Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kepentingan berjimat cermat

5 CARA AJAR ANAK TENTANG KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT

Posted on 03/08/201703/08/2017 by 123mamanet

Mengajar anak-anak tentang kepentingan berjimat cermat bukan kerja mudah. Apatah lagi apabila kita sebagai orang tua tidak menjadi role model mereka!

Isi Kandungan hide
1 BEBERAPA CARA MENGAJAR ANAK-ANAK KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT:

Salah satu perkara yang sebaiknya kita lakukan sebagai orang tua adalah mengajar anak-anak supaya hidup berjimat cermat sejak dari kecil lagi.

Mengajar kebiasaan anak-anak tentang kepentingan berjimat cermat akan membuatkan mereka belajar untuk tidak boros dan bijak mengelola duit. Sifat positif ini akhirnya akan menjadi sifat bawaan yang dimiliki hingga mereka dewasa kelak.

Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan gaya hidup berjimat cermat di dalam diri anak-anak. Bagaimana mengajar anak supaya sedar tentang kepentingan berjimat cermat?

kepentingan berjimat cermat

BACA: CARA JIMAT DUIT PALING MUDAH SETELAH HARGA BARANG MAKIN NAIK

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BEBERAPA CARA MENGAJAR ANAK-ANAK KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT:

  1. BERITAHU CARA KITA BERUSAHA MEMPEROLEH DUIT

Tak salah pun kalau kita menceritakan kepada anak-anak bagaimana cara kita mendapatkan duit untuk memenuhi segala keperluan hidup sesi keluarga.

Tak perlulah kita sampai nak bercerita dengan detail tentang perkara-perkara yang mungkin belum tiba masanya untuk mereka fahami.

Ceritalah dengan tulus ikhlas dan tidak berlebihan. Biarlah mereka tahu sebagai orang tua, biar sesusah manapun kita akan berusaha berusaha atau bekerja keras untuk anak-anak supaya mereka boleh mengisi perut dan bersekolah dengan baik tanpa sebarang kekurangan pun.

Situasi ini tentnya akan membuatkan anak-anak berasa terharu dan lebih menghargai segala pemberian kita dan mula belajar untuk berjimat cermat.

kepentingan berjimat cermat

  1. AJAR ANAK MENABUNG

Menabung merupakan  salah satu cara yang paling penting dalam mendidik anak-anak supaya mereka memiliki sedar kepentingan berjimat cermat.

Untuk menjadi orang yang sukses apabila dewasa kelak, mereka harus tahu mengatur kewangan dengan baik iaitu cara menyimpan dan membelanjakan duit dengan tepat. Cara yang paling efektif adalah dengan mengetahui kepentingan berjimat cermat dan menabung.

Menabung sangat penting kerana boleh mengajar anak-anak betapa berharganya duit tersebut. Sesuatu yang penting seperti menabung sebaiknya diterapkan sejak kecil lagi demi masa depan yang lebih cerah.

kepentingan berjimat cermat

  1. SHOPPING DENGAN KONSEP JIMAT BERSAMA-SAMA

Ketika berbelanja untuk segala keperluan rumahtangga, bawalah anak-anak keluar membeli-belah bersama-sama. Sebagai orang tua kita kenalah lebih bijak bila berbelanja dan menunjukkan contoh berjimat cermat kepada mereka.

Belilah barang-barang yang memang diperlukan sahaja. Jangan sampai anak-anak melihat kita berbelanja tanpa kawalan dan sebab yang jelas manfaatnya.

Lakukan aktiviti membeli belah dengan konsep jikat ini dengan santai dan tunjukkan kepada mereka bagaimana cara berbelanja dengan tepat dan tidak sembarangan memilih apa yang hendak dibeli.

Dengan cara ini, secara tidak langsung mereka akan belajar untuk teliti dan mempunyai pertimbangan yang baik dalam berbelanja dan menggunakan duit.
Di samping itu, anak-anak akan tahu mana yang menjadi keutamaan ketika berbelanja. Paling penting, kita jangan biarkan anak-anak terlena dengan kehidupan yang mewah meskipun kita mempunyai pendapatan yang lebih.

Terlalu banyak memberikan ruang kemewahan akan membuatkan anak-anak tidak berfikiran dewasa. Malahan kurang menghargai setiap pemberian kita!kepentingan berjimat cermat

 

  1. MEMBUAT PERBANDINGAN HARGA

Gaya hidup yang kita tunjukkan pada anak-anak boleh dicontohi oleh mereka di dalam kehidupannya kelak.

Perkara ini boleh kita lihat dalam pelbagai perkara dan salah satunya adalah bagaimana cara kita berbelanja.

Apabila sikap kita yang sudah terbiasa suka memilih dan membandingkan harga barang-barang yang ingin dibeli dengan cara yang bijak, tidak mustahil mereka juga akan melakukan perkara yang sama  ketika berbelanja nanti.

Mereka akan terbiasa untuk belajar membandingkan harga dan kualiti barang yang akan dibelinya.

kepentingan berjimat cermat

  1. BELAJAR BERSYUKUR

Sesekali memang bagus jika kita membawa atau mengajak anak-anak melihat keadaan atau suasana kehidupan orang-orang yang dalam kesusahan.Secara tak langsung mereka dapat belajar bagaimana bertuahnya nasib mereka yang memiliki segala sesuatu yang ada di dalam hidupnya.kepentingan berjimat cermat

Perkara ini juga dapat mengajar mereka untuk lebih bersyukur dan memahami kepentingan berjimat cermat dalam kehidupan ini.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme