Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
fesyen orang gemuk

Tip Fesyen Orang Gemuk Nampak Kurus

Posted on 07/31/201607/31/2016 by 123mamanet
fesyen orang gemuk
Foto: couponpark

Tentu ada di antara kita yang hilang keyakinan diri dalam memilih pakaian. Apatah lagi, jika kita termasuk dalam ketegori orang berbadan besar. Apa fesyen orang gemuk yang sesuai ya?

 

 

Bagi anda yang bertudung atau berhijab, pasti berasa lebih binggung dalam memilih gaya yang sesuai. Kali ini Mamanet berkongsi beberapa tip fesyen orang gemuk yang akan membantu anda memilih pakaian yang sesuai agar lekuk-lekuk tubuh berisi anda itu dapat disamarkan. Baik dari segi warnanya, potongan dan  juga motif pakaian yang ingin digayakan.

 

Berikut 4 tip fesyen orang gemuk:

 

  1. Pilih Warna Yang Lebih Gelap

 

Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Malah ia juga akan memberikan efek yang lebih ramping di tubuh. Warna hitam, coklat gelap dan biru tua mampu menyamarkan bayangan lipatan lemak pada tubuh sehingga anda kelihatan lebih kurus.

 

Baju berwana gelap boleh anda padankan dengan seluar panjang, skirt berwarna senada ataupun berwarna cerah seperti  krim, putih dan biru cair.

 

 

  1. Motif Yang Tepat

    fesyen orang gemuk
    Foto: alicdn

Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya  tubuh tidak kelihatan semakin melebar. Jika anda memilih motif bergaris, sebaiknya pilihlah yang motifnya berbentuk vertical.Garisan vertical ini akan menciptakan ilusi mata yang membuatkan ukuran tubuh anda nampak lebih kecil.

 

Sebenarnya ada banyak motif yang boleh anda pilih, misalnya motif bunga. Pilihlah baju dengan motif bunga kecil-kecil yang tidak terlalu memenuhi pakaian secara keseluruhannya adalah fesyen orang gemuk yang paling tepat.

 

 

  1. Aksesori Pilihan

Untuk kelihatan lebih langsing, anda boleh memakai perhiasan atau aksesori  seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang.Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu anda kelihatan lebih ramping.

 

Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh anda kelihatan lebih tinggi sehingga anda akan nampak lebih ramping dan langsing.

 

Selain itu anda boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan anda kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala anda akan nampak lebih kecil.

 

Di samping itu juga, anda disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan anda kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut anda itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.

 

  1. Gaya Hijab

    fesyen orang gemuk
    Foto: hijabina

Padukan pakaian dengan pelbagai gaya hijab yang sesuai untuk tampil lebih moden ataupun up to date. Fesyen orang gemuk yang berhijab paling sesuai adalah dengan memakai tudung yang simple atau efek layering  dan juga tudung berjuntai. Atau apa sahaja gaya tudung yang boleh menyamarkan bentuk bahu anda yang lebar dan juga dada yang besar.

 

Demikian tip fesyen orang gemuk, semoga bermanfaat!

 

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme