Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Tumit Pecah

6 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Tumit Pecah

Posted on 06/06/201606/06/2016 by 123mamanet

Tumit PecahTidak dinafikan kaki merupakan bahagian tubuh yang seringkali diabaikan. Tak percaya, cuba lihat sendiri keadaan kaki anda. Adakah ia benar-benar sihat, bersih dan bebas daripada masalah tumit pecah?

Isi Kandungan hide
1 Baca juga: 5 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi
2 Berikut beberapa cara untuk merawat tumit pecah:
2.1 Baca juga: 4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

Kaki yang dijaga dengan baik akan terhindar daripada pelbagai masalah kulat dan jangkitan yang boleh merosakan kaki. Penjagaan kaki yang tepat juga boleh menyelesaikan masalah tumit pecah yang sering dialami oleh ramai wanita.

 

Di samping itu, tumit kaki pecah juga boleh terjadi disebabkan kekurangan vitamin, mineral, zat besi dan asid lemak Omega yang boleh kita dapati daripada sayuran hijau, ikan salmon, bijirin dan yoghurt.

 

Baca juga:  5 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi

 

Berikut beberapa cara untuk merawat tumit pecah:

 

  1. Rendam Kaki Dengan Air Suam Dan GaramTumit Pecah

Merendam kaki di dalam air suam secara rutin pada setiap hari boleh membuatkan kaki kita bebas daripada kekeringan dan tumit pecah.

 

Cara merawat kaki kering dan tumit pecah ini dengan rendaman air suam dan garam RAJA ini boleh menghilangkan sel kulit mati yang ada di kaki yang menyebabkan kulit kaki menjadi kering.

 

  1. Minyak Zaitun

Selain memakai stoking untuk mencegah tumit pecah atau munculnya retak pada telapak kaki, kita boleh mengurut kaki dengan menggunakan minyak zaitun. Lakukan secara rutin, sebaiknya sebelum tidur untuk mendapatkan hasil  keberkesanan yang sempurna.

 

  1. MaduTumit Pecah

Pelembab semulajadi ini dikatakan mampu menghilangkan telapak kaki yang pecah-pecah.Tuangkan lima sudu makan madu ke dalam air dan rendam telapak kaki ke dalam campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan gosok kaki untuk mendapatkan hasil yang baik.

 

 

 

Baca juga: 4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

 

  1. Krim Pelembab

Pilih krim dengan formula asid laktat atau asid salisilat yang mempunyai bahan ‘exfoliating’ atau pengelupasan kulit.

 

  1. Batu ApungTumit Pecah

Batu apung ini biasanya digunakan untuk menanggalkan kulit mati yang degil khususnya di tumit. Sebaiknya, gosok kaki dan bahagian tumit selepas mandi atau berendam kerana pada ketika itu kulit akan lembut. Gunakan batu apung atau  ‘filer’ kaki untuk menggosok kulit yang mati.

 

Baca juga:

 

  1. AvokadoTumit Pecah

Avokado bukan sahaja boleh merawat kulit tubuh agar menjadi gebu dan mulus, bahkan mampu mengatasi tumit pecah, kering dan kasar.

Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu kisar buah avokado ini sampai halus. Setelah itu, sapukan pada bahagian tumit pecah secara merata dan biarkan selama setengah jam supaya bahan tersebut meresap sempurna. Setelah itu, barulah dibilas dengan air bersih. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang boleh membuatkan anda senang hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme