Anda yang berbadan besar, teringin nak turunkan berat badan dalam bulan puasa ini? Mamanet tahu rahsia dan juga cara diet di bulan puasa yang betul supaya anda ‘confirm’ kurus masa Raya!
Tak dinafikan ada orang yang jadi bertambah gemuk setelah sebulan berpuasa. Tetapi ada juga yang mengalami penurunan berat badan. Sebenarnya bulan puasa merupakan masa terbaik untuk kita berdiet atau menjaga jadual pemakanan, sama ada waktu makan, jumlah makanan yang diambil dan menu makanan.
Cara diet di bulan puasa yang tepat ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih ideal, sama ada yang gemuk mahupun kurus. Paling penting, kita kena bijak mengatur pola pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa.
Cara diet di bulan puasa yang tepat ini akan membuatkan tubuh menjadi lebih ideal:
- Kita Wajib Bersahur!
Cara diet di bulan puasa yang betul kita kena juga bersahur. Jangan disebabkan nak kurus, kita sanggup berlapar perut dan cuma minum air masak sahaja. Kita wajar bersahur supaya ada energi dan tidak lemah di siang hari.
Pastikan makanan yang dipilih untuk bersahur itu lengkap nutrisinya. Ada karbohidrat, protein, serat daripada sayur-sayuran, vitamin dan mineral daripada buah-buhan serta lemak sihat yang boleh didapati daripada ikan, kacang pis dan minyak zaitun.
Mulakan diet sahur dengan mengatur waktu sahur yang tepat. Sebaiknya minum segelas air masak, setelah itu barulah anda menjamah nasi beserta lauk pauk dan sayur-sayuran.
Akhiri atau sekurang-kurangnya makan sahur dengan pengambilan tiga biji buah kurma dan segelas susu segar. Tiga biji buah kurma menghasilkan energi bersamaan sepinggan nasi. Susu pula adalah sumber diet yang lengkap.
Baca ini:
Makanan Yang Sihat Elak Perut Meragam Masa Berpuasa
6 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Tumit Pecah
- Berbuka Puasa Dengan Tepat
Bersedia lebih awal di meja makan. Berbuka dengan segera sebaik sahaja azan Maghrib berkemundang. Ketika berbuka puasa, makanlah secara berperingkat dan perlahan-lahan. Makan dengan bersungguh-sungguh dan penuh perasaan lapar dalam waktu yang singkat atau sekaligus akan menyebabkan perut sakit dan kembung.
Sebaiknya berbuka puasa dengan kurma dan air masak, diikuti dengan sup panas dan semangkuk kecil salad sayur-sayuran atau buah-buahan. Setelah itu, barulah anda menikmati hidangan utama ataupun terus bersolat Maghrib.
Cara diet di bulan puasa ini lebih efektif jika anda menikmati sup panas kerana ia akan membuatkan perut menjadi lebih selesa, mengembalikan cairan tubuh serta membantu mempersiapkan sistem penceranaan untuk menerima makanan yang lebih berat.
- Hindari Makanan Tinggi Gula
Terlalu banyak makan makanan manis boleh membuat perut menjadi kembung dan menganggu proses penghadaman. Makanan tigggi gula juga membuatkan kadar gula dalam darah menjadi tidak stabil sehingga anda menjadi ketagih untuk menikmati makanan manis.
- Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan
Makanan yang tinggi kadar garamnya akan membuatkan anda menjadi cepat haus ketika berpuasa. Makanan yang termasuk tinggi garam adalah makanan olahan atau makanan beku, lobak masin dan acar.
Di samping itu, hindari juga makanan yang terlalu pedas kerana ia boleh membuatkan perut terasa tidak selesa. Sebaiknya perbanyakkan makanan yang mengandungi air seperti buah tembikai, melon dan pear.
- Tidur Selepas Bersahur
Setelah menikmati sahur bermakna kita telah mendapat energi. Tenaga inilah yang perlu kita simpan sepanjang hari sehinggalah sampai waktu berbuka puasa.
Berikan peluang kepada organ penghadaman untuk memproses makanan sahur menjadi energi yang maksima. Organ penghadaman memerlukan waktu lebih kurang dua jam untuk memprosesnya.
Jadi, jika sebelum dua jam setelah bersahur kita sudah tidur, bermakna energi yang dihasilkan oleh tubuh belum maksimum. Energi yang belum maksimum ini juga digunakan oleh tubuh bagi memproses sisa-sisa makanan yang anda sehingga energi menjadi semakin berkurangan.
Kita akan jadi semakin mengantuk, tidak bermaya dan rasa malas sepanjang hari. Keadaan ini akan mengundang penimbunan lemak kerana pembakaran kalori dalam tubuh sangat sedikit.
P/S: Orang yang aktif beraktiviti (ringan) ketika berpuasa akan kelihatan lebih sihat dan segar. Ini adalah kerana energi bersahurnya tidak pernah bertimbun disebabkan aktiviti fizikal yang dibuat akan membakar lemak tubuh.Cara diet di bulan puasa yang diamalkan ini membuatkan berat badannya lebih ideal dan sihat.