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga, sehingga dapat mencegah terjadinya gemuk air.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme